Selasa, 8 Oktober 2019

Apa yang tak best bila badan gemuk



Hai..Assalamualaikum semua..😁

Apa khabar semua? Anim doakan semoga semua dikurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah.

Apa agak-agaknya Anim nak share dengan anda kali ni. Ok..Straight to the point, Anim nak share tentang kesan dari kegemukkan. Apa yang tak best bila badan kita gemuk.  Maaf jika tajuk perkongsian Anim kali ni sedikit sensitif. Tapi tujuan Anim berkongsi kali ni adalah tujuan kebaikkan kita semua.

Menurut kamus Dewan Dan Pustaka, Edisi ketiga, obesiti bermaksud kegemukkan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Lemak yang terkumpul dalam badan yang disebabakan oleh gaya hidup yang tