Isnin, 14 Oktober 2019

Saya Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 5Kg dalam masa 17 hari sahaja!



Hai..Assalamualaikum semua..😁

Bertemu lagi kita dalam entri Anim kali ni..
Untuk entri Anim kali ni Anim nak share dengan anda semua tentang kisah kejayaan Anim sendiri dalam Program #JomDetoxJutawan iaitu Detox cara shaklee.

Kalau sebelum ni Anim ada share tentang TESTIMONI PESERTA #JOMDETOXJUTAWAN  yang kesemuanya memang berjaya turunkan berat badan masing-masing dengan jayanya dengan Program Detox Shaklee, dan kisah mereka sangat-sangat memberi inspirasi buat Anim.

Banyak sangat kelebihan atau kebaikan Detox yang bakal diperolehi jika anda melakukan detox dengan cara yang betul dan tersusun seperti Detox Shaklee ni..Ini kerana, program Detox yang dijalankan oleh Shaklee ni bukan seperti program detox yang lain dan ianya sangat terperinci. Thats why, kesanya yang diperolehi oleh setiap orang yang join program ini sangat mengkagumkan.

'ANIM BERJAYA HILANGKAN 5KG DALAM MASA 17 HARI DETOX'

Yes..Inilah pencapaian yang Anim dapat selepas mengikuti program #JomDetoxJutawan. Dan Anim sangat berbangga dengan pencapaian ini kerana sebelum join detox belum pernah Anim berjaya turunkan berat badan Anim sebanyak tu dalam masa yang singkat seperti itu..

Baca sini: APA ITU PROGRAM #JOMDETOXJUTAWAN


⭐ Kenapa Anim join #JomDetoxJutawan?

Inilah soalan yang Anim pernah dapat waktu mula-mula Anim decide untuk join program detox. Of course sebab utamanya, Anim berada dalam #TeamJutawan.😁 Dari situ, Anim sentiasa didedahkan dengan testimoni peserta-peserta detox yang mendapat keputusan yang sangat awesome. Memang tergugatlah lemak-lemak dibadan kalau tengok result kesemua mereka yang join. πŸ˜‚

Selain itu, faktor utama kenapa Anim betul-betul nekad untuk join program #JomDetoxJutawan ni adalah kerana ianya adalah satu program detox yang sememangnya TERBUKTI BERKESAN..Tiada peserta yang join tapi tak dapat hasil dari program ini..Kecuali cheating lah..Itu tak dapet den nak nolong lah..πŸ˜…

Honestly, Anim sebenarnya dah lama berusaha untuk turunkan berat badan Anim ni. Dah pelbagai program diet Anim ikuti dan lakukan seorang diri tapi hanya separuh jalan jer..Bila dapat turunkan berat 1-2kg dah mula rasa give up sebab rasa susahnya diet! Seksanya diet! Stressnya bila diet seorang diri ni..Bila tengok suami dan family makan sedap-sedap terus tewas dipertengahan jalanπŸ˜‚ Tambahan Anim yang masak dirumah of course cabaran untuk turunkan berat badan tu sentisa mendapat halangan dengan nafsu makan yang kuat..Anim tak nafikan, Anim memang suka masak dan suka makan..Masak tu memang passion Anim lah..Kalau ada jer resepi baru, konfem Anim akan try..Mana la badan tak membesar dengan jayanya..(Alasan kan..πŸ˜†)


Itulah keburukanya kalau diet seorang diri ni..Memang akan kelaut dalam lah jawabnya. Sampaikan suami Anim pun dah malas nak layan kalau Anim cakap Anim nak mula diet.. Dia akan ketawakan Anim sebab dia dah faham sangat dengan angan-angan Mat Jenin isterinya ni kalau berkaitan dengan misi turunkan berat badan..πŸ˜† TETAPI, ajaib sangat, dengan #JomDetoxJutawan Anim berjaya konsisten berjuang sehingga kepenghujungnya dengan jayanya..Sampaikan suami Anim pun terkejut dengan pencapaian Anim tu.  Bangga iols rasa..πŸ˜‰

Selain itu, Anim join #JomDetoxJutawan adalah disebabkan program ini adalah program Detox yang terperinci dan menyeluruh.


Kebanyakkan program DETOX hanya tertumpu pada detoksifikasi organ tertentu seperti usus sahaja dan tidak menyeluruh. 


Untuk dapatkan result yang terbaik, kita memerlukan program Detox secara menyeluruh untuk memastikan detoksifikasi dilakukan secara berkesan dan kesihatan optimum dapat dicapai! 



Oleh sebab itu, #TeamJutawan bekerjasama untuk memastikan detox secara holistik ke atas system detox tubuh. So menu #JomDetoxJutawan adalah dari Nutritionist dan di endorsed oleh Doktor. Bukan suka suki aje tau..




Manakala, banyak program detox lain hanya tertumpu pada usus aje. padahal organ utama detox kita ada 5. Rugi sangat sekiranya kita hanya tumpukan kepada Usus sahaja untuk detox, padahal ada 5 lagi organ yang sama pentingnya untuk didetoks.




Cantikkan Allah jadikan kombinasi struktur tubuh kita. Terpulang kepada anda bagaimana anda nak menjaga dan manfaatkan amanah Allah ni.


⭐Apa sebab Anim berjaya konsisten bersama dan dapat turunkan berat badan Anim dengan #JomDetoxJutawan?

Sebenarnya, dah lama Shaklee perkenalkan program Detox ni. Dan sememangnya dah ramai yang berjaya detox dengan set detox shaklee ni. Tapi ada kelainan dalam #JomDetoxJutawan yang sememangnya ia memang lain dari yang lain. Hanya di #JomDetoxJutawan anda akan menikmati program detox yang begitu enjoy sebegini. Ianya adalah ilham/idea dari founder #JomDetoxJutawan iaitu Master Laila Mukhtar.


Founder #JomDetoxJutawan,Puan Laila Mukhtar. Slim dan cantik kan..😍


Misi utama program #JomDetoxJutawan ni adalah untuk Sihatkan Semua Rakyat Malaysia.Dan tagline untuk program ini adalah EDUCATE AND TRANSFORM dan sememangnya ia sangat sesuai dengan #JomDetoxJutawan.  Oleh sebab itu, pengisian program #JomDetoxJutawan ni sangat menarik dan tersusun dan berjaya menarik ramai untuk join program Detox ni termasuklah Anim.  😁


Menariknya dalam program #JomDetoxJutawan, anda akan menikmati program selam 17 hari sahaja yang terbahagi kepda 3 fasa iaitu:-



Fasa 1 (Pre-Detox)Tempoh untuk prepare tempoh detox. Bantu anda untuk ubah mindset.



Fasa 2 (Detox): Tempoh anda detox dengan MEALPLAN yang telah disediakan. 


Fasa 3 (Post-Detox): Siapa yang buat detox betul-betul akan mula dapat merasai resultnya seperti badan lebih cergas, berat badan berjaya diturunkan, kulit cantik dan nampak lebih muda dan sentiasa cergas pada fasa ini. 

Fasa inilah yang menjadikan program #JomDetoxJutawan ni sangat menarik dan istimewa kerana badan kita tidak akan terus 'terkejut' dengan proses detox yang dijalankan dan ianya berperingkat. Hasilnya, anda akan menikmati proses detox dengan tenang dan happy tanpa stress..

Bila Anim join #JomDetoxJutawan banyak sangat kelebihan yang Anim dapat antaranya:-


1) Support group yang aktif selama 17 hari. Pakat kurus ramai-ramai baru syok! Buat dengan gembira dan tak stress langsung. 


2) Dapat guide, info dan monitoring dari Detox Coach bertauliah. Ada masalah boleh tanya. Jadi, Anim tidak kemurungan makan pisang sorang-sorang πŸ˜‚ 


Ini adalah barisan Coach Jom Detox Jutawan yang sangat hebat. Mereka sentiasa beri support kepada peserta Jom Detox Jutawan.



3) Ada Detox Meal Plan oleh nutritionist bertauliah, approved by doctor. Ada reason di sebalik menu tiap hari. Program ni bantu ubah lifestyle kepada healthy lifestyle. Jadi rutin diri. Jadikan HABIT dan kebiasaan harian. Inilah yang Anim follow sepanjang detox dan ternyata berkesan sangat untuk turunkan berat badan Anim. Suka!


Amacam...lazatkan Menu Jom Detox Jutawan



4) Program detox ni fokus Buang Toksin berkurun dalam badan yang boleh sebabkan sakit kronik. Bonus turun berat, kulit cantik dan badan sihat.


5) Ada guide step by step setiap hari. Hanya ikut betul-betul setiap step. InsyaAllah banyak turun berat dan inchloss.


6) Dapat guide senaman yang betul. Nak kecikkan bahagian mana? Nak kempis bahagian mana? Nak hilangkan spare tyre. Semua ada panduan yang betul supaya dapat impak yang berkesan. 


7) Bila turun berat automatik muka semakin cantik & hensem, kulit glowing dan nampak makin muda. Yang ni paling best!

Itulah serba sedikit pengalamana Anim join #JomDetoxJutawan pada batch 5.0. Pengalaman yang sangat menarik dan Anim rasa happy sangat kerana dipertemukan dengan program detox yang sangat best ni. Banyak sangat kesan positif yang Anim dapat hasil dari program ini antaranya:

❤Berat badan berjaya diturunkan sebanyak 5kg dalam masa 17hari. Kalau tak sebelum ni nak turunkan 2kg pun sakit dan seksa serta stressπŸ˜‚
❤ Sedikit sebanyak dapat ubah lifestyle Anim dari kurang sihat kepada yang lebih sihat. Lebih menghargai kesihatan berbanding sebelum join program detox. Kalau tak, dulu asalkan nampak makanan yang sedap, makan memang tak ingat dunia..Tapi sekarang dah boleh control..
❤Kulit muka makin sihat dan glowing. Tak kusam. Ramai yang tegur nampak lebih berseri-seri..
❤ Badan rasa lebih bertenaga dan cergas jer..Kalau tak, rasa lemau sangat dan asyik nak tidur jer kejanya..
❤ Mood lebih stabil dengan anak-anak dan keluarga..Kalau dulu, mudah nak marah dan stress.
❤ Berat badan tak mudah rebound walaupun makan sedap kekadang. Berat susah nak naik lepas detox.
❤ Dan dengan penangan Detox, Anim berjaya hamil dengan mudahnya..πŸ˜‚Subur sangat lepas detox. Yelah..Toksin yang ada dalam badan berjaya disingkirkan dan menjadikan badan kita sangat fresh!

Oleh itu, Anim amat sarankan untuk anda yang nak sangat turunkan berat badan atau nak kurus jom join #JomDetoxJutawan.  Inilah permulaanya untuk anda ubah badan dan diri anda. Jika sebelum ni anda sering terkandas di tengan jalan dalam misi untuk kurus dan sihat, kali ni dengan #JomDetoxJutawan anda pasti berjaya. Yang  penting anda betul-betul nekad dan berjuanglah bersama #JomDetoxJutawan. Dengan JOM DETOX JUTAWAN mempunyai kelebihan dan cara yang untuk anda lebih SIHAT dan KURUS.

Sekian saja perkongsian Anim untuk kali ni..Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau pertayaan berkaitan, jangan malu untuk terus contact Anim yer..Anim sentiasa ada untuk membantu anda..In shaa Allah..😍


Faridah Hanim Binti Mohd Yusoff

011-10973735

Bekas peserta #JomDetoxJutawan Batch 5.0

Berjaya hilangkan berat badan sebanyak 5kg dalam masa 17 hari

Misi untuk turunkan lebih banyak kg dan inci bersama #JomDetoxJutawan

Team Jutawan

Your Trusted Shaklee Independence Distributor
(1284824)













Ahad, 13 Oktober 2019

Kelebihan buat Bisnes Shaklee berbanding bisnes lain.


SHAKLEE SENTIASA DIHATI

Haaa...Gittu tajuknya kali ni..😁

Dulu sebelum kenal Shaklee, takde pun pernah 'jatuh hati' terokkks macamni dengan mana-mana bisnes yang pernah Anim buat..Tapi bila dah kenal Shaklee dan jalankan bisnes ni ternyata bisnes Shaklee adalah yang terbaik dan mempunyai banyak kelebihan berbanding bisnes lain. 

10 KELEBIHAN BISNES SHAKLEE

MODAL YANG RENDAH DAN TAK PERLU SIMPAN STOK

Jika anda ingin memilih sesuatu bisnes yang hendak dijalankan, pastikan bisnes tersebut tidak membebankan anda dari segi MODAL PERMULAAN yang perlu dikeluarkan sehingga anda perlu berhutang atau membuat loan kerana risiko untuk bisnes yang baru nak dijalankan adalah sangat tinggi. Oleh sebab itu, anda perlu mencari bisnes yang modalnya rendah dan kurang risiko kerugian. 

Dengan Shaklee, modal yang anda perlukan untuk memulakan bisnes bersama mereka adalah sangat rendah. Anda hanya perlu membayar RM75 sahaja sebagai yuran pendaftaran sebagai ahli shaklee. 

Ataupun anda boleh memilih cara untuk mendaftar secara PERCUMA sahaja. Caranya anda hanya perlu collect order vitamin/produk dari rakan-rakan atau sanak saudara atau dari anda sendiri dan cukupkan jumlah sehingga RM650++ anda dah layak untuk mendapatkan keahlian secara percuma. Mudah kan dengan shaklee..Yes..Shaklee takkan membebankan anda. Siapa yang tak takut rugi kan..Of course kita akan mencari bisnes yang kurang risiko kerugiannya untuk permulaan ni..

Dengan bayaran sebanyak RM75, anda akan dapat 1 Set Memberkit iaitu panduan lengkap tentang keahlian shaklee, panduan produk dan juga panduan berbisnes bersama shaklee. 

Selain itu, dengan modal serendah itu membolehkan anda untuk menikmati untung runcit,  bonus bulanan yang tak pernah gagal shaklee bayarkan setiap bulan, trip mewah bersama shaklee untuk dalam dan luar negara setiap tahun, bonus kereta dan banyak lagi bersama shaklee. Sangat lumayan!

Dengan shaklee juga, anda tak perlu nak keluarkan modal yang besar untuk membeli stok dengan banyak untuk dijadikan simpanan kerana tanpa simpanan stok pun anda mampu untuk jalankan bisnes anda..Haaa..Cemana tu? Menarik kan..

Yes..Dengan shaklee, anda hanya perlu promote produk yang anda jual dan jika ada customer yang order, anda boleh terus call shaklee atau order melalui online atau terus ke HQ/Branch terdekat dengan rumah anda untuk dapatkan stok yang customer inginkan..Tetapi, untuk memudahkan anda dan customer yang mungkin inginkan stok dengan segera, anda mungkin boleh membuat sedikit simpanan stok. Mudah untuk anda dapatkan untung segera jika ada simpanan stok.


MASA YANG FLEKSIBEL. 
DAPAT BEKERJA DARI RUMAH SECARA ONLINE ATAU OFFLINE

Bisnes Shaklee adalah bisnes yang fleksibel dimana anda boleh memilih untuk jalankannya secara online atau offline. Ianya bergantung pada anda. Jika anda seorang ibu seperti Anim, of course akan memilih bekerja dari rumah disebabkan oleh anak dan pelbagai faktor yang lain. Ianya pasti boleh dengan bisnes Shaklee kerana bisnes Shaklee menggunakan Sistem online bagi memudahkan urusan bisnes.

So, jika anda adalah seorang Working At Home Mum(WAHM) dan ingin mencari side income, bisnes shaklee sangat sesuai buat anda. Ini kerana, anda tak perlu susah payah untuk carikan pengasuh buat anak-anak anda atau perlu keluar rumah sepanjang hari untuk jalankan bisnes anda.


COMPANY YANG STABIL DAN TELAH LAMA BERTAHAN DALAM PASARAN

Untuk pengetahuan anda, Shaklee bermula sejak tahun 1915 lagi dan bertahan sehingga kini dimana fokusnya adalah terhadap bisnes makanan kesihatan untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan manusia. 

Yang menariknya, Shaklee adalah syarikat No 1 yang membekalkan nutrisi semulajadi di United States. Jika anda nak tahu, di U.S undang-undangnya agak ketat berkenaan produk kesihatan. Tetapi dengan ranking utama Shaklee di U.S membuktikan Shaklee sangat komited dalam mengeluarkan produk berkualiti serta semulajadi yang tidak mencemarkan alam sekitar. 

Paling menarik, Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang mendapat Anugerah 'Climate Neutral Company'.


Ini dibuktikan dengan tindakan yang dibuat oleh pihak Shaklee iaitu:-

We test every new ingredient for over 350 harmful contaminants. 
We conduct over 100,000 quality tests a year to ensure the greatest purity possible. 
We have invested over $250 million in clinical testing, research, and development.
Dengan Shaklee, anda tak perlu ragu atau risau dengan status company kerana Shaklee amat stabil dan tak pernah gagal dalam menjalankan tanggungjawab dan  kebajikan untuk setiap SIDnya..

Walaupun Malaysia pernah mengalamai pelbagai masalah ekonomi, tetapi Shaklee tetap bertahan dan berdiri teguh seteguh namanya..


PRODUK YANG BERKUALITI TINGGI

Produk Shaklee adalah dijamin SELAMAT, BERKESAN, SEMULAJADI dan BERKUALITI TINGGI. Ini bukan cakap kosong tanpa bukti tau..Dengan Shaklee, semuanya mempunyai bukti dan kajian yang telah dijalankan secara terperinci sebelum sebarang statement atau claim dikeluarkan. Setiap produk yang dikeluarkan dibangunkan dengan kajian dan mendapat pengiktiraf dunia. 

Kelebihan bisnes Shaklee, produk yang dikeluarkan adalah berkualiti. Ia tak dikeluarkan sebelum dilakukan ujian kualiti. Selari dengan slogan Shaklee:-

'Purity,Potency & Performance'

Purity: Bahan mentah atau kandungan yang berkualiti serta produk yang dihasilkan adalah Selamat.

Potency: Kajian intensif dijalankan serta nutrient yang dihasilkan adalah berkesan

Performance: Penyerapan yang lebih baik, untuk hasil yang lebih baik

Perkara yang paling mengagumkan tentang kualiti Shaklee ialah Shaklee telah menjalankan Landmark Study. Iaitu kajian lapangan yang dijalankan untuk mengukur tahap keberkesanan produk Shaklee. Keputusan kajian Landmark study adalah seperti gambar rajah di bawah:


shaklee product quality

the landmark study


Kualiti serta keberkesanan produk shaklee boleh dilihat pada komitment ini

350 ujian dijalankan pada bahan mentah / kandungan (botani) baru. Bagi mengesan pencemaran, racun serangga dan lain-lain

Lebih 250 ujian pengesanan racun serangga dijalankan bagi mematuhi peraturan United State Pharmacopeia

Lebih 100,000 ujian telah dijalankan setiap tahun bagi memastikan bahan mentah berkualiti, produk yang selamat serta nutrien yang berkesan

Shaklee telah melabur lebih 300 Juta (USD) dalam RnD dan banyak lagi.

Menarik kan..Kita kalau nak berbisnes biar kekal. Biar semua orang mempercayai bisnes kita. Barulah bisnes yang kita jalankan dapat bertahan lama dan menjadi pilihan utama oleh setiap orang. Oleh itu, produk bisnes kita mestilah yang berkualiti tinggi. 


PRODUK YANG SENTIASA MENDAPAT SAMBUTAN DAN PERMINTAAN YANG TINGGI

Dengan kualiti produk yang dijamin, produk shaklee sentiasa mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi setiap masa. Ini terbukti kerana produk shaklee sentiasa mendapat perhatian dan menjadi pilihan utama dalam membantu menyelesaikan masalah kesihatan setiap orang. 

Berdasarkan pengalaman Anim sepanjang menjalankan bisnes Shaklee, antara produk yang sentiasa menjadi pilihan utama customer adalah untuk:

πŸ‘‰SET DETOX SHAKLEE
πŸ‘‰SET HAMIL SHAKLEE
πŸ‘‰SET BERPANTANG SHAKLEE
πŸ‘‰SET MENYUSU SHAKLEE
πŸ‘‰ SET KECANTIKKAN SHAKLEE
πŸ‘‰SET ASAS SHAKLEE

Dan pelbagainya lagi. Ini terbukti, produk shaklee adalah sentiasa menjadi pilihan 😁 Ini kerana,produk kesihatan adalah produk yang sentiasa mendapat permintaan tinggi. Dan produk shaklee bukan ubat, tapi supplement untuk kekal sihat dan bertenaga. 


BONUS YANG SANGAT LUMAYAN. BUKAN SEKADAR UNTUNG RUNCIT.

Cash bonus Shaklee untuk leadership dibayar sehingga 9 lapisan. Untuk melayakkan anda menikmati bonus yang ditawarkan oleh Shaklee, anda hanya perlu membuat belian sebanyak 150uv sahaja.
 
Alhamdulillah, sehingga kini memang ternyata Shaklee telah membantu ramai orang memperoleh pendapatan lumayan melalui pebagai jenis Bonus Shaklee yang ditawarkan.

Dan jangan terkejut, Shaklee telah Patenkan jumlah pendapatan yang boleh diperolei oleh kesemua SIDnya sebagai pay to infinity iaitu bermaksud anda boleh pilih berapa pun jumlah pendapatan yang anda ingini. Tiada had! Best sangat buat bisnes Shaklee ni..Terasa exclusivity nya disitu..😁


PELBAGAI ILMU PERCUMA DISEDIAKAN

Bila memilih untuk menjadi seorang businessman, anda perlu mempersiapkan diri anda dengan ilmu berkaitan produk dan juga bisnes yang anda sedang jalankan. Begitu juga jika anda ingin jalankan bisnes shaklee. Nak bagi saranan dan cadangan kepada bakal customer, kita mestilah arif tentang produk yang kita jual. Betul tak? 

Oleh yang demikian, pihak shaklee telah menyediakan kelas-kelas berkaitan produk kepada semua distributornya dan ianya adalah secara PERCUMA sahaja. Ianya dikenali sebagai Health & Wellneas Talk. Kelas ini akan diadakan pada setiap bulan disetiap branch shaklee di seluruh Malaysia. Itu secara offline. 

Ilmu produk juga akan diberi secara online oleh Nutritionist Shaklee kepada setiap team Shaklee yang ada supaya semua distributornya mempunyai ilmu secukupnya berkaitan produk. 

Selaian itu, kelas-kelas ilmu yang lain juga ada disediakan oleh upline/mentor bisnes masing-masing untuk setiap anak didik mereka. Jika macam Anim, Anim berada dibawah team #SOuL dimana upline/Mentor Anim adalah Master Athirah Tieramissyou. Dalam team Anim ni pelbagai ilmu diberikan dan ilmu ni adalah PERCUMA sahaja tanpa sebarang caj dikenakan. Beruntung sangat join bisnes awesome sebegini. Ilmu sentiasa diutamakan. 

 BISNES YANG PATUH SYARIAH

❤ SHAKLEE ADALAH MLM TERAWAL DI DUNIA DAN BERPRESTIJ SEHINGGA KINI

❤ SUPPORT GROUP YANG SANGAT AKTIF DAN SANGAT MEMBANTU

Itulah antara 10 kelebihan bisnes shaklee yang mungkin tak ada pada bisnes yang lain. Dengan kelebihan ini menjadikan shaklee sebagai bisnes yang selalu menjadi pilihan ramai dari pelbagai golongan kerana semua dah semakin sedar dan tahu tentang pelbagai kelebihan yang ada pada shaklee.

So, amacam, tak tercabarkah anda untuk memulakah langkah berbisnes bersama shaklee? Jika ya, Tahniah..Jom sertai Shaklee dan jadikan Team Anim iaitu #TeamJutawan sebagai pilihan utama anda kerana dalam Team Anim juga terdapat pelbagai keistimewaan. 

Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan boleh terus hubungi Anim.

Salam Sayang,

Faridah Hanim Binti Mohd Yusoff

011-10973735

Your Trusted Shaklee Independence Distributor
(1284824)















Sabtu, 12 Oktober 2019

5 Organ Detox dan fungsi setiapnya



Hai..Hai..Hai..😁
Assalamualaikum..Bertemu lagi kita kali ni dengan tajuk yang lain pula tapi sangat penting untuk anda semua tahu. 

Dalam entri Anim kali ni, Anim nak share dengan anda semua tentang 5 ORGAN DETOX yang penting dalam dalam badan kita dan APAKAH FUNGSINYA. 


kalau dalam entri Anim yang sebelum ni, Anim ada ceritakan secara general tentang DETOX SHAKLEE yang dijalankan secara terperinci melibatkan 5 organ detox yang ada dalam badan kita, untuk entri kali ni Anim khususkan perkongsian Anim ni tentang fungsi setiap satu organ detox supaya anda lebih jelas tentang bagaimana program Detox Shaklee ni dijalankan dan mengapa kesanya begitu power.


Sebelum tu, Anim akan terangkan secara ringkas apa itu detox dan kenapa perlu detox.


APA ITU DETOX?


Detox ialah suatu proses pembuangan TOKSIN daripada badan melalui organ-organ detox badan.

APA ITU TOKSIN?



Toksin adalah bahan buangan atau racun bahaya yang boleh merosakkan struktur dan fungsi sel badan. Mustahil untuk kita elakkan toksin dari badan kerana toksin berada di mana-mana.

Realitinya, toksin ada dimana-mana. Kadangkala kita rasa kita tak merokok, kita makan makanan sihat tapi sebenarnya TOKSIN itu dari pelbagai sumber sama ada air yang disalurkan ke rumah, udara persekitaran yang tercemar, jerebu, asap kilang, asap kenderaan, makanan yang kita makan seperti perasa, pewarna, penahan. Mungkin juga gaya hidup yang tinggi stress, kerja shif yang tak menentu dan pelbagainya lagi.

5 sumber toksin utama

Detox dapat mengeluarkan toksin dari badan dan ia akan menjadikan badan ringan. Selain itu kita juga dapat manfaat kesihatan yang lain hasil dari pembuangan toksin dari badan kita.

KENAPA PERLU DETOX?
Lagi banyak perkara yang korang tick, maksudnya lagi SEGERA anda kena Detox.

Jom baca dan tick!

Diantara tanda tanda kita perlu detox:


+ Berat badan bertambah – metabolisma badan terganggu, hormon terganggu
+ Sembelit
+ Kulit Kusam
+ Sakit kepala / migrain
+ Cepat letih, cepat lemau, stress, rasa lembab
+ Cepat marah, rasa nak mengamok aje. hehehe
+ Keinginan makan banyak, craving sugary foods (sel lapar aje, tak cukup nutrient). Kalau gi kenduri, open house pinggan tu penuh tamak sangat.
+ Susah nak fokus dalam masa lama
+ Penyerapan nutrisi yang kurang – makan vitamin takde kesan pun! orang lain makan suppliment berkesan
+ Senang dijangkati penyakit – flu, demam
+ Susah tidur waktu malam
+ Sering mengalami kembung perut, perut tidak selesa dalam keadaan biasa atau selepas makan.
+ Sering ada lingkaran hitam bawah mata
+ Badan berbau jika tidak menggunakan deadorant atau pewangi
+ Merokok atau sering bersama dengan orang yang merokok
+ Mulut / Nafas Berbau
+ Menghadapi masalah ALERGIK
+ Tidak senaman sekurang kurangnya 3 kali seminggu
+ Pengambilan sayuran kurang dari 1/2 sawan sehari
+ Mengalami Eczma, jerawat atau Psoriasis
+ Minum minumam beralkohol (bagi non muslim)
So, dah tick senarai yang Anim kongsikan tersebut? Berapa banyak yang anda perlu tick? Semakin banyak tick yang anda perlu tick, semakin perlulah anda untuk DETOX!

Dengan DETOX secara TERPERINCI dan MENYELURUH anda akan dapat kesemua manfaat detox seperti yang dinyatakan dalam gambarajah yang Anim kongsikan dibawah. Yang penting, anda mesti DETOX YOUR BODY PROPERLY!


Manfaat dari melakukan detox secara menyeluruh


5 ORGAN DETOX DAN FUNGSINYA

Berikut adalah organ-organ detok dalam nadan kita.


πŸ€ KULIT

Kulit merupakan organ pertama yang terdedah kepada pencemaran seperti pencemaran yang melibatkan persekitaran dan bahan kimia.

Kulit juga memberikan signal kepada kesihatan tubuh badan. 

Fungsi: Perlindungan dan detoksifikasi
Selain menjadi perlindungan kepada organ di dalam badan, kulit juga merupakan organ terbesar yang membuat proses detoks dengan mengeluarkan peluh dan toksin. 

πŸ€ HATI

Hati adalah organ utama yang membuat proses detoksifikasi pada badan. Organ yang bersize seperti bola sepak ini akan melakukan proses bagi generasi sel yang baru.

Fungsi: Menapis darah, detoks nahan kimia dan penghasilan cecair hempedu.
Selain daripada menapis darah yang datang daripada proses penghadaman, hati juga terbeban dengan fungsi berat bagi menapis bahan kimia yang nemasuki badan anda setiap hari.

Kalaulah hati boleh bercakap, pasti ia akan merungut letih dan dia tidak larat lagi kerana perlu bekerja keras untuk tapis segala toksin yang memasuki badan kerana ia adalah organ detox yang paling utama dalam badan. lebih kurang 80% proses detox dilakukan oleh hati. Oleh itu, hargailah hati kita.

πŸ€ PEPARU

Setiap hari organ ini terdedah kepada pencemaran yang bahaya dan mikrob yang memasuki peparu ketika bernafas.

Fungsi: Proses Pernafasan
Oksigen akan memasuki peparu dan akan mengeluarkan karbon dioksida dan gas serta bahan kimia yang tidak perlu.

πŸ€ SISTEM PENGHADAMAN (Usus)

Pelbagai jenis makanan dan minuman memasuki tubuh badan kita setiap hari. Ini termasuklah pengawet, pewarna, lemak-trans, gula, perasa dan pelbagai lagi. 

Fungsi: Penghadaman dan Penyerapan
Makanan akan dihadam apabila dimasuki ke dalam badan dan kemudian diserap ke dalam salur darah dan dilepaskan melalui proses detoks.

πŸ€ BUAH PINGGANG

Organ penting untuk kesihatan tubuh badan. Kerosakan buah pinggang boleh membawa kepada penyakit yang serius atau kematian. Setiap buah pinggang mempunyai struktur dan fungsi yang sangat kompleks.

Fungsi:  Menyingkirkan sisa bahaya yang bertoksin dan mengekalkan keseimbangan air, cecair, mineral dan bahan kimia iaitu elektrolit seperti natrium, kalium dan sebagainya. 


Inilah 5 organ detox yang paling penting dalam tubuh badan kita. Tetapi, anda perlu ingat, apabila kita tidak lakukan detox secara menyeluruh akibatnya, fungsi organ detox akan menurun dan kesanya, TOKSIN berlebihan akan mula berkumpul dalam badan dan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti kulit alergik, kulit kusam, sembelit, letih, sakit kepala, pertambahan lemak dan berat badan dan boleh membawa kepada terjadinya penyakit kronik. Itu sangat bahaya!


