Selasa, 2 Oktober 2018

Confinement Lady VS Jagaan Mak


Assalamualaikum...Hai korang..😁 Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk membaca entri anim kali ini.

Kali ni anim nak kongsi dengan korang tentang Confinement Lady VS jagaan mak. Apa yang korang boleh bayangkan dengan tajuk entri anim kali ni?? Yes!!antara confinement lady dengan jagaan mak mana lagi best dan bagus kan??

Ok..kalau ditanya, rata- rata akan nyatakan berpantang dengan mak lagi best sebenarnya..Dan memang tak dinafikan berpantang dengan mak lagi seronok sebenarnya. Mana tak nya, bila dibawah jagaan mak ketika berpantang, kita boleh harapkan mak dalam banyak perkara. Kita tak akan rasa segan untuk meminta tolong mak sediakan air rebusan mandian kita, tolong mandikan anak kita, sediakan makanan berpantang untuk kita.


TETAPI, sedarkah kita, sebenarnya kita membebankan mak kita dengan pelbgai urusan berpantang sedangkan sepatutnya mak kita tak perlu lakukan semua tu untuk kita. Walaupun mereka melakukan semua tu kerana sukarela, kita sebagai anak ataupun menantu, perlu fikirkan keadaan mak kita. Mereka sudah tua..mereka dah banyak berkorban untuk besarkan kita atau suami kita. Mereka dah tak sekuat dahulu..mereka tak punya kudrat yang sama seperti waktu muda, dan mereka juga perlu berehat dan dapatkan rehat yang secukupnya. Perlu diingat, menjaga anak menantu semasa berpantang bukanya khidmat sukarelawan masyarakat.

Dengan jagaan mak, bukan bermakna suami ataupun isteri perlu lepas tangan untuk mendapatkan perkhidmatan secara percuma. Rumah ibu bapa bukan 'confinement place for free'. Korang sebagai suami isteri perlu mengambil kira banyak perkara jika berpantang dengan mak. Antaranya:-
πŸ’΅ wang perbelanjaan isteri. Jangan harapkan ibu bapa yang keluarkan duit untuk membeli keperluan isteri ketika berpantang.
πŸ’΅ Budget makanan sepanjang berpantang
πŸ’΅ Sediakan budget untuk bil Air dan Elektrik.
πŸ’΅ Keperluan tambahan seperti wang 'stanby' atau kecemasan sebagai persediaan dengan segala macam kemungkinan yang akan terjadi.
πŸ’΅ Belanja Ekstra. Suami perlu sediakan perbelanjaan ekstra ketika isteri di bawah jagaan mak kerana berada di rumah ibu bapa bukan bermakna kita perlu lepas tangan dan serahkan segala perbelanjaan kepada ibu bapa kita.
πŸ’΅ santuni dan hormati ibu bapa sepanjang isteri berada di bawah jagaan mak sepanjang tempoh berpantang kerana mereka telah mengorbankan masa dan tenaga mereka untuk isteri kita. Janganlah bersikap  pentingkan diri dan mengabaikan tanggungjawab ketika isteri berpantang dengan mak. Dan. Janganlah mengambil kesempatan atas kebaikan dan kasih sayang ibu bapa kita.

Dan, suami perlulah membuat perancangan awal dimana sekiranya ibu tidak mampu menjaga isteri kita dalam tempoh berpantang, si suami boleh mengambil cuti lebih lama selepas isteri bersalin untuk mengambil alih tugas menjaga isteri berpantang atau jika tak dapat cuti yang lama, suami isteri juga mungkin boleh mula membuat budget bermula dari awal kandungan lagi untuk upah 'confinement lady (CL)' sepanjang tempoh berpantang.


Kalau korang dapat lihat situasi sekarang, confinement lady telah menjadi 'favourite' dikalangan artis-artis dan juga orang zaman sekarang. Agak-agaknya kenapa ye?? 😎


Antara sebabnya kerana tugas sebagai confinement lady dan pakej yang disediakan sememangnya lengkap untuk penjagaan ibu dan bayi semasa dalam tempoh penjagaan pantang. Oleh yang demikian, proses berpantang menjadi lebih mudah dan sempurna kerana adanya CL si ibu boleh meluangkan lebih banyak masa untuk menguruskan diri sendiri, bayi dan anak-anak lain tanpa perlu memikirkan hal lain seperti memasak, penyediaan air untuk mandian ibu dan anak dan sebagainya. Best kan? 😍

Ibu dalam pantang memerlukan layanan yang terbaik. Thats why, CL amat diperlukan bagi memastikan si ibu mendapat rehat yang secukupnya kerana berpantang ialah satu-satunya tempoh yang boleh berehat dari semua urusan rumah tangga.

Seperti yang kita tahu, penjagaan selepas bersalin adalah sangat penting untuk mengembalikan kesihatan si ibu setelah mengandung dan mengalami pelbagai perubahan fizikal dan naik turun tahap kesihatan. Penjagaan dan rawatan yang betul adalah penting untuk mengembalikan kesihatan yang optimum untuk si ibu. Dengan adanya confinement lady, ibu-ibu bukan sahaja dibantu dari segi penjagaan diri seperti penyediaan mandian herba, mengurut, bertungku, bertangas, berbengkung, pemakaian pilis, param dan tapel malah CL juga akan membantu si ibu dalam pengurusan bayi. Kerana ini memang terdapat dalam pakej yang disediakan. Dari situ, proses berpantang menjadi lebih mudah dan ibu dapat rehat secukupnya. Ini dapat menjauhkan si ibu dari masalah stress, depress or post natal blues(meroyan) yang kesemua masalah ini berpunca bila si ibu kurang mendapat rehat ketika berpantang.

Memandangkan betapa pentingnya Confinement lady dalam memudahkan urusan penjagaan ibu selepas bersalin, Anim yang juga merupakan salah seorang therapies di bawah The Walking Beauty (TWB) menawarkan perkhidmatan penjagaan Berpantang (Confinement care) buat semua si ibu yang memerlukan perawatan selepas bersalin bagi membantu proses berpantang menjadi lebih mudah dan berjalan dengan lancar.

Antara perkhidmatan yang Hanim beauty spa & Confinement Care tawarkan dalam pakej jagaan berpantang adalah seperti:-

❤ Urutan tradisional - membantu memulihkan otot-otot yang tegang, melancarkan peredaran darah, dan mengurangkan sakit-sakit badan ketika proses penyusuan.

❤ mandian herba - khas untuk si ibu untuk memberikan kesegaran tubuh  badan dan menghilangkan bau badan.

❤ Bertungku - membantu melancarkan peredaran darah dan membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim.

❤ Body scrub (urut lulur) - membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati dan menghalus serta mencerahkan kulit.

❤ Tangas - memulihkan keputihan dan pengecutan rahim.

❤ param - melancarkan peredaran darah dan mengelakkan angin masuk ke dalam badan serta meberikan kehangatan dan kesegaran pada tubuh badan.

❤ Pilis - membantu meredakan sakit kepala,melancarkan peredaran darah, menyegarkan matadan membwrikan keselesaan buat si ibu berpantang.

❤ Tapel - sapuan pada perut sebelum pemakaian bengkung.  membantu proses pembakaran lemak di bahagian perut dan menegangkan perut serta mengempiskan perut.

❤ urutan bayi - membantu menguatkan otot-otot bayi, memberikan keselesaan buat bayi dan mengelakkan kembung perut bayi.

❤ Tuam dan tungku bayi - mengelakkan bayi daripada kembung perut dan mengelakkan hernia bagi bayi lelaki.

Antara pakej yang kami tawarkan adalah seperti:-



Dalam TWB, kami menggabungkan perkhidmatan tradisional dan moden dimana produk-produk yang kami gunakan dijamin berkesan dan selamat. Produk utama yang kami gunakan adalah dari shaklee. Mengapa kami memilih shaklee??

🌡selamat dan boleh diambil seawal 2 jam selepas melahirkan anak.
🌡Selamat kerana ibu yang bersalin normal atau secara pembedahan boleh ambil set berpantang ni.
🌡 Selamat kerana boleh dimakan oleh ibu walaupun anak kena jaundis (kuning)
🌡 JIMAT! Boleh digunakan bukan sahaja ketika berpantang selama 44 hari, tapi boleh tahan sehingga 180 hari.

Selain penjagaan berpantang, CL dari TWB akan membantu si ibu dalam berpantang dari segi penyediaan set-set vitamin yang berkualiti tinggi bagi memastikan ibu-ibu mendapat nutrisi yang lengkap dan cukup. Secara tak langsung, kesihatan si ibu akan pulih dengan cepat, ibu akan jadi lebih cergas, bertenaga dan susu yang dihasilkan akan berkualiti dan banyak kerana set berpantang dan bersalin yang kami sediakan in syaa Allah memang terbukti berkesan.


Berita baik:-
Bagi anda yang ingin mencari bisnes bagi menjana pendapatan yang lumayan setiap hari, kami di TWB juga ada menyediakan kursus berpantang dan bersalin. Kursus ini terbuka buat semua yang memang meminati bidang ini dan ingin menjalankan bisnes yang menjanjikan pulangan yang berlipat kali ganda.

Keistimewaan kursus benjagaan berpantang dan bersalin dari TWB ialah kami mepunyai tenaga pengajar yang berpengalam lebih dari 20 tahun dalam servis perbidanan dan penjagaan berpantang.

Dengan gabungan antara tradisional dan moden menjadikan kami salah satunya confinement care yang diminati dan digemari oleh ramai ibu-ibu lepas bersalin.

Berikut adalah sebahagian gambar dalam kursus Pakej Berpantang  dan Bersalin oleh TWB:-










Sekian sahaja coretan anim kali ni. Confinement Lady VS jagaan mak..yang mana satukah pilihan korang??tepuk dada, tanyalah hati...kalau sayangkan mak, pilihlah CL kerana CL membantu meringankan beban korang dan mak boleh rehat secukupnya..mak dapat luangkan masa berkualiti bersama cucunya. πŸ˜‰

Jika korang ingin menempah Pakej Berpantang dan  Bersalin, atau ada sebarang pertayaan boleh terus hubungi:-πŸ‘‡

Faridah Hanim Binti Mohd Yusoff
Most trusted Sid (ID: 1284824)

Founder Hanim Beauty Spa
& Confinement Care
Confinement Lady TWB

Certified Trainer TheWalking Beauty

Tel No: 011 10973735

Facebook: Faridah Hanim







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 5Kg dalam masa 17 hari sahaja!

Hai..Assalamualaikum semua..😁 Bertemu lagi kita dalam entri Anim kali ni.. Untuk entri Anim kali ni Anim nak share dengan anda...