Halaman

Rabu, 18 September 2019

Success Story Jom Detox Jutawan-5 Testimoni Detox Jutawan

Bismillahirrahmanirrahim..

Hai..Assalamualaikum semua..Dalam entri Anim kali ni Anim nak berkongsi tentang success Story peserta-peserta Jom Detox Jutawan yang mana mereka semua telah mendapat result yang hebat selepas join program Jom Detox dari Group Jutawan.

Kalau Sebelum ni Anim dah pernah berkongsi tentang Apa itu program Jom Detox Jutawan (Boleh baca disiniπŸ‘‰ Apa itu program-jom-detox-jutawan.

Dalam entri Anim kali ni Anim nak berkongsi pula kisah kejayaan peserta-peserta Jom Detox ni dengan anda.


Surprisingly, keputusan yang peserta-peserta ni dapat bukan calang-calang tau. Memang bombastik lah..😁 Memang pada awalnya mereka join hanya untuk menurunkan berat badan, tapi dengan program Jom Detox Jutawan yang sememangnya lain dari yang lain ni, mereka berjaya mendapat pelbagai manfaat lain seperti kesihatan semakin improve, rasa diri lebih happy dan sihat dan sebagainya. Itulah istimewanya Program Jom Detox Jutawan ni.

Sesuai dengan Motto program Jom Detox Jutawan 'We Detox Body, Mind and Soul'😁

Dalam entri Anim kali ni, Anim akan highlaght kan 5 testimoni yang terbaik buat anda walaupun ada beratus lagi keputusan lain yang semuanya hebat-hebat belaka..Tak tahu nak kongsi yang mana satu sebenarnya..πŸ˜… In Shaa Allah next time Anim akan cuba untuk berkongsi lagi testimoni peserta yang lain pulak..😁

1. DARI XL DAH BERTUKAR KE M!!!

SLE FIGHTER BERJAYA DETOX DAN TURUNKAN BERAT BADAN SERTA MENIKMATI HIDUP YANG LEBIH SIHAT.

Jom kita baca kisah seorang Pesakit SLE yang telah berjaya detox dan menikmati hidup yang lebih bermakna.

"Nama saya Magdalen, berumur 40 tahun, seorang yang berkerjaya  dalam bidang automotif. Saya adalah salah  seorang SLE fighter!!


Hari ini saya nak kongsikan kisah saya sebelum join Jom Detox:

Saya sebelum ni sememangnya berbadan besar & agak gempal. Berat tertinggi saya pernah mencecah 90kg. Masa tu zaman study lagi. Yelah student, bila study malam mula lah nak makan itu ini...kata nya nak bagi mata sentiasa berjaga..hihi

Nak pendekkan cerita, saya mula mendapat penyakit SLE ni sebaik saja tamat pengajian di universiti tahun 2003. Daripada berat 90kg turun mendadak ke 63kg dalam masa 3 minggu saja. Tapi syukur saya dapat recovery balik dalam tempoh 1 tahun kemudian. Berat mula naik semula ke 85kg. Itu pun disebabkan effect ubat yang Dr bagi untuk proses recovery.

Saya nak cerita sikit pasal SLE ni..


SLE atau lebih dikenali sebagai Lupus adalah merupakan penyakit kronik auto imun di mana badan pesakit menghasilkan protein dgn byknya. Protein darah yg dipanggil Antibodi ini dengan sendirinya memberi tindakbalas terhadap tisu seseorang. Dan setakat hari ini punca penyakit tidak diketahui.

Simptom awal yang saya dapat masa tu ruam2 di kulit muka, kulit kepala, bahagian kaki dan tangan. Antara lain susah nak berjalan, kaki terasa pedih sekali, hidung mulut mula berdarah. Demam & flu memang on & off. Selalu sangat dapat. Lebih2 lagi bila ada org di sekeliling yg tgh sakit. Memang mudah sangat terjangkit.

Ni tak cerita lagi, pasal appetite. Memang betul2 loss appetite. Nasi just cuma dapat makan sebutir demi sebutir. Itu pun sangat sedikit. Nak telan sangat lah sakit.

Sepanjang masa sakit dan dalam proses recovery, muscle pain, joint pain & fatigue pulak memang sering saya alami since terkena penyakit ni. Sometimes jari jemari bengkak langsung tak boleh nak bent, nak genggam pun x dapat. Malam2 kena tidur guna knee guard ankle guard. Semuanya sebab joint terasa sakit. Tak boleh nak gerak.

Imagine korang semua,  betapa painful nya saya sepanjang tempoh ni. Tuhan saja yang tau. Nampak saya boleh jer berjalan, duduk & buat aktiviti macam orang normal. Tapi actually saya tengah menahan kesakitan tubuh badan.

Selama 4 tahun saya consume ubat yang Dr bagi kat saya. Masa nie semua kesakitan yang saya alami semua under control. Tak lah sakit sangat. Tapi still lagi on & off kesihatan saya. Ada masa ok ada masa tak ok.

Bila dah consume ubat, of course lah appetite saya naik semula. Saya start makan tanpa control. Hehe..
Sebab saya tau macam mana rasa nya tak boleh nak telan langsung makanan. Berat mula naik ke 85kg. Berat tu dengan tinggi saya 163cm. Kira overweight jugak lah tu.


Selepas 4 tahun saya stop consume ubat. Risau sebenarnya dengan side effect ubat nie. Long term bukannya bagus pun. Nanti tak pasal2 buah pinggang rosak.


Sehinggalah tahun 2017 (14 tahun kemudian) penyakit SLE saya mula relapse sekali lagi. 1 bulan setengah saya demam panas. Ingatkan demam panas biasa jer, jadi tiap minggu saya turun naik klinik minta ubat. Sampai satu saat ketika saya having difficulty nak bernafas. Jadi saya pegi lagi jumpa Dr kat klinik. Nak tau apa Dr cakap.

"You punya keadaan dah kritikal. Saya akan tulis surat untuk recommend you admit kat hospital. Pergi lah mana2 hospital, dia orang akan tau apa nak buat next"


Berderau hati saya, dengar je perkataan keadaan kritikal ni. Apa lagi petang tu saya terus pergi hospital sambil ditemani ahli keluarga dan kawan baik saya. Badan masih panas lagi, suhu hampir mencecah 40 degree. Nak bernafas pun susah. Huhu. Tak terkata di dalam hati. Boleh ke aku ni survive..

Rupa2nya, saya mendapat splenic abscess (boleh lah google yang ni ok) with underlying SLE. Dr kena induce kan saya untuk koma. Tuhan saja yang tau πŸ˜”. Keadaan memang kritikal, peluang pada masa tu 30%, 70% saja. Dengan buah pinggang & paru2 saya terkena infection akibat panas yang melampau. Semua ahli keluarga termasuk rakan2 rapat dimaklumkan siap2 untuk sebarang kemungkinan. Tapi tidak ada sorang pun yang give up mendoakan saya ketika itu. Itu yang saya tau. 😭😭😭


Somehow, saya masih bertahan lagi. Ada menunjukkan progression yang positif selepas hari ke 7. Hari ke 10 saya dah mula sedar. Even badan masih lemah, hilang ingatan, hilang keupayaan nak bercakap, luka di bahagian belakang akibat terlalu panas. Berat dah turun dari 85kg ke 62kg. Banyak tu weii..

10 hari koma, 3 minggu berkampung di hospital, 3 bulan saya cuti sakit rehat kat umah. Slowly, hari demi hari saya try recovery balik. Lebih kurang setengah tahun baru saya recovery. Baru dapat appetite balik. Luka bahagian belakang pun semakin sembuh. Suara makin jelas dah dapat cakap elok2. Semua bekas2 jarum kat tangan & leher (masuk tiub masa sakit) slowly hilang. Tapi badan masih tak cukup kuat lagi. Kaki sentiasa rasa kebas atau kesemutan. Memang limit lah movement saya masa tu..

Masuk tahun 2018, masalah kekebasan kaki tak jugak pulih. Appointment kat hospital dari 1 bulan menjadi 3 bulan. Last2 6 bulan sekali jumpa Dr hospital. Muscle pain, joint pain & fatigue menjadi teman saya semula. Setiap kali keluar outing dengan rakan, mesti rakan akan tanya saya ok ke tak, kalau tak ok kita stop rehat dulu. Berat pula makin menaik. Risau jugak di hati ni. Sakit kaki tak hilang lagi ni, berat bertambah pulak dah.


Sampai lah hujung tahun 2018, rakan saya minta lah saya temankan dia pegi jogging. So, kita orang pun pergi. Rasa seronok pulak tengok orang jogging, saya pun join follow sikit2.

Nak tau tak..
Sehari selepas tu, kaki saya yang sentiasa kekebasan tu ada menunjukkan inprovement. Dapat rasa sikit2 dah... yeayy.. Jadi nya, saya pun mula start jogging seperti rakan saya tu. Lari sikit jalan sikit, lari lagi.. hehe..kaki tak pulih sepenuhnya lagi. Tapi ok lah kalau compare masa baru mula2 keluar hospital dulu.

Ada juga terdetik di hati saya, dah alang2 berlari ni, kenapa tidak turunkan berat sekali. Sebab, sejak sakit ni, memang berat badan saya akan naik & mudah naik. Asal kurus, mesti sakit, asal sakit mesti kurus. πŸ˜’ Kawallah macam mana pun. Tak menjadi. Sampai rasa murung sebab kenapa lah saya ni makin hari makin berisi.

Dah tatau nak buat apa. Tapi pasrah aje lah jadinya. Tapi hati tidak merelakan. Memang kena cari jalan ni nak kurangkan berat badan. Kot2 boleh lah kurangkan rasa sakit kat badan. Hinggalah rakan baik saya kongsikan pasal Jom Detox.
"Kau join lah. Mana tau boleh bantu makin sihat"


Wahh, macam best ni. Tapi boleh ke orang SLE join sama ye? Hmmm..
Mana tau tak sesuai kan. Lagi pun memang saya sentiasa cari jalan nak recovery dari SLE ni. Sekurang2 nya saya dapat kurangkan flamation SLE ni.


Jadi saya kontek Coach Jom Detox ni. Ira memang tanya banyak soklan. Pelik jugak. Rasanya sebab SLE kot. Ye betul. Sebab SLE special case. Dia betul betul nak pastikan saya sesuai ikut yang mana. Akhirnya lepas Ira bincang dengan nutritionist, decision making untuk saya. Saya sesuai buat detoks dengan cara yang special. Yeay! Misi berjaya.

Bila saya tengok testimoni, ramai sungguh yang turun lebih dari jangkaan saya, saya mula pasang azam. Azam nak kurus dengan Jom Detox ni. Saya nak hilangkan dalam 10 kilo camtu. Ok dah tu bagi saya. Dah boleh turun ke berat normal. Yang mana saya tau, bila berat berlebihan, memang penyakit saya ni akan jadi lebih teruk. Jadi saya nak kawal.

Amazingnya, kali pertama saya join Jom Detox, berat saya hilang sebanyak 5 kilo!

Kali kedua turun lagi 4.6 kg. Wow! Dah 9.6 KG saya hilang. Dan sekarang, result terkini, saya hilang lagi 1.5 KG hingga keseluruhan berat saya hilang 11.1 KG dalam masa 36 hari. It is really amazing result buat saya. 33 inch jugak hilang dari badan ni. Yeayy.

Sebelum detoks, badan saya rasa sluggish dan penat di siang hari even dah cukup tidur. Sangatlah tak selesa bila fatigue ni. Kaki pulak still rasa numbness (kesemutan) all time since lepas koma harintu. Berat tak pandai nak turun turun even dah buat exercise cardio setiap hari. Fuh, stress sangat rasa 😩. Muscle pain, joint pain, demam dan flu dah jadi macam adik beradik akrab saya bila tak sah kalau tak kena paling kurang sekali sebulan.

Boleh bayangkan? Seksanya rasa. Tapi sejak detoks ni, saya super happy. Badan rasa ringan, tak rasa penat, siang hari memang lebih bertenaga. Kaki saya dah rasa better. Movement sekarang takde limitation lagi dah tau. Seronoknya rasaaaaaa. Kesemutan sebelum hilang entah ke mana. Hihi

Lagi? Yang ni sangat suka! Berat dah pandai turun dan tak rebound balik. Yeah πŸ’ͺ. Saya dah dapat berat normal saya dah. Sukaaa sangat. Dari XL dah bertukar ke M.

Muscle pain dan joint pain dah sangat makin kurang. Demam dan flu pulak dah takde langsung sejak saya detoks tau. Sapelah tak jatuh cinta dengan detoks kan. Saya ingat, saya akan dapat kesan turunkan berat badan je dengan Jom Detox ni. Tapi sebenarnya lebih dari itu. Dan semua ni berlaku hanya dalam masa kurang dari 36 hari tau.

Jujur saya cakap. Saya suka sangat dengan Jom Detox program ni sebab ada grup support yang super best. Walau saya takde lah terlalu lalu aktif dalam grup, tapi saya baca semua apa yang dikongsi tau.

Dalam diam diam saya tulah saya dapat turun ke berat sekarang. Memang coach saya pantau saya directly. Dah macam bayar coach mahal mahal punya. Padahal pakejnya tersangatlah murah. Malah tak dibayar pun. Ilmu yang dikongsi dalam grup memang sangat helpful hingga takde sape yang takde dapat kesan sekiranya ikut apa coach ajar.

Seriously. Best sangat. Sebab happy tulah boleh hilang sampai 11.1 KG ni kot kan. πŸ˜€ Yang pasti kesihatan saya dah bertambah baik. Jom korang join Jom Detox. Berilah peluang pada diri sendiri untuk jadi lebih sihat."




Haa..Itulah serba sedikit kisah salah seorang peserta Jom Detox Jutawan yang berasa sangat happy dengan result yang dia dapat..Tiada yang lebih mengembirakan selain dapat menikmati kehidupan yang lebih bermakna dan bebas dari rasa sakit yang sering menghantui kita. Mungkin salah satu caranya dengan mula mengubah cara hidup kita. Bagaimana?Jom Detox Jutawan ada jawapanya.😁

2.  BERJAYA TURUNKAN 23KG DENGAN JOM DETOX😱

DULU DIEJEK SEKARANG DIKAGUMI😁

Salah seorang peserta JomDetoxJutawan yang sebenarnya Anim sangat kagum dengan semangatnya. Walaupun pelbagai gelaran diberikan kepadanya, tapi dia berjaya buktikan tak mustahil dia berjaya untuk kurus. Dah inilah hasilnya.😍

Sebelum tu, jom kita ikuti kisah Puan Raihanah yang telah berjaya turun berat  sebanyak 22kg.

Saya ni memang overweight sejak remaja. Kalau time kanak-kanak, asal jumpa saya je mesti makcik2 cakap uih tembamnya. "Macam ayam daging" etc.

Saya join Shaklee tahun 2012. Masa tu memangla problem saya obes ni. Saya pregnant pun mesti berat weight gain tu sampai 25kg. Berat sebelum bersalin mesti 85kg ke atas.

Time pantang memang tak turun slim sangat pun cam orang lain. Saya tak tau cara la agaknya, sebab dari kecik pun memang makan macam tu kan.

Jadi masa saya join Shaklee, saya ada fikir juga nak kurus. Jadi set berpantang (set pertama saya beli), ada lecithin dan beberapa produk lain lagi untuk tujuan kuruskan badan. End up saya gagal jugak kurus. Huhu

Tahun2 2014, 2015 tu saya nampak adalah SID yang berjaya kurus, saya tanya2 tips. Ada yang nak share, ada yang taknak share (sebab bukan grup dia). Tapi sekarang saya tengok diorang ni sekarang, masih gems jugak. Huhu Jadi saya dah putus harapan dah, boleh kurus ke tidak ni kan. Saya macam nak redho je saya gems seumur hidup. Saya taknak rebound.

Tahun 2016 Shaklee perkenalkan program detox. Saya join. Tetiap bulan buat. Tapi turun setakat 66kg sahaja. Statik kat situ. Saya tanya ramai orang jugak (especially team Fly, Detox), masih tak berjaya juga nak tolong saya. Stress jadinya bila statik.

Tahun 2018 (November), Master Laila Mukhtar approach saya join program #JomDetox dia. Katanya lain sikit. Saya ya kan je lah, saya join, tak banyak cakap pun, follow je. Kalau jadi, alhamdulillah. Kalau tak, kena cari cara lain.

Seminggu detox saya dapat turun 3kg. Remaining 3 minggu saya turun another 3kg. Total saya turun 6kg masa bulan pertama! Januari 2019 tu saya dapat dah balik 66kg. Berdebar masa ni, sebab saya teringat kes statik tahun 2016 dulu.

TAPI.. alhamdulillah saya berjaya! Sekarang berat saya 54kg. Berjaya buang 22kg dalam tempoh 8 bulan. Berat tak rebound! Ni yang pastinya. Saya nampak dah sebenarnya orang gems (yang dah lama atau gems sejak kecil) boleh sebenarnya kuruskan badan.

Umur 40 tahun baru saya dapat rasa macamana rasanya jadi orang kurus. Hahah Inilah kesan Shaklee paling best pada saya. Bestnya jadi orang kurus. Boleh pakai fashion apa pun, beli baju main capai je size XS atau S. Hihi.

Gitttuuu..Walaupun dah berumur 40 tahun, Kak Anah dah macam persis anak dara gayanya kini. Asbab join jom detox kehidupan dan penampilan kak Anah berjaya berubah 100%. Anda juga ingin merasa seperti Kak Anah? Jom lah join Jom Detox Jutawan. Anda pasti takkan pernah menyesal.

3. KISAH ALONG YANG DIKATAKAN MENGANDUNG PADAHAL BELUM KAHWIN. 

HILANG 14KG SELEPAS JOIN JOM DETOX

Apa anda akan rasa bila orang kata kita sedang mengandung, padahal kita masih bujang πŸ˜‚Ni gurau kasar sangat kan. Tapi tak boleh nak salahkan orang tu. Sebab dia memang nampak kita 9 bulan yang lepas memang tengah sarat mengandung. Hingga bila kita kurus dia kata kita baru bersalin. Siap tanya anak lelaki ke pempuan. Ko rasa? πŸ˜…

Tapi tu semua sebenarnya yang menjadi pembakar semangat buat Along untuk cari jalan supaya 'gurauan kasar' tu tak selamanya ditujukan kepadanya. Dan akhirnya Program Jom Detox menjadi penyelamatnya..

Jom kita ikuti kisah  kelakar dan suka duka Along dalam perjalananya untuk transformkan  berat badannya menjadi seperti hari ni.

"Saya Muunira atau lebih dikenali sebagai along.berumur 31 tahun dan masih bujang lagi.bekerja di restoran family.kira anak tokey laaπŸ˜† Sebelum detox along selalu migrain..sakit kepala yang amat.sampaikan selalu minta cuti kerja sebab tak tahan sakit.dulu2 panadol la peneman bawa ke mana2 takut sakit kepala.

Along juga ada penyakit darah rendah sejak tak datang period.mungkin sebab hormon tersumbat.pernah pitam sekali sebab darah terlampau rendah. Selepas join detox penyakit migrain along dah pulih. Tiada lagi sakit kepala. Panadol pon dah lama tak beli.sihat dengan suppliment shaklee je.

Sebelum join detox berat asal adalah 75kg.Berat sekarang selepas raya 60.9kg. Sebenarnya nak join detox sebab nak kuruskan badan.

Sejak tahun 2014 berat badan naik mendadak dari 45kg kepada 75kg.Dan sejak 2014 sehingga  mac 2019 period tak pernah datang. kata doktor saya ada masalah hormon tak stabil sebab berat naik mendadak.

Alhamdulillah sejak 3x join detox period saya dah datang. Alhamdulillah..Syukur

Ini lah Along sebelum join detox.orang siap kata along sedang mengandung, padahal kita masih bujang tau. Bila dah kurus ni ada lagi yang tanya bila beranak? anak perempuan ke laki2πŸ˜†πŸ˜‚

Gemuknya dulu memang tak boleh bawa bincang.Makan sedap.Kalau fast food memang favourite Along lah. Sampai lah ibu (Kak nor) ajak along join detox.Along pon terus berminat selepas tengok testimoni program detox ni.

Semua berjaya.semua dah kurus belaka😍. Ni along sekarang..loss 14kgπŸ‘πŸ‘

Itulah serba sedikit kisah tentang Along. Baguskan dia. Jadiakn 'gurauan kasar' tu sebagai penguat semangat untuk dia ubah diri kearah yang lebih baik. Anda pula bagaimana? 😁


4. HILANG 6KG DALAM MASA 12 HARI SAHAJA.

ISTERI PM COACH UCAP THANKS SEBAB BERJAYA AJAK SUAMINYA DETOX😁

Pada yang ada Axinety, Anda masih ada harapan untuk pulih sebenarnya. Jom kita baca kisah Encik Naim yang berjaya dalam hanya 1 sesi Detox sahaja.

"Sedikit background saya, nama saya Naim. Sebelum ada anak, berat saya 70kg+.
Saya juga pernah buat Diet Metabolism Miracle 8 minggu (saya akan cerita satu persatu ye)

2015 saya pernah join Detox Shaklee (dulu tiada program macam sekarang) so tidak ingat berapa kg lost masa tu tapi siksanyaaa.

Sebelum join Jom Detox. Setiap malam saya tidur selepas jam 12am kadang jam 2am. Bangun pagi mesti rasa letih dan sakit kepala. Panadol jadi breakfast, kadang petang pun ambil panadol.

Very stressfull life and anxiety. Makan tak tentu, air tak cukup. Anxiety sangat teruk sampai ada panic attack episodes. Saya minum 2-3 cawan kopi setiap hari. Bila stress, lebih banyak makan junk food. So sebelum join Jom Detox pun, sudah cuba kurangkan kopi atas nasihat Psychologist. During pre detox, saya follow nasihat coach. Minum kopi sikit tapi nasi mamak tak tinggal.

Stress tu masih ada, tidur masih lewat. Last day pre detox saya ganti kopi dengan tea hijau.

Masa predetox saya amik Acupuncture treatment & Reflexology. So masa Detox berjalan, memang ikut semua healthy habits dan menu sampai day 6 sahaja. Sepanjang Detox week saya memang tidak bersenam sebab sibuk. Tapi banyak pergerakan. 10k steps day 3. Buat kerja rumah intensive day 5 swimming day 6.

During Detox hanya day 1 ada Chronic Headache. After detox saya dah tidur seawal jam 11pm. Bangun pun awal prepare meal.

Sakit kepala memang tiada. Kopi tu optional. Tak rasa wajib pun. Lagi best, tengahari tak perlu tidur dah. Dulu setiap kali tengahari, mesti kena tidur. Kalau tidak, cranky. Hehe.

So now, less stress, hidup aman damai, less anxious. Sekarang ni saya masih terus swimming dan acupuncutre. Lepas ini nak cuba  Cognitive Behaviour Therapy (CBT) pula untuk stress management

Nak turun lagi, target 70kg maybe dalam 3-4bulan. Saya akan teruskan Eat Clean. Sekarang dah 79kg selepas buang 6kg dengan Jom Detox. Staff tegur dah kecil especially muka. Banggalah kejapπŸ˜….

Ohya, hampir lupa nak mention. Dulu saya ada Chronic Gastritis sampai tak boleh puasa but now, dah ok. Boleh je IF.

Menurut Personal Coach beliau.
“Korang abang Naim ini isterinya doktor perubatan. So masa dia decide buat detox. Isterinya pm ucap  thanks yang boleh ajak suaminya Detox”

Itulah serba sedikit kisah Encik Naim. Kalau dulu sebelum detox ada cronic gastric, but after detox dah boleh puasa. Kalau dulu sebelum detox sarapan dengan panadol, tapi lepas detox hidup lebih gembira.

5. IBU MENYUSU PUN BOLEH DETOX DAN TURUNKAN BERAT BADAN

BERJAYA HILANGKAN BERAT BADAN SEBANYAK 14KG.

Jom kita ikuti kisah Puan Zura dalam Detox journey beliau..

"Bila godek gambar lama macam ni baru nampak perubahan kan? Kalau tak rasa macam tak berubah.

Bak kata master Nur Zahirah lengan tu macam ayam kepsi. Yum yum.

Alhamdulillah start join detoks Batch 10.0 dan now dah batch 14.0. Dan InsyaAllah akan join next batch 15.0.

Macam tak percaya pulak boleh turun sebanyak ini. Lost around 14kg. Inch lost memang banyak giler beb. Baju seluar semua dah longgar. Tapi masih setia pakai walaupun agak longgar la.

Korang,

Serius tau, sebelum ni pernah diet sendiri. Kelat jadinya. Dan paling sadis bila niat nak kuruskan badan dan buat sendiri ala-ala terror gitu memang akan kecundang. Rugi masa, rugi duit, rugi tenaga sebab lepastu berpatah balik.

Bila Zura join je jom detoks jutawan, dalam team semua positif giler. Sebab tu kena jaga circle kita. Jom detoks semua peserta circle positif nak kuruskan badan.

Zura share sikit ye ada apa program detoks ni sampaikan setiap peserta boleh turun gila punya turun. Turun tahap tak masuk akal punya.

☑️ Pelan pemakanan yang owsem
☑️ Senaman efficient
☑️ Suplemen shaklee
☑️ Makanan yang sesuai ikut darah
☑️ Tips coaches yang paling owsem, takde kat mana-mana program

Nak mula itu sangat Siksa. Perlukan Azam yang kuat.

Tapi bila slowly nampak kesan, Siksa itu jadi bahagia.

Masalah kita ni sebenarnya PANTANG nampak makanan. Sebab dah terbiasa mewah dengan makanan. Jadi kita tak boleh nak kawal nafsu makan tu.

Jom korang. InsyaAllah....

Dengan detoks jutawan, insyaAllah nak turun berapa pun boleh."

Haaa..gitulah penangan Jom Detox jutawan ni uols. Kalau dulu, rasa macam susah, mustahil dan sengsara nak turunkan berat badan, tapi bila adanya program ni semuanya tu pasti akan dapat dikecapi. Yang penting tekad dan penuh keazaman.


Bonus, Anim kongsikan result pencapaian yang terbaru dari peserta Jom Detox Jutawan iaitu Encik Shahir untuk anda. Penurunan paling banyak dan juga merupakan pencapaian terbaik setakat ni. Almost 10kg peserta ni dapat kurangkan berat badanya hanya dalam 1 sesi iaitu selama 12 hari.

Coach pun happy sebab dapat tengok ramai yang mula sihat semula dan bonusnya berat badan pun turun dengan cemerlang.

Kalau ada lelaki yang nak join Jom Detox Jutawan, jangan risau. Dalam program ni ada jugak coach lelaki yang akan guide kaum Adam.😁 Senang kan bila Man talk to Man.

Itulah kisah testimoni yang telah berjaya turunkan berat badan mereka dan mendapat kehidupan dan kesihatan yang lebih baik.

Jika anda masih tercari-cari program yang mampu untuk mengubah cara hidup, berat badan dan cara hidup anda, Jom lah Anim sarankan untuk bersama-sama dalam program ni. In Shaa Allah kami ikhlas membantu.

Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan atau pertanyaan boleh terus hubungi atau whatsupp Anim yer. Anim sentiasa membantu.


Faridah Hanim Binti Mohd Yusoff
Your Trusted SID

011-10973735

FB: Faridah Hanim

#TeamJutawan
#SalahSeorangPesertaJomDetox
#BerjayaHilangkan5kgDalamSatuSesi








2 ulasan:

  1. saya rasa saya ada SLE la kak anim. tapi tak pernah check ngn doktor huhuhu

    BalasPadam
  2. Byk betul manfaat detox rupanya. Seronoknya nak join Detox Jutawan. TQ sharing yg sgt bermanfaat!

    BalasPadam