Gambaran keadaan organ detox kita sebelum proses detox dijalankan.

Selepas detox organ kita sihat

Gambaran keadaan organ detox kita selepas detox. Organ kita lebih sihat!
Cara terbaik mengatasi masalah ini adalah dengan MENINGKATKAN FUNGSI SEMUA ORGAN DETOX kita, dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan mengambil makanan yang mengandungi NUTRISI penting untuk menyokong fungsi semua organ detox kita.

Ini adalah antara makanan yang telah terbukti secara kajian saintifik mengandungi nutrient yang mampu meningkatkan fungsi organ detox.

SET DETOX SHAKLEE

Set Detox Shaklee dihasilkan dari tumbuhan semulajadi yang mengandungi nutrient terbaik untuk meningkatkan fungsi organ detox. Ia terdiri daripada:-
Nutrisi penting untuk badan lakukan detox


Nutrisi penting untuk badan lakukan detox

Nutrisi penting untuk badan lakukan detox
Nutrisi penting untuk badan lakukan detox

Nutrisi penting untuk badan lakukan detox
Nutrisi penting untuk badan lakukan detox

Nutrisi penting untuk badan lakukan detox
Nutrisi penting untuk badan lakukan detox

Dengan mengamalkan nutrient yang penting untuk kesemua organ detox kita, ia akan memberikan solusi menyeluruh untuk kesihatan kita.


SET DETOX DALAM #JomDetoxJutawan

Dalam program #JomDetoxJutawan terdapat 3 set Detox yang disediakan secara exclusive untuk anda. Anda boleh membuat pilihan mengikut kesesuaian anda dan dengan pembelian antara 3 set detox #teamJutawan ni anda layak untuk:-

❤Mendapat keahlian shaklee secara percuma dibawah #TeamJuawan
❤ Dapat menikmati cash bonus
❤ Dapat membeli produk shaklee yang lain dengan harga lebih murah iaitu harga ahli
❤ Berpeluang menyertai program #JomDetoxJutawan
(Online coaching selama 17 hari dengan dipantau oleh coach yang berpengalaman)
❤ Berpeluang untuk memiliki berat badan ideal, lebih sihat, kurus dan awet muda secara semulajadi. Menarik kan..

1) SET GOLD
Set paling basic dan mampu milik.

Set Gold Jom Detox Shaklee



2) SET PLATINUM
Set lengkap dan lebih power kerana adanya 'hero' segala produk iaitu VIVIX.

Set Platinum Jom Detox Shaklee



3) SET DIAMOND
Set lengkap dan paling exclusive dan tahan lebih lama. Anda boleh gunakan set ni untuk repeat program #JomDetox banyak kali dan kesanya, of course lebih power. Memang tak rugi ambil set ni.



Perbezaan manfaat yang bakal anda dapat jika memilih antara SET GOLD dan SET PLATINUM. Of course SET PLATINUM adalah yang terbaik dan Anim amat sarankan anda pilih SET PLATINUM.


Amacam? Anda dah faham dengan fungsi kesemua organ detox yang penting dalam tubuh badan kita? Jagalah dan hargailah mereka dengan membekalkan keperluan nutrisi yang secukupnya supaya mereka sentiasa dalam keadaan yang terbaik. Kerana tanpa mereka, kita takkan dapat menikmati hidup yang lebih bermakna dan sihat..Sakit mereka bermakna sakitlah kita.. 

Jom detox badan kita bagi memastikan kesemua organ detox kita tetap berada dalam keadaan yang terjaga dan terpelihara kerana dengan detox kita mampu menyingkirkan segala kotoran dan toksin daripada terus bersarang.

Jika anda mempunyai sebarang pertayaan atau persoalan berkaitan entri Anim ni atau ingin merisik tentang program #JomDetoxJutawan, jangan segan silu untuk hubungi Anim..In Shaa Allah, Anim akan sentiasa ada untuk membantu.

Faridah Hanim

011-10973735

Your Trusted Shaklee Independence Distributor
1284824

Shaklee Kelantan

Jom Detox Jutawan

Detox Dengan cara Shaklee

Proven Success Program













Saya Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 5Kg dalam masa 17 hari sahaja!

Hai..Assalamualaikum semua..😁 Bertemu lagi kita dalam entri Anim kali ni.. Untuk entri Anim kali ni Anim nak share dengan anda...