Selasa, 17 September 2019

Kisah Kejayaan Saya Dalam Shaklee


Bismillahirrahmanirrahim..

Hai..Assalamualaikum semua. Sihat ke semua? Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah buat kita semua. In Shaa Allah..

Dalam entri Anim kali ni Anim nak berkongsi dengan anda serba sedikit kisah kejayaan Anim bila bersama shaklee. Semoga perkongsian Anim kali ni sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi buat anda di luar sana.

Sejujurnya, kejayaan yang Anim perolehi setakat hari ni tidaklah sebesar mana tapi bagi diri Anim ianya sesuatu yang cukup bermakna kerana Anim dapat buktikan pada diri Anim sendiri bahawa Anim juga mampu untuk berubah berbanding diri Anim yang dulu..

SIAPA 'ANIM' NI?πŸ˜‰

Sebelum Anim pergi lebih jauh, izinkan Anim perkenalkan diri Anim terlebih dahulu yer. Nama penuh Anim, Faridah Hanim. Orang paggil Hanim jer..Dan Anim bahasakan diri sebagai ANIM..Lebih singkat dan mudah..😁

Tahun ni dah berumur 32 tahun dan menetap di Negeri Kelantan Darul Naim.Mama kepada 2 orang puteri Nur Damia Qaleesya dan Nur Diana Qaireen dan In Shaa Allah bakal menyusul seorang lagi tahun hadapan iaitu tahun 2020.😁



Anim adalah graduation daripada Universiti Teknologi Mara Shah Alam dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan pernah bekerja  di bahagian Administration di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan, Anim terpaksa berhenti kerja dan balik Kelantan dan stay di Kelantan.


BILA ANIM MULA KENAL SHAKLEE?

Sebenarnya sejak tahun 2013 lagi Anim dah mula kenal shaklee. Anim ingat lagi waktu tu Anim tengah berusaha untuk TTC anak pertama sebab dah lebih setahun kahwin tapi belum dikurniakan rezeki anak. Anim mula google tentang set kesuburan dan banyak paparan keluar tentang shaklee..Terdetik kat hati, bagus sangat ke shaklee ni sampai kebanyakkan cerita tentang supplement keluar tentangnya..Try google dan buat research lagi..Bila dah yakin, mula lah mencuba..😁

Waktu tu Anim bekerja..so, ada duit sendiri dan mampu untuk mencuba supplement yang Anim nak. Honestly Anim cakap, produk shaklee memang sedikit mahal. Tapi Anim yakin dengan keberkesananya tambahan bila tanya rakan sekerja Anim sebenarnya produk shaklee ni dah lama berada di pasaran sebab emak dan ayah mereka pun pengguna setia produk shaklee. Bertambah yakin lah iols waktu tu..😁 Apa lagi..terus cubalah..

Style Anim, kalau Anim nak mencuba atau membeli sesuatu produk atau barangan yang Anim baru nak cuba, Anim akan selidik sepuas-puasnya sampai Anim rasa puas hati. Dari situ, baru Anim akan dapatkanya.

Begitu juga dengan shaklee ni..Bila dah mencuba untuk pertama kalinya, Alhamdulillah Anim dapat kesanya..walaupun tak banyak tapi ianya berkesan. Dari situ, Anim terus mencuba dan mencuba dari satu produk ke produk yang seterusnya. Ternyata Shaklee menag terbukti BERKESAN dan terbaik.. Dari situ, Anim terus setia dan kekal menggunakan produk shaklee sehingga ke hari ini.😍 Alhamdulillah..Buat apa nak cari yang lain dah kalau dah ada benda yang bagus kan...hihi..gitttuuuu..Anim ni jenis yang setia lah kan..πŸ˜‰

BAGAIMANA TERDETIK UNTUK BERBISNES BERSAMA SHAKLEE?

Buat Bisnes Shaklee?? (Sejujurnya tak pernah terlintas difikiran) Tapi itulah orang cakap kan..Allah yang tentukan segalanya buat kita...😁

Yang ni pada awalnya Anim kenal shaklee hanya untuk gunakan produknya sahaja.Tapi bila dah guna dan dapat kesanya, Anim suka untuk berkongsi..Mulanya dengan kawan-kawan seterusnya dengan family.

Tambahan waktu tu Anim selalu ternampak perkongsian dari junior Anim masa di universiti dulu Athirah Tieramissyou(Nama FB nya) yang kini dah bergelar Master Coordinator pun dalam shaklee tentang peluang yang ada dalam Shaklee ni dan perkongsian beliau setiap hari telah berjaya menjentik hati Anim untuk mula 'skodeng' tentang peluang bisnes bersama shaklee dan spa menggunakan barangan shaklee (Waktu Anim buat keputusan tu Anim tertarik dengan peluang buat duit dengan spa shaklee yang diasaskan oleh Master Ainul Shahrazad) Dan ternyata berbisnes bersama shaklee dengan projek TWB (The Walking Beauty) ni banyak sangat benefits yang kita akan dapat. Antaranya peluang untuk mendapatkan 3C.

Apa itu 3C? Klik link πŸ‘‰ untuk baca yer..😁Peluang Bisnes Shaklee-3C

Of Course la kalau kita nak buat sesuatu bisnes, benda pertama yang kita nampak adalah duit kan..Anim pun tak terkecualilah..😁 Bila nampak Master Tiera dan ahli-ahli TWB asyik duk post tentang duit jer terus rasa tak boleh duk diam..Rasa macam tak tenang jer bila nampak duit kepuk-kepuk yang dikongsikan.

So dipendekkan cerita pada tahun 2017(lama tul amik masa untuk buat keputusan kanπŸ˜‚) terus whatsupp Tiera dan bagitau dia nak mula buat bisnes dengan shaklee dan TWB..Dia mengalu-alukan kedatangan Anim dan dari situ dia bantu Anim bersungguh-sungguh..(TQ So much Tiera..Love u a lot)❤❤❤

Daru situlah perjalanan Anim bersama shaklee dan TWB bermula..Pada awalnya memang malu gilerlah. Habis jer training untuk projek TWB,  Anim perlu buat posting yang pertama untuk promote bisnes Anim di FB. Tetapi, sedihnya, nak buat posting pertama kat FB pun Anim ketar macam nak pergi berperang..Muka memang panas gilerlah(sebab malu dan takut waktu tu) Badan rasa seram sejuk macam nak demam waktu tu ..Dan yang paling teruk Anim akhirnya tak tahu nak tulis apa untuk posting yang pertama tu..HahahahhaπŸ˜† Paling tragis whatsupp balik kat Tiera dan bagitau dia "Kak Anim tak tahu nak tulis apa kat Facebook"..Teruk kan Anim waktu tu..Itulah diri Anim yang dulu kalau uols nak tahu..Malu tak bertempat orang cakap..πŸ˜‚Itulah moment yang paling Anim tak dapat lupakan sampai sekarang..Dan akhirnya posting pertama Anim di Facebook adalah dari ayat yang Tiera berikan.πŸ˜… (nak tekan post pun tangan ketar giler)πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Itulah serba sedikit kisah 'tragis' Anim bila mula-mula nak berkecimpung dengan bisnes ni..Tapi tulah pengalaman yang paling berharga buat Anim sebab Anim dah berjaya cabar diri Anim untuk ambil 1st step untuk ubah diri Anim. (tepuk tangan sikit untuk diri sendiri..heehe)

AKU YANG DULU BUKANLAH YANG SEKARANG

Pinjam tajuk lagu la pulak.😁

Seperti yang Anim ceritakan di atas, sebelum Anim kenal bisnes shaklee ni Anim sebenarnya ibarat 'katak di bawah tempurung'..Walaupun Anim lepasan universiti dan boleh dikatakan seorang pelajar yang aktif la jugak dan bukan seorang yang pemalu di universiti dulu tapi bila dah lama tinggalkan universiti dan dah lama tak bergaul dengan orang ramai sifat malu tak bertempat tu makin lama makin menebal dalam diri ni..

Dan ianya terbawa-bawa sehingga sampai satu tahap Anim nak jumpa orang dan bercakap dengan orang pun Anim malas. Teruk kan..Anim perasan Anim jadi begini selepas berhenti kerja dan balik untuk jadi suri hati Mr Suami sepenuh masa. Dengan kekalutan jadi isteri dan mama buat Anim jadi 'selesa' dan 'malas' nak berkomunikasi dengan orang luar.

Alhamdulillah, Allah cepat sedarkan Anim melalui bisnes shaklee bersama TWB ni. Dengan langkah Anim join TWB sedikit sebanyak Anim berjaya ubah sikap dan perangai Anim serba sedikit. Alhamdulillah..Syukur..

Nak tahu apa yang Anim dapat bila bersama TWB dan Shaklee?? Jom teruskan pembacaan anda bersama Anim😁

🌼 Anim dapat ubah diri Anim dari seorang yang sangat pemalu kepada seorang yang kurang malu..Kalau tak malu langsung tu tak boleh jugak kan..πŸ˜‰ Kalau dulu, nak bercakap dengan orang luar yang Anim tak kenal memang tak lah..sanggup buat2 sibuk sebab tak nak bercakap dengan sesiapa..siapa pernah buat macam Anim..Angkat tangan sikit..πŸ˜‰

Tapi kini, Alhamdulillah Anim dah berani untuk mulakan perbualan..Anim dah berani untuk menyuarakan pendapat..Anim dah ada keberanian untuk mula bercakap banyak dihadapan orang.

Dan dalam bisnes Anim, Anim dah berani untuk buat posting, buat live video, pergi seminar atau event yang lebih besar dan berjumpa dengan ramai orang. Paling latest, Anim beranikan diri untuk pergi ke NATIONAL CONFERENCE SHAKLEE dimana dalam conference ni ramai sangat SID berkumpul dari seluruh Malaysia..Tapi Anim bangga, Anim berani drive sorang diri dan pergi untuk berjumpa dengan rakan-rakan bisnes Anim yang lain.

🌼 Dari seorang yang tiada cita-cita kepada seorang yang berani untuk berimpian. Kalau dulu Anim takut nak ada cita-cita atau berimpian sebab Anim rasa semua yang Anim citakan dan impikan tu mustahil untuk dicapai sebab Anim kan tak bekerja..Mana la ada duit..Tapi bila bersama TWB dan shaklee, mentor2 Anim ajar cara untuk tanam cita2 dan berani untuk berimpian kerana dari impian lah kita akan berusaha untuk mencapainya..Bukan 'angan2 mat jenin' yer..πŸ˜‚Impian disini bermaksud kita selarikan dengan usaha untuk mencapainya..Itulah yang Anim berjaya belajar bila bersama bisnes shaklee ni.

🌼 Dari seorang yang malas kepada seorang yang lebih rajin. Yang ni lah diri Anim yang dulu dan Anim rasakan yang ni lah sikap Anim yang paling teruk..Anim malas untuk berusaha..Anim malas untuk berfikir jauh..Anim malas untuk bertindak..Serah jer semuanya pada takdir..Teruk kan Anim..πŸ˜₯

Tapi Alhamdulillah..bila Allah gerakkan hati Anim untuk join TWB dan shaklee  sikap tu lama kelamaan mula hilang dari diri Anim. Anim dah mula rajin untuk belajar cari benda baru. Anim dah rajin untuk manfaatkan ilmu yang diberikan oleh mentor2 Anim..Anim dah mula rajin untuk berfikir bagaimana untuk jadi lebih baik..Mana tak nya, mentor2 Anim dan group bisnes Anim semuanya rajin2 dan mereka sangat baik memberi ilmu setiap masa. Takkan Anim nak jadi malas dan biarkan apa ang mereka sumbangkan dipersiakan. Itulah kejayaan yang paling manis buat Anim. Sambil buat bisnes dan cari duit untuk diri sendiri tapi dapat ubah sikap buruk Anim jadi lebih baik. Syukur sangat!

🌼 Dari seorang yang penakut kepada seorang yang lebih berani. Jangan tak tahu, sebelum berkecimpung dengan bisnes TWB dan shaklee, Anim ni seirang yang penakut tau. Takut nak drive jauh2 seorang diri nak pergi mana2 tanpa ada orang temankan ( asbab dah lama duk terperuk kat umah dan suami yang akan bawa pergi mana2), takut nak menjual sebab risau orang reject, takut nak berhadapan dengan ramai orang(macam la takda hidung kanπŸ˜‚) dan macam-macam lagilah..Tapi bila dah ceburkan diri dengan bisnes, surprisingly sikit demi sedikit rasa takut tu mula hilang dari diri Anim. Anim dah berani untuk drive seoarang diri untuk ke seminar ke, coaching dengan upline ker atau hadiri perjumpaan ke.

Bila menjual pulak Anim dah berani untuk buka mulut untuk promote walaupun pada awalnya memang takut habislah..πŸ˜‚ Itulah kejayaan buat Anim. Walaupun mungkin nampak kecil pada mata orang lain, bagi Anim ianya satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

🌼 Dari zero knowledge untuk berbisnes kini lebih tahu walaupun belum banyak untuk lebih berjaya dalam bisnes. Ini kerana bila bersama team Anim, Anim dapat belajar pelbagai ilmu bisnes yang Anim boleh gunapakai untuk kembangkan bisnes Anim. Mentor2 Anim sentiasa membekalkan tips dan ilmu serta panduan untuk lebih berjaya dalam bisnes ni. Itulah kejayaan Anim buat Anim bila memilih team yang terbaik untuk Anim sama2 berbisnes..Syukur.

🌼 Berjaya buat sales dan close deal. Ini juga merupakan kejayaan yang manis buat Anim sebab seperti yang Anim beritahu Anim sebelum ni seorang yang sangat malu, sangat takut untuk menjual dan juga malas. Tapi bila berjaya close sales dan jual produk atau perkhidmatan spa Anim ianya merupakan kejayaan yang sangat manis sebab Anim mampu cabar diri Anim untuk lakukan perkara yang Anim tak yakin boleh buat sebelum ni. Kalau Anim biarkan fear atau rasa malu Anim berterusan sebelum ni mana mampu Anim mampu untuk close sales kan..

🌼 Berjaya merasa cash bonus dari shaklee walaupun pada awalnya bonus yang Anim dapat hanyalah 2 angka. Tapi Alhamdulillah makin lama makin naik bonus yang Anim dapat dan sekarang Anim aim untuk dapatkan lebih besar/banyak lagi bonus. Dari situ Anim boleh capai cita2 yang Anim impikan.😁

🌼 Berjaya oegang duit sendiri dan mengurangkan beban suami.Alhamdulillah bila mula berbisnes, Anim dah mampu untuk ada duit sendiri dan dari situ Anim dapat kurangkan beban suami Anim. Itu merupakan pencapaian yang paling best yang Anim rasa sebab Anim dah lama tak bekerja. Bila tak bekerja of course akan harapkan duit suami 100%. Tapi bila dah ada bisnes sendiri ni Anim dah mampu untuk ada duit di tangan dan mampu untuk bantu suami Anim serba sedikit.

🌼 Anim berjaya ubah diri menjadi seorang yang tak mudah menyerah kalah. Kalau dulu, sikit2 nak give up. Bila tak berjaya lakukan apa2 Anim mudah untuk menyerah dan yang paling parah akan salahkan takdir apa yang terjadi tu. Teruk kan. Itulah Anim yang dulu. Tapi bila bersama TWB dan shaklee, dengan ilmu, perkongsian dan panduan dari mentor yang tak pernah putus Anim menjadi seorang yang lebih kuat dan tak mudah putus asa.. Walau apa pun cabaran yang datang, dengan berbekalkan kekuatan yang diberikan oleh mentor2 Anim, Anim berjaya harunginya. Alhamdulillah.

🌼 Anim jadi ebih sayang diri sendiri dan hargai diri Anim. Dengan TWB dan shaklee anda akan didedahkan dengan pelbagai perkara dan ilmu yang bermanfaat. Bila dah ada ilmu automatik diri akan jadi lebih bermakna. Dari situ kita akan mula belajar untuk menyayangi dan hargai diri kita dan secara tak langsung kita juga akan lebih menghargai orang disekeliling kita.

🌼 Lebih dekat dengan Allah. Bila bersama bisnes TWB dan shaklee ni anda bukan sahaja akan diajar dan didedahkan dengan ilmu bisnes sahaja. Tapi ilmu kerohanian dan keagamaan juga tidak dilupakan.Setiap hari dan setiap masa kita akan diingatkan tentang kebergantungan kita dengan Allah untuk kita berjaya dalam apa jua bidang yang kita lakukan termasuk bisnes.

Dari situ, Anim banyak belajar untuk lebih dekatkan diri dengan Allah dan lama kelamaan ianya menjadi habit yang tak dapat dipisahkan dari diri Anim. Honestly Anim cakap, dulu Anim kurang titik beratkan hal ini dalam diri Anim. Solat pun hanya yang fardhu Anim lakukan. Tapi kini, Alhamdulillah walaupun masih baru dan merangkak dalam hal ni tapi ianya merupakan kejayaan buat diri Anim.

🌼 Anim jadi seorang yang lebih bersyukur dan lebih positif.

🌼 Dan yang paling best, Anim dah mula pandai menulis di Facebook.Kalau dulu banyak duk copy and paste jer ayat orang tapi Alhamdulillah kini Anim berjaya create ayat Anim sendiri walaupun tak sehebat orang lain lagi. πŸ˜‚

Itulah serba sedikit kisah kejayaan Anim dalam bisnes shaklee ni dan itulah kelebihanya bila bersama bisnes shaklee ni. Walaupun permulaanya kita decide hanya untuk berbisnes, tapi banyak sangat kelebihan yang kita akan dapat bila bersama bisnes ni.

Percayalah..Dengan shaklee anda bukan sahaja boleh berbisnes untuk dapatkan duit tapi lebih dari tu. Dalam Shaklee, anda akan dilayan seperti sebuah keluarga dan setiap masalah yang ada anda boleh rujuk pada upline @ mentor untuk sama2 selesaikan. Mudah sangat berbisnes dengan keluarga shaklee. Yang penting, anda perlu ada keazaman yang tinggi untuk berjaya dan jangan cepat mengalah.

Semoga perkongsian Anim ni serba sedikit dapat memberi inspirasi buat anda semua di luar sana. In Shaa Allah..😁

Boleh juga baca tentang:-

🍁mobile-spa-twb-kursus-spa-tanpa-kedai

🍁bisnes-mobile-spa-satu-pelaburan-yang bijak

🍁mobile-spa-TWB-bantu-wanita-jana-pendapatan.



Love,
Faridah Hanim Binti Mohd Yusoff
Your Trusted SID

011-10973735


FB: Faridah Hanim

#AlumniTWB
#AlumniTWBKelantan
#TeamJutawan
#TeamSparkle
#FantasticTeam





1 ulasan:

Saya Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 5Kg dalam masa 17 hari sahaja!

Hai..Assalamualaikum semua..😁 Bertemu lagi kita dalam entri Anim kali ni.. Untuk entri Anim kali ni Anim nak share dengan anda...