Khamis, 10 Oktober 2019

Kegemukkan Punca Sakit Kronik


Hai..Assalamualaikum semua..

Berjumpa lagi kita kali ni dengan entri bertajuk

"KEGEMUKKAN PUNCA SAKIT KRONIK"

Pada zaman yang serba maju ni, masalah kegemukkan kini berada pada tahap serius di negara kita. Paling menyedihkan, negara kita Malaysia tersenarai antara negara paling gemuk iaitu berada di tangga teratas di antara semua negara Asia yang lain. Masalah kegemukkan ini boleh diklasifikasikan sebagai pengumpulan lemak berlebihan di dalam badan seseorang. Kegemukkan dianggap srbagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, kegemukkan boleh menganggu atau mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan kronik.

Tahukah anda, masalah KEGEMUKKAN itu dapat mengundang pelbagai risiko dan boleh membawa maut. Antara risiko terbesar masalah kegemukkan adalah penyakit kronik yang akan menyerang mereka yang mengalami masalah ini.

Antara penyakit kronik yang sering menyerang individu yang gemuk adalah:-

🍁 Diabetes
🍁 Darah Tinggi
🍁 Penyakit Jantung
🍁 Strok
🍁 Kanser
🍁 Kegagalan Sistem Pernafasan (sesak nafas) - boleh membawa maut
🍁 Kegagalan sistem perkumuhanan
🍁 Dan banyak lagi


MASALAH KEGEMUKAN boleh  ditakrif menggunakan skala  Indeks Jisim Badan(BMI-Body Mass Index ).
Formula dan klasifikasi BMI
Dah kira ker BMI anda?


APAKAH PENYEBAB KEGEMUKKAN?

Secara ringkasnya, masalah kegemukkan berlaku apabila sesorang itu mengambil lebih banyak kalori berbanding kalori yang dibakar.

Antara faktor penyumbang kegemukkan adalah:-

πŸ‘‰ Makan secara berlebihan
πŸ‘‰ Makan makanan yang tidak berkhasiat
πŸ‘‰ Kurang aktiviti fizikal
πŸ‘‰ Kurang tidur
πŸ‘‰Kesan dari pengambilan ubat-ubatan


Secara keseluruhannya ia adalah disebabkan gaya hidup hari ini yang semakin ringkas dan jadual kerja yang sibuk lebih mendedahkan kepada risiko kegemukkan.  Hampir semua dari kita terdedah kepada keadaan dan gaya hidup serba moden ini.


FAKTA YANG MENAKUTKAN!
😱  Malaysia adalah antara negara yang mempunyai penduduk yang tinggi statistik obesiti
😱 Kenyataan dari Kementerian Kesihatan mengatakan bahawa 1 daripada 2 rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukkan dan terdedah kepada risiko Penyakit Kencing Manis (Diabetes)
😱 Malaysia dikategorikan sebagai 'heavyweight' kerana 44.2% penduduk menghadapi masalah kegemukkan.



Malaysia negara paling obes di Asia Tenggara


ANTARA PENYAKIT KRONIK PALING BAHAYA AKIBAT OBESITI

Kesan dari penyakit kronik ini boleh membawa kepada pengurangan kualiti hidup individu yang mengalami masalah kegemukkan dan boleh membawa kepada kematian.
Sakit kronik akibat obesiti
Antara penyakit kronik disebabkan OBESITI

Dalam entri kali ini, Anim akan kongsikan secara ringkas tentang risiko penyakit-penyakit kronik kesan dari masalah kegemukkan. 

πŸ€Penyakit Jantung Koronari 


Penyakit jantung koronari (Coronary Heart Deseasa CHD) adalah penyakit dimana bahan berlilin dipanggil plak terbina di dalam arteri yang membekalkan darah kaya oksigen ke otot jantung kita.


Serangan jantung akan berlaku apabila darah yang kaya oksigen tidak dapat sampai ke jantung.  Tanpa rawatan yang cepat, serangan jantung boleh membawa kepada kesihatan yang serius atau kematian.

Berat badan yang berlebihan boleh meningkatkan rrisiko penyakit jantung koronari dan serangan jantung .  Ia adalah kerana berat badan berlebihan dan obesiti dikaitkan dengan faktor-faktor risiko CHD lain seperti kolestrol tinggi dalam darah, tekanan darah tinggi dan kencing manis.

πŸ€Strok


Strok berlaku apabila bekalan darah ke otak terganggu atau berkurang.  Jika ini berlaku, otak tidak dapat oksigen yang mencukupi dan menyebabkan sel-sel otak mati.
Antara kesannya kepada pesakit:

Kekeliruan termasuk masalah pertuturan danpemahaman
Sakit kepala danmuntah-muntah
Rasa kebas pada muka, lengan dan kaki terutama pada sebelah badan
Masalah penglihatan pada satu atau kedua-dua mata

Strok boleh membawa kepada masalah jangka panjang.  Bergantung kepada berapa cepat ia didiagnosis dan dirawat.  Pesakit boleh mengalami ketidakupayaan sementara atau kekal .

πŸ€Tekanan Darah Tinggi / hipertensi


Kita dikatakan mempunyai Tekanan Darah Tinggi jika bacaan tekanan darah kita konsisten 140 /90 atau lebih tinggi untuk tempoh beberapa minggu

Tekanan yang lebih tinggi ini meletakkan tekanan tambahan ke atas jantung dan saluran darah dan ini meningkatkan risiko mendapat serangan jantung atau strok

Sebab utama terjadinya Tekanan Darah Tinggi adalah mempunyai berat badan berlebihan.  Faktor-faktor lain adalah
Makan terlalu banyak garam
Tidak makan buah dan sayuran
Tidak cukup aktif
Mengambil alkohol berlebihan
Peningkatan usia dan gaya hidup yang tidak sihat boleh memberi tekanan
Sejarah keluarga, anda mungkin berisiko tinggi jika ada ahli keluarga mempunyai Tekanan darah Tinggi 

Untuk rawatan, doktor biasanya akan memberikan lebih dari satu jenis ubat yang menurunkan tekanan darah dalam cara yang berbeza.  Doktor akan nasihatkan supaya pesakit menurunkan berat badan dan ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat

πŸ€Diabetes 


Pengidap diabetes selalunya mempunyai bacaan gula dalam darah (glukosa) yang terlalu tinggi melebihi paras normal iaitu: 

Paras gula semasa puasa – Julat 4.0-6.0 mmol/l
Paras gula selepas makan – tidak melebihi 8.0 mm0l/l

Antara sebab utama berlakunya diabetes adalah disebabkan obesiti.


Malaysia sekarang merupakan antara negara tertinggi mempunyai peratusan pesakit diabetes di Asia Tenggara.  Menurut statistik 15% daripada rakyat Malaysia merupakan penghidap kencing manis iaitu 1 dari 5 orang rakyat negara ini merupakan penghidap diabetes

πŸ€Osteoarthritis


Berat badan berlebihan boleh mencederakan atau merosakkan sendi dalam pelbagai cara.

Ostheoartritis (OA) berlaku apabila tulang rawan licin pada sendi menjadi haus atau rosak.  Ia biasanya berlaku di bahagian lutut, pinggul, tulang belakang, leher dan tangan.  Sendi akan mengalami keradangan dan menyebabkan rasa sakit dan kaku.


Menurut sumber daripada Arthritis Center John Hopkins, apa yang kita perlu tahu adalah:

Setiap 4.5 KG lebihan berat badan , ia memberi  13-27 KG daya pada lutut untuk setiap langkah.  Bayangkan betapa terbebannya lutut kita.
Sumber yang sama mengatakan bahawa, orang berlebihan berat badan adalah 5X lebih mudah mengidap OA berbanding orang biasa.  Hanya kehilangan berat badan dapat membantu mengurangkan tekanan pada sendi.

πŸ€Kanser


Betapa bahayanya masalah kegemukkan ini, ia juga merupakan penyebab utama kepada peningkatan risiko kanser.  Biasanya mereka yang mengalami masalah kegemukkan terdedah kepada kanser berikut:

Kanser Esofagus
Kanser Pankreas
Kanser Kolon & Rektum
Kanser Payudara
Endometrium
Sakit Buah Pinggang

  πŸ€Sleep Apnea

Gangguan Sleep Apnea adalah gangguan yang serius di mana pernafasan berulang kali berhenti selama 10 saat atau lebih semasa tidur.  Gangguan ini akan menurunkan kandungan oksigen dalam darah dan secara ringkas boleh mengganggu tidur sepanjang malam.


Punca paling utama adalah disebabkan berat badan berlebihan dan obesiti.  Ia berlaku apabila otot tekak dan lidah dalam keadaan santai, tisu lembut mulut dan tekak akan menyebabkan saluran pernafasan tersumbat.
Apnea tidur boleh membawa kepada komplikasi serius termasuk penyakit kardiovaskular, kemalangan dan kematian mengejut.
Jadi, sangat penting bagi sesiapa yang mempunyai tanda dan gejala gangguan apnea tidur seperti berdengkur kuat dan terjaga waktu malam yang berulang  diikuti rasa mengantuk berlebihan di waktu siang mendapatkan rawatan segera.
Biasanya doktor akan menasihatkan supaya pesakit menurunkan berat badan dan mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat dan aktif.


πŸ€ Kolestrol Tinggi

Masalah kegemukkan adalah salah satu faktor penyebab kolestrol tinggi.  

Ia berlaku dalam keadaan di mana  lemak utama dalam aliran darah pada tahap berikut:

Tahap LDL iaitu Kolestrol Jahat terlalu tinggi
Tahap HDL iaitu Kolestrol Baik terlalu rendah

Orang yang mempunyai berat badan berlebihan atau obes lebih cenderung untuk mepunyai kolestrol yang tinggi.  Kolestrol tinggi pula adalah faktor risiko  kepada penyakit kronik lain iaitu strok, penyakit jantung dan diabetes.


Untuk pulih, tiada yang terbaik selain dari menurunkan berat badan  dan ubah gaya hidup kepada yang lebih sihat dan aktif.  Bagi perokok, wajib berhenti dari merokok. 

CARA PENYELESAIANNYA

Selagi bernyawa, kita disuruh berusaha untuk berubat.  Tidak boleh putus asa dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Mereka yang mengalami masalah kegemukkan boleh ikhtiar dengan Detox Cara Shaklee (Detox Shaklee). Dalam program detox ni, #teamJutawan telah mengambil langkah untuk membantu mereka yang mengalami masalah kegemukkan ini untuk kembali sihat dan cergas serta dapat memiliki berat badan yang ideal. Program tersebut dikenali sebagai #JomDetoxJutawan. 

DETOX adalah satu proses membuangam TOKSIN dalam badan supaya sistem badan dapat kembali normal dan lebih sempurna. Dalam program #JomDetoxJutawan ni, peserta akan didedahkan dengan gaya hidup yang lebih sihat sepanjang program berjalan. Kesanya, peserta akan dapat menurunkan berat badan mereka sekaligus boleh kembali sihat dan cergas selepas proses detox. 

DETOX dari #teamJutawan adalah berbeza berbanding program detox yang lain kerana program #JomDetoxJutawan ni dijalankan secara terperinci dan menyeluruh (holistik) dimana ianya melibatkan kesemua organ detox yang terdapat dalam badan. Antara organ detox yang terlibat adalah seperti:-
Hati
Paru-paru
Buah Pinggang
Kolon
Limpa

Kesan dari program detox ini adalah semestinya terbaik dan mendapat banyak positif feedback dari para peserta. Program #JomDetoxajutawan adalah Proven Success Programme kerana boleh dikatakan kesemua peserta yang mengikuti program ini mendapat kesan yang positif seperti berat dapat diturunkan, penyakit dapat diatasi, kualiti hidup lebih baik, kulit muka lebih cantik dan glowing serta awet muda dan banyak lagi. Tenyata mereka yang join program ni berasa sangat puas hati dengan kesanya. Ada juga yang tidak percaya dengan apa yang mereka capai dalam program ini. 

Apa tidaknya..Program #JomDetoxJutawan ni bukan sebarangan program detox. Ia adalah program detox yang mana jadual pemakananya(MEALPLAN) disediakan oleh Nutritionist dan dipantau oleh doktor serta diluluskan oleh doktor. Dari situ, proses detox dijalankan secara teratur mengikut Mealplan yang disarankan oleh nutritionist dan doktor. Tiadalah istilah 'hentam kromo' dalam program ni..Semuanya tersusun dan mengikut apa yang disarankan.

Selain itu, dalam program #JomDetoxJutawan, pengambilan supplement amatlah dipentingkan dan supplement yang digunakan dijamin SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI iaitu supplement 100% dari Shaklee. Tujuan utama pengambilan supplement dalam program #JomDetoxJutawan adalah bertujuan untuk memaksimumkan proses detox terhadadap badan setiap peserta. Ini kerana, detox tanpa supplement boleh diibaratkan seperti basih baju tanpa menggunakan sabun. Kesanya tak sehebat mana dan risiko untuk 'body rebound' adalah tinggi. 

Semoga entri yang Anim kongsikan kali ni dapat memberi manfaat, semangat dan motivasi untuk anda atau ada saudara mara yang mengalami masalah kegemukkan untuk berusaha bebas dari masalah ini dengan ikhtiar bersama #JomXetoxJutawan iaitu Detox Cara Shaklee..In Shaa Allah, kesanya anda pasti berpuas hati. 


Salam sayang dari Anim.
Faridah Hanim Binti Mohd Yusoff
011-10973735

Your Trusted Shaklee Independence Distributor
Shaklee Kelantan
TeamJutawan










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 5Kg dalam masa 17 hari sahaja!

Hai..Assalamualaikum semua..😁 Bertemu lagi kita dalam entri Anim kali ni.. Untuk entri Anim kali ni Anim nak share dengan anda...