Jumaat, 11 Oktober 2019

Bekerja tapi nak buat bisnes. Boleh ke?



Hai...Assalamulaikum semua..
Terima kasih kerana sudi singgah ke hanimyusoffblogspot.com😍
Semoga perkongsian Anim dalam blog ni dapat memberi seribu manfaat buat anda yang membacanya..

Ok..Untuk kali ni Anim nak share dengan anda tentang kelebihan berbisnes walaupun sudah mempunyai pekerjaan tetap. Dalam erti kata lain, sedang bekerja, tapi buat bisnes sebagai part time. 

Ada orang tanya, bekerja tapi nak buat bisnes. boleh ker? Ish..Takkan la tak boleh kan..Tambahan, sangat digalakkan kerana dapat menambah pendapatan sedia ada, menampung perbelanjaan seharian dan bantu ringankan beban sedia ada.. Salahkah berniaga ketika bekerja? Tak salah.Teruskan.Dan carilah pengalaman berbisnes seberapa banyak yang boleh. 

Syoknya berbisnes sambil bekerja. Gaji dapat, untung dari bisnes pun dapat..Memang masyuklah orang cakap..😁


Kalau kita dapat lihat dengan keadaan sekarang, ekonomi zaman sekarang yang semakin pesat membangun meningkatkan taraf hidup kita..Justeru oleh itu, Walaupun sudah mempunyai pekerjaan tetap sekalipun,  anda perlu sediakan backup income untuk membantu ketika kecemasan atau  menampung perbelanjaan yang lain. ini kerana gaji dari kerja hakiki belum tentu cukup untuk tampung semua perbelanjaan.

Jika anda bekerja tapi nak buat bisnes sebagai part time, disini Anim kongsikan 5 tips bagi membantu anda. Antaranya adalah:

🌼 PILIH BISNES YANG SESUAI

Ini yang perlu anda decide dari awal supaya bisnes yang bakal anda jalankan nanti dapat memberi pulangan sebaiknya buat anda. Ini kerana, jika anda memilih bisnes yang tidak sesuai untuk anda dan kerja yang anda sedang lakukan sekarang, susah untuk jalankan bisnes tersebut dan mungkin akan membuatkan hidup anda huru hara.

3 kriteria yang perlu anda beri perhatian dalam pemilihan jenis bisnes yang ingin anda jalankan iaitu:-
πŸ‘‰pilih kerja yang tidak menganggu kerja hakiki anda,
πŸ‘‰Modal yang kecil
πŸ‘‰ Anda memang mempunyai minat terhadap bisnes tersebut.


Dan, pastikan bisnes yang anda pilih mudah untuk dijalankan. Dengan kecanggihan teknologi zaman sekarang, anda mungkin boleh jadikan bisnes part time di platform seperti Facebook, instagram, blog dan banyak lagi secara online sebagai bisnes part time kerana dari situ anda berpotensi untuk buat banyak duit tanpa bergerak dari kerusi ofis anda..😁


Bagi Anim, bisnes yang terbaik dan sesuai untuk anda jalankan sebagai part time untuk tambah pendapatan anda adalah bisnes Shaklee. Ini kerana, ianya tidak memerlukan modal yang besar tapi untungnya sangat lumayan. Modal yang perlu anda keluarkan untuk permulaan bisnes hanyalah RM75 atau secara PERCUMA dengan melakukan pembelian produk sebanyak 200UV bersamaan RM650 (Cara ni yang selalu dipilih oleh kebanyakkan orang yang mula-mula nak join shaklee sebab mereka suka kumpul order dari orang lain then mereka berjaya sign up ahli secara percuma! Best kan). Anda tak perlu melabur atau membuat pinjaman beribu-ribu untuk mulakan bisnes bersama shaklee.

Dengan Shaklee juga, mudah untuk anda jalankan bisnes anda kerana ianya semua dihujung jari anda. Shaklee adalah bisnes yang ada sistem dimana semuany anda boleh lakukan menerusi sistem yang disediakan seperti mendapatkan maklumat produk, maklumat kelas nutrisi, promosi produk, pembelian dan order secara online dan segalanya. Mudah sangat..Secara tak lansung, ianya tidak akan menganggu kerja hakiki anda .

🌼 KENA PANDAI CURI MASA/BAHAGIKAN MASA

setiap orang ada masa 24 jam sehari. Ada yang manfaatkan waktu ini sehingga menjadi jutawan, dan ada pula yang pilih untuk goyang kaki sehingga poket kering. Anda pilih yang mana?πŸ˜‰

Pengurusan masa dengan baik adalah kunci kejayaan. Gagal urus masa bermakna gagal lah kita.

Dalam konteks bisnes pula, jika anda ingin berbisnes sambil bekerja, anda perlu korbankan masa terluang anda untuk menjalankan bisnes. Anda mungkin peru korbankan waktu rehat dan tidur kerana disaat orang lain bersantai atau tidur, anda perlu buat persediaan untuk bisnes part time anda. Pada mulanya, mungkin anda akan berasa sedikit payah dan penat, tapi yakinlah pasti akan ada kesenangan untuk masa hadapan anda jika anda lakukan bisnes anda sebaiknya.

Perlu diingatkan, jangan ganggu waktu kerja anda dengan jalankan bisnes anda kerana tidak berkat gaji yang bakal anda perolehi nanti. Anda boleh memilih/menetapkan masa yang sesuai untuk update setiap aktiviti bisnes anda seperti waktu pagi sebelum masuk kerja, waktu lunch dan juga selepas waktu kerja. Ini kerana keberkatan adalah perkara paling penting untuk diberi perhatian, barulah bisnes boleh maju..Tak gitu..😁


Macam bisnes shaklee pula, semuanya telah disediakan untuk anda. Complete! Dari segi bahan untuk marketing, kelas nutrisi, info tentang produk dan pembelian mudah produk menerusi online dan pengeposan produk yang akan dilakukan oleh shaklee terus untuk customer anda semuanya shaklee sediakan untuk kesemua SIDnya dan semua tu dapat menjimatkan banyak masa. Anda hanya perlu copy info dan ayat marketing yang disediakan dan olah mengikut kreativiti anda dan jadikan ia sebagai ayat promosi anda di Facebook, Instagram, blog dan sebagainya..Mudah sangat dengan shaklee dan sangat menjimatkan masa..

🌼  TETAPKAN MODAL BISNES ANDA

Ini antara tips yang penting untuk anda beri perhatian jika ingin mulakan bisnes sambil bekerja. Jangan pilih bisnes yang memerlukan modal yang besar sehingga memerlukan anda untuk membuat pinjaman/loan sehingga menjejaskan pendapatan/gaji kerja hakiki anda. Itu adalah tindakkan yang tidak bijak sebenarnya. Pilihlah bisnes yang rendah modalnya untuk permulaan ni dan jalankan ia sebaik mungkin.

Sekiranya anda tiada modal untuk permulaan ini, mungkin anda boleh cuba menjadi agen, stokis atau dropship bagi perniagaan lain dulu. Disebabkan ia adalah perniagaan yang sedia ada, ia tidak memerlukan modal dan tidak perlu kepada penyimpanan barang. Bisnes dengan cara ini merupakan cara yang paling mudah untuk menjana pendapatan sampingan.


Jika anda memilih shaklee sebagai part time bisnes anda, tips ni adalah mudah bagi anda yang bekerja kerana dengan shaklee anda tidak memerlukan modal yang besar untuk mulakan bisnes. Disamping itu, anda tidak perlu menyimpan stok kerana jika ada customer yang inginkan produk shaklee dari anda, anda boleh terus call @ layari  www.shaklee2u.com.my. membuat pesanan dan shaklee yang akan poskan barang terus kedepan pintu rumah customer. Anda ibarat menjadi dropship kerana tidak perlu beli dan simpan barang untuk jalankan bisnes bersama shaklee.

🌼 CARI MASA UNTUK BELAJAR, UPGRADE ILMU DAN KEMBANGKAN TEAM

Ini adalah penting bagi memastikan bisnes kita bertahan lama dan semakin maju. Banyak bisnes yang kecundang ditengah jalan kerana tidak dapat survive disebabkan kekurangan idea dan ilmu untuk memajukanya. Dari situ, bisnes semakin lama semakin kurang mendapat sambutan dan akhirnya tidak dapat bertahan lama.

Oleh sebab itu, anda perlu korbankan sedikit masa dan wang ringgit untuk tujuan belajar dan upgrade ilmu supaya mampu bersaing dalam bidang bisnes yang sememangnya penuh dengan cabaran walaupun ia sekadar bisnes part time anda. Ini penting tau!

Selain itu, anda perlu cari bisnes partner dan kembangkan team bisnes anda supaya bisnes anda dapat bertahan lama dan lebih maju. Jika ingin berbisnes, anda tidak boleh berbisnes seorang diri dan memerlukan team yang kuat untuk support antara satu sama lain. Berbisnes secara berkumpulan lebih cepat maju dan berjaya berbanding kita berbisnes seorang diri.

Dalam bisnes shaklee, sememangnya anda akan berbisnes secara berkumpulan dan mempunyai support group untuk anda lebih berjaya dan tidak keseorangan dalam berbisnes. Dan pelbagai ilmu disediakan untuk anda samada secara percuma dari shaklee atau dikenakan sedikit bayaran jika kelas ilmu tersebut anjuran luar selain Shaklee.

Tapi yang pasti, anda tidak akan dibiarkan kosong tanpa ilmu dengan bisnes Shaklee. Selain itu, mentor/upline dalam bisnes shaklee juga akan sediakan pelbagai kelas ilmu khas untuk team. Just follow dan ikut semua ilmu yang diberikan serta disediakan, anda pasti berjaya. In Shaa Allah. Dari situ,  bisnes lebih mudah maju dan dapat menarik minat orang lain untuk join anda pula.

🌼 KUATKAN FIZIKAL DAN MENTAL

Bekerja dan berbisnes dalam masa yang sama sememangnya adalah sangat memenatkan, dan anda pasti akan rasa sedikit tertekan dari segi fizikal dan mental. Oleh sebab itu, anda perlu mempersiapkan segalanya jika ingin berbisnes sambil bekerja.

Anda mungkin akan berasa sedikit kecewa, jika selepas menghabiskan masa yang banyak untuk memperkenalkan produk anda, tetapi sambutan yang diperolehi tidak begitu memberangsangkan. Dont worry..Ia adalah perkara yang normal bagi semua yang baru memulakan bisnes. Tapi percayalah, jika anda terus konsisten dan tidak cepat berputus asa lama-kelamaan anda pasti akan berjaya dalam bisnes yang anda lakukan. Yang penting jangan cepat mengalah dan terus berusaha untuk majukan bisnes anda.

Kita tidak boleh mengharapkan sensasi dalam masa semalaman. Perkara sebegitu tidak pernah wujud. Sebaliknya, kejayaan memakan masa. Yang penting, jangan mudah mengalah! Penuhi fikiran anda dengan perkara-perkara positif dan dekatkan diri dengan orang yang berjaya dan sentiasa positif untuk bantu anda berjaya.
Same goes to bisnes shaklee. Kenapa Anim memilih shaklee sebagai bisnes yang ingin Anim jalankan kerana dalam shaklee akan sentisa disupport dan diberi tunjuk ajar oleh mentor/upline yang telah berjaya supaya Anim boleh berjaya juga seperti mereka suatu hari nanti..Dengan shaklee, lambat atau cepat anda pasti akan berjaya. Ini telah dibuktikan. So, kuatkan fizikal dan mental untuk teruskan berjuang dan anda pasti akan berjaya.

untungnya bila memilih shaklee sebagai part time bisnes adalah peluang yang ditawarkan oleh shaklee adalah sangat lumayan. Anda berpeluang untuk dapat CASH BONUS, CAR BONUS dan juga CONVENTION TRIP walaupun anda hanya jalankannya secara part time. Anda juga berpeluang untuk menikmati TIME FREEDOM dan MONEY FREEDOM jika lebih serius bersama shaklee. Kesemua ini boleh diberikan oleh shaklee untuk setiap bisnes partnernya kerana shaklee adalah sebuah company yang sangat kukuh dan telah lama bertapak dalam pasaran. Itulah kelebihan berbisnes bersama shaklee samada secara part time atau full time.


Sebagai kesimpulanya, berbisnes sambil bekerja adalah sangat digalakkan. Tambahan dengan keadaan ekonomi yang semakin pesat membangun ni sememangnya memerlukan kita melakukan lebih dari satu pekerjaan untuk menampung kos sara hidup yang semakin tingi dan meningkat. Kita tidak boleh hanya mengharapkan dari satu punca pendapatan sahaja untuk menampung semua perbelanjaan yang ada. Sememangnya ia tidak akan cukup!

Oleh itu,mulakan langkah anda hari ini untuk mengintai peluang berbisnes bersama shaklee sebuah company yang sangat kukuh dan telah lama bertapak di Malaysia. Produknya sememangnya produk yang berkualiti tinggi dan dipercayai ramai kerana dijamin BERKESAN, SELAMAT dan SEMULAJADI. Anda tidak perlu ragu untuk berbisnes bersama shaklee.

Anim doakan anda semua diberi peluang oleh Allah untuk menikmati peluang buat bisnea dan pada masa yang sama berjaya dalam kerjaya masing-masing. In shaa Allah😁



Salam Sayang dari Anim.

Faridah Hanim Binti Mohd Yusoff

011-10973735

Shaklee bisnes Partner

Full time bisnes with shaklee

Shaklee Kelantan




































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 5Kg dalam masa 17 hari sahaja!

Hai..Assalamualaikum semua..😁 Bertemu lagi kita dalam entri Anim kali ni.. Untuk entri Anim kali ni Anim nak share dengan anda...