SHAKLEE SENTIASA DIHATI
Haaa...Gittu tajuknya kali ni..😁
Dulu sebelum kenal Shaklee, takde pun pernah 'jatuh hati' terokkks macamni dengan mana-mana bisnes yang pernah Anim buat..Tapi bila dah kenal Shaklee dan jalankan bisnes ni ternyata bisnes Shaklee adalah yang terbaik dan mempunyai banyak kelebihan berbanding bisnes lain.
10 KELEBIHAN BISNES SHAKLEE
❤MODAL YANG RENDAH DAN TAK PERLU SIMPAN STOK
Jika anda ingin memilih sesuatu bisnes yang hendak dijalankan, pastikan bisnes tersebut tidak membebankan anda dari segi MODAL PERMULAAN yang perlu dikeluarkan sehingga anda perlu berhutang atau membuat loan kerana risiko untuk bisnes yang baru nak dijalankan adalah sangat tinggi. Oleh sebab itu, anda perlu mencari bisnes yang modalnya rendah dan kurang risiko kerugian.
Dengan Shaklee, modal yang anda perlukan untuk memulakan bisnes bersama mereka adalah sangat rendah. Anda hanya perlu membayar RM75 sahaja sebagai yuran pendaftaran sebagai ahli shaklee.
Ataupun anda boleh memilih cara untuk mendaftar secara PERCUMA sahaja. Caranya anda hanya perlu collect order vitamin/produk dari rakan-rakan atau sanak saudara atau dari anda sendiri dan cukupkan jumlah sehingga RM650++ anda dah layak untuk mendapatkan keahlian secara percuma. Mudah kan dengan shaklee..Yes..Shaklee takkan membebankan anda. Siapa yang tak takut rugi kan..Of course kita akan mencari bisnes yang kurang risiko kerugiannya untuk permulaan ni..
Dengan bayaran sebanyak RM75, anda akan dapat 1 Set Memberkit iaitu panduan lengkap tentang keahlian shaklee, panduan produk dan juga panduan berbisnes bersama shaklee.
Selain itu, dengan modal serendah itu membolehkan anda untuk menikmati untung runcit, bonus bulanan yang tak pernah gagal shaklee bayarkan setiap bulan, trip mewah bersama shaklee untuk dalam dan luar negara setiap tahun, bonus kereta dan banyak lagi bersama shaklee. Sangat lumayan!
Dengan shaklee juga, anda tak perlu nak keluarkan modal yang besar untuk membeli stok dengan banyak untuk dijadikan simpanan kerana tanpa simpanan stok pun anda mampu untuk jalankan bisnes anda..Haaa..Cemana tu? Menarik kan..
Yes..Dengan shaklee, anda hanya perlu promote produk yang anda jual dan jika ada customer yang order, anda boleh terus call shaklee atau order melalui online atau terus ke HQ/Branch terdekat dengan rumah anda untuk dapatkan stok yang customer inginkan..Tetapi, untuk memudahkan anda dan customer yang mungkin inginkan stok dengan segera, anda mungkin boleh membuat sedikit simpanan stok. Mudah untuk anda dapatkan untung segera jika ada simpanan stok.
❤ MASA YANG FLEKSIBEL.
DAPAT BEKERJA DARI RUMAH SECARA ONLINE ATAU OFFLINE
Bisnes Shaklee adalah bisnes yang fleksibel dimana anda boleh memilih untuk jalankannya secara online atau offline. Ianya bergantung pada anda. Jika anda seorang ibu seperti Anim, of course akan memilih bekerja dari rumah disebabkan oleh anak dan pelbagai faktor yang lain. Ianya pasti boleh dengan bisnes Shaklee kerana bisnes Shaklee menggunakan Sistem online bagi memudahkan urusan bisnes.
So, jika anda adalah seorang Working At Home Mum(WAHM) dan ingin mencari side income, bisnes shaklee sangat sesuai buat anda. Ini kerana, anda tak perlu susah payah untuk carikan pengasuh buat anak-anak anda atau perlu keluar rumah sepanjang hari untuk jalankan bisnes anda.
❤ COMPANY YANG STABIL DAN TELAH LAMA BERTAHAN DALAM PASARAN
Untuk pengetahuan anda, Shaklee bermula sejak tahun 1915 lagi dan bertahan sehingga kini dimana fokusnya adalah terhadap bisnes makanan kesihatan untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan manusia.
Yang menariknya, Shaklee adalah syarikat No 1 yang membekalkan nutrisi semulajadi di United States. Jika anda nak tahu, di U.S undang-undangnya agak ketat berkenaan produk kesihatan. Tetapi dengan ranking utama Shaklee di U.S membuktikan Shaklee sangat komited dalam mengeluarkan produk berkualiti serta semulajadi yang tidak mencemarkan alam sekitar.
Paling menarik, Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yang mendapat Anugerah 'Climate Neutral Company'.
Ini dibuktikan dengan tindakan yang dibuat oleh pihak Shaklee iaitu:-
We test every new ingredient for over 350 harmful contaminants.We conduct over 100,000 quality tests a year to ensure the greatest purity possible.We have invested over $250 million in clinical testing, research, and development.
Dengan Shaklee, anda tak perlu ragu atau risau dengan status company kerana Shaklee amat stabil dan tak pernah gagal dalam menjalankan tanggungjawab dan kebajikan untuk setiap SIDnya..
Walaupun Malaysia pernah mengalamai pelbagai masalah ekonomi, tetapi Shaklee tetap bertahan dan berdiri teguh seteguh namanya..
❤ PRODUK YANG BERKUALITI TINGGI
Produk Shaklee adalah dijamin SELAMAT, BERKESAN, SEMULAJADI dan BERKUALITI TINGGI. Ini bukan cakap kosong tanpa bukti tau..Dengan Shaklee, semuanya mempunyai bukti dan kajian yang telah dijalankan secara terperinci sebelum sebarang statement atau claim dikeluarkan. Setiap produk yang dikeluarkan dibangunkan dengan kajian dan mendapat pengiktiraf dunia.
Kelebihan bisnes Shaklee, produk yang dikeluarkan adalah berkualiti. Ia tak dikeluarkan sebelum dilakukan ujian kualiti. Selari dengan slogan Shaklee:-
'Purity,Potency & Performance'
Purity: Bahan mentah atau kandungan yang berkualiti serta produk yang dihasilkan adalah Selamat.
Potency: Kajian intensif dijalankan serta nutrient yang dihasilkan adalah berkesan
Performance: Penyerapan yang lebih baik, untuk hasil yang lebih baik
Perkara yang paling mengagumkan tentang kualiti Shaklee ialah Shaklee telah menjalankan Landmark Study. Iaitu kajian lapangan yang dijalankan untuk mengukur tahap keberkesanan produk Shaklee. Keputusan kajian Landmark study adalah seperti gambar rajah di bawah:
the landmark study
Kualiti serta keberkesanan produk shaklee boleh dilihat pada komitment ini
350 ujian dijalankan pada bahan mentah / kandungan (botani) baru. Bagi mengesan pencemaran, racun serangga dan lain-lain
Lebih 250 ujian pengesanan racun serangga dijalankan bagi mematuhi peraturan United State Pharmacopeia
Lebih 100,000 ujian telah dijalankan setiap tahun bagi memastikan bahan mentah berkualiti, produk yang selamat serta nutrien yang berkesan
Shaklee telah melabur lebih 300 Juta (USD) dalam RnD dan banyak lagi.
Menarik kan..Kita kalau nak berbisnes biar kekal. Biar semua orang mempercayai bisnes kita. Barulah bisnes yang kita jalankan dapat bertahan lama dan menjadi pilihan utama oleh setiap orang. Oleh itu, produk bisnes kita mestilah yang berkualiti tinggi.
❤ PRODUK YANG SENTIASA MENDAPAT SAMBUTAN DAN PERMINTAAN YANG TINGGI
Dengan kualiti produk yang dijamin, produk shaklee sentiasa mendapat sambutan dan permintaan yang tinggi setiap masa. Ini terbukti kerana produk shaklee sentiasa mendapat perhatian dan menjadi pilihan utama dalam membantu menyelesaikan masalah kesihatan setiap orang.
Berdasarkan pengalaman Anim sepanjang menjalankan bisnes Shaklee, antara produk yang sentiasa menjadi pilihan utama customer adalah untuk:
👉SET DETOX SHAKLEE
👉SET HAMIL SHAKLEE
👉SET BERPANTANG SHAKLEE
👉SET MENYUSU SHAKLEE
👉 SET KECANTIKKAN SHAKLEE
👉SET ASAS SHAKLEE
Dan pelbagainya lagi. Ini terbukti, produk shaklee adalah sentiasa menjadi pilihan 😁 Ini kerana,produk kesihatan adalah produk yang sentiasa mendapat permintaan tinggi. Dan produk shaklee bukan ubat, tapi supplement untuk kekal sihat dan bertenaga.
❤ BONUS YANG SANGAT LUMAYAN. BUKAN SEKADAR UNTUNG RUNCIT.
Cash bonus Shaklee untuk leadership dibayar sehingga 9 lapisan. Untuk melayakkan anda menikmati bonus yang ditawarkan oleh Shaklee, anda hanya perlu membuat belian sebanyak 150uv sahaja.
Alhamdulillah, sehingga kini memang ternyata Shaklee telah membantu ramai orang memperoleh pendapatan lumayan melalui pebagai jenis Bonus Shaklee yang ditawarkan.
Dan jangan terkejut, Shaklee telah Patenkan jumlah pendapatan yang boleh diperolei oleh kesemua SIDnya sebagai pay to infinity iaitu bermaksud anda boleh pilih berapa pun jumlah pendapatan yang anda ingini. Tiada had! Best sangat buat bisnes Shaklee ni..Terasa exclusivity nya disitu..😁
❤ PELBAGAI ILMU PERCUMA DISEDIAKAN
Bila memilih untuk menjadi seorang businessman, anda perlu mempersiapkan diri anda dengan ilmu berkaitan produk dan juga bisnes yang anda sedang jalankan. Begitu juga jika anda ingin jalankan bisnes shaklee. Nak bagi saranan dan cadangan kepada bakal customer, kita mestilah arif tentang produk yang kita jual. Betul tak?
Oleh yang demikian, pihak shaklee telah menyediakan kelas-kelas berkaitan produk kepada semua distributornya dan ianya adalah secara PERCUMA sahaja. Ianya dikenali sebagai Health & Wellneas Talk. Kelas ini akan diadakan pada setiap bulan disetiap branch shaklee di seluruh Malaysia. Itu secara offline.
Ilmu produk juga akan diberi secara online oleh Nutritionist Shaklee kepada setiap team Shaklee yang ada supaya semua distributornya mempunyai ilmu secukupnya berkaitan produk.
Selaian itu, kelas-kelas ilmu yang lain juga ada disediakan oleh upline/mentor bisnes masing-masing untuk setiap anak didik mereka. Jika macam Anim, Anim berada dibawah team #SOuL dimana upline/Mentor Anim adalah Master Athirah Tieramissyou. Dalam team Anim ni pelbagai ilmu diberikan dan ilmu ni adalah PERCUMA sahaja tanpa sebarang caj dikenakan. Beruntung sangat join bisnes awesome sebegini. Ilmu sentiasa diutamakan.
❤ BISNES YANG PATUH SYARIAH
❤ SHAKLEE ADALAH MLM TERAWAL DI DUNIA DAN BERPRESTIJ SEHINGGA KINI
❤ SUPPORT GROUP YANG SANGAT AKTIF DAN SANGAT MEMBANTU
Itulah antara 10 kelebihan bisnes shaklee yang mungkin tak ada pada bisnes yang lain. Dengan kelebihan ini menjadikan shaklee sebagai bisnes yang selalu menjadi pilihan ramai dari pelbagai golongan kerana semua dah semakin sedar dan tahu tentang pelbagai kelebihan yang ada pada shaklee.
So, amacam, tak tercabarkah anda untuk memulakah langkah berbisnes bersama shaklee? Jika ya, Tahniah..Jom sertai Shaklee dan jadikan Team Anim iaitu #TeamJutawan sebagai pilihan utama anda kerana dalam Team Anim juga terdapat pelbagai keistimewaan.
Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan boleh terus hubungi Anim.
Salam Sayang,
Faridah Hanim Binti Mohd Yusoff
011-10973735
Your Trusted Shaklee Independence Distributor
(1284824)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan