Halaman

Ahad, 15 September 2019

Peluang Bisnes shaklee (3C)

Hai..Assalamualaikum semua..😁

Bertemu lagi kita kali ni dalam entri yang Anim tujukan khas buat semua yang sedang merisik-risik peluang bisnes yang menawarkan peluang yang sangat besar dan lumayan buat semua SID (shaklee Independence Distributors) yang ingin memilih shaklee sebagai bisnes sendiri..

In shaa Allah, anda pasti teruja dengan peluang yang ditawarkan kerana ianya 'beyond your imagination'😍

Sama seperti Anim, pada mulanya Anim hanya sekadar pengguna biasa produk shaklee..Bermula hanya untuk mencuba keberkesanan produk shaklee tetapi bila mendapat manfaatnya terus jatuh hati..Bila dah jatuh hati, merisik untuk join ahli shaklee sebab nak membeli dengan harga yang lebih jimat..😁

Bila dah jadi ahli automatik akan dimasukkan ke dalam group support untuk mendapat lebih info dan guidance..Tapi banyak yang Anim dapat bila dah berada dalam group..Dari situ, Allah bukakan hati untuk mula mencuba berbisnes dengan shaklee..

Surprisingly, ianya sangat best sebab terlalu banyak yang shaklee sediakan untuk menjadi 'rakan kongsinya'..Kita hanya perlu rajin dan sentiasa berkongsi tentang kebaikan produknya dan banyak manfaat yang kita akan dapat dari situ..Tambahan shaklee adalah sebuah syarikat Antarabangsa yang sudah dikenali dan kerja bisnes kita menjadi sangat mudah kerana ramai dah mula yakin dengan produk yang ditawarkan oleh shaklee..

Menjadi SID dan berbisnes bersama shaklee menawarkan banyak peluang yang begitu menarik antaranya BONUS yang lumayan bersama shaklee.

Bila anda memilih shaklee sebagai bisnes anda, 3C akan ditawarkan untuk anda nikmati. Apakah itu 3C? Jom kita  sama-sama bongkarkan..😁

3C DALAM SHAKLEE

1) Cash

Yes..Bila anda berkecimpung dalam bisnes shaklee, anda akan menikmati CASH BONUS yang sangat lumayan setimpal dengan hasil usaha anda.

CASH BONUS terbahagi kepada 2 iaitu untung runcit dan untung bonus daripada point yang terkumpul selama sebulan (UV Point) yang akan dimasukkan terus ke akaun SID setiap bulan secara tetap.

Bagaimanakah Cash Bonus shaklee akan dikira?

Cash bonus shaklee akan dikira berdasarkan point terkumpul selama sebulan dari:-

1. Personal bonus iaitu jualan dari ID sendiri
2. Net personal bonus iaitu bonus jualan downline(jika ada)
3. Leadership bonus dari 1st level hingga 6th level downline
4. Car bonus
5. Coordinator Special Incentive
6. Key Coordinator Special Incentive
7. Master Coordinator Special Incentive

Banyak kan sumber duit tunai yang boleh diperolehi melalui bisnes shaklee. Thats why, tak mustahil untuk SID yang layak untuk mendapat bonus bulanan yang tinggi sehingga mencecah 6 angka sebulan. Sangatlah menakjubkan..(Anim pun nak merasa bonus sebegini dan Anim yakin dengan shaklee Anim mampu merasainya..In Shaa Allah)

Sepanjang Anim bersama shaklee, bonus yang pernah Anim kecapi adalah sehingga 3 angka..Walaupun hanya 3 angka (pada permulaan ni), Anim berasa sangat bersyukur kerana bonus yang  Anim perolehi ni banyak membantu Anim..Alhamdulillah..Dan sekarang Anim tengah usahakan untuk mencapai sehingga 4 angka, seterusnya 5 angka dan in Shaa Allah dengan izin Allah dapat merasa 6 angka pula suatu hari nanti..Aamin..Doakan yer..😁 dengan Shaklee semua tu tidak mustahil..

2) CAR BONUS

Selain cash bonus, dalam shaklee juga ditawarkan CAR BONUS dan ianya berbentuk wang tunai. Istimewa kan..Dalam shaklee bila anda layak, anda akan ditawarkan CAR BONUS berbentuk tunai dan bukanya sebuah kereta kerana dengan memberikan tunai kita bebas untuk menggunakan tunai tersebut samada untuk simpanan ataupun membiayai rumah impian kita ataupun membiayai kereta idaman kita setiap bulan. Terbaik kan shaklee..Memang lain dari yang lain lah boleh dikatakan..😁 Once kita layak mendapat CAR BONUS dari shaklee, kita akan mendapatnya setiap bulan tanpa delay. Itulah istimewanya shaklee.

CAR BONUS ni lah yang menjadi rebutan setiap SID yang menjalankan bisnes shaklee kerana sistem pembahagianya yang unik dan lain dari yang lain tu menjadikan ia sangat lumayan untuk dinikmati. Dengan CAR BONUS setiap SID shaklee mampu memiliki kereta idaman mereka..

In Shaa Allah, Anim pasti akan mendapatkanya suatu hari nanti..💪💪💪


3) CONVENTION

C yang ketiga yang ditawarkan oleh shaklee Convention iaitu incentive khas percutian. Inilah bonus yang paling best dalam shaklee sebab percutian yang ditawarkan bukan sebarangan kerana ianya bertaraf 5 bintang dan ditawarkan secara percuma buat semua SID yang layak.

Of course untuk mendapatkan incentive ni, SID perlu bekerja keras tetapi percayalah ianya sangat berbaloi dan diluar jangkaan kerana anda akan dilayan seperti 'raja' bila berjaya mendapatkan C yang ketiga ni..😍


Percutian yang ditawarkan adalah sangat mewah dan pastinya tidak akan pernah dapat dilupakan oleh setiap orang yang mengikutinya.

Dalam shaklee, terdapat 2 jenis percutian yang ditawarkan iaitu Regional dan International termasuk Umrah kelas pertama yang bernilai RM20,000 seorang. Lumayan kan..🤑

Untuk tahun 2020, International trip yang ditawarkan adalah ke SWITZERLAND..Sebuah negara yang diibaratkan seperti syurga dunia..Negara yang sangat cantik dan kos yang amat tinggi diperluakan jika kita ingin pergi sendiri..Tapi dengan shaklee, semuanya adalah secara percuma.

Untuk Regional trip pula, untuk tahun 2020 shaklee menawarkan percutian ke Korea sebuah negara yang juga cantik dengan budaya dan makanannya serta artis2nya..😉 Best kan..


Thats why Anim cakap, apa yang shaklee tawarkan adalah diluar jangkaan kita. Kita hanya perlu bekerja keras dan mencapai setiap impian kita bersama shaklee.


Selain bonus yang lumayan, terdapat pelbagai kelebihan lain lagi yang shaklee tawarkan dan anda bakal menikmati semua kelebihan ni jika memilih shaklee. Antaranya,

❤ Dalam shaklee anda tak perlu menyimpan stok. Tapi bagi memudahkan utusan bisnes kita, menyimpan sedikit stok untuk kemudahan kita adalah amat disarankan. Sebab stok ni ibarat 'gula'..Jika ada gula mudah untuk kita menarik 'semut' (pelanggan)😉

❤ Untuk memulakan bisnes shaklee, anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar. Dengan modal sebanyak RM75, anda sudah mampu untuk memiliki bisnes sendiri. Mudah kan.Risiko untuk rugi pun 'zero' kerana anda tidak perlu berhutang @ buat loan untuk dapatkan modal permulaan..Selamat kan..😁

❤ Bonus bulanan akan dibayar secara terus ke akaun anda setiap bulan tanp "miss" setiap bulan pada 15hb @pun lebih awal dari tarikh tu. Secara tak langsung bonus ni dapat menampung perbelanjaan anda.

❤ Bonus dan ganjaran yang lumayan serta besar ditawarkan untuk anda dan ianya sangat berbaloi dengan hasil usaha anda..

❤ Shaklee mempunyai rangkaian produk yang semulajadi yang sememangnya terbukti berkesan dan selamat. Dari situ, mudah untuk yakinkan customer menggunakan produk kita.

❤ Bernaung dibawah company yang kukuh dan bertahan lama dalam pasaran iaitu lebih dari 60 tahun. Risiko untuk rugi atau bankrup adalah zero.

Itulah serba sedikit peluang yang ditawarkan dalam shaklee untuk semua SID nya dan peluang ni sebenarnya terbuka buat semua tak kiralah anda seorang suri rumah ke, sudah mempunyai kerjaya tetap ke, lelaki ke, perempuan ke, penganggur ke..Ianya adalah terbuka dan sesuai buat semua. Yang penting anda yakin dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk berjaya bersama shaklee.

Jika ingin memilih team yang terbaik untuk anda bernaung, Anim amat sarankan untuk join #TeamAnim iaitu #FantasticTeam kerana team Anim berada dalam #TeamJutawan dimana  terdapat lebih dari 7 orang provent mentor iaitu Masters yang yang hebat dan power yang mempunyai pengalaman yang sangat luas dalam bisnes shaklee ni. Dan yang paling best, kesemua mentors ni tak pernah lokek ilmu dan sentiasa ada untuk membantu untuk sama-sama berjaya di dalam bisnes ni.

Nak berjaya dalam bisnes shaklee dan mencapai setiap impian anda, mulakan langkah anda hari ni dan in Shaa Allah anda pasti akan tersenyum puas dengan hasilnya suatu hari nanti.  Bak kata mentor Anim dalam bisnes Shaklee ni, 'Lambat atau cepat, anda pasti akan berjaya bila bersama shaklee' 

Jika anda ada sebarang kemusykilan berkaitan bisnes ataupun ingin mulakan bisnes bersama-sama Anim, anda amatlah dialu-alukan untuk terus contact Anim yer..😁

Faridah Hanim Binti Mohd Yusoff
011-10973735
Your Trusted SID


#TeamJutawan
#TeamSparkle
#FantasticTeam
#TeamShakleeKelantan
#ShakleeMalaysia




3 ulasan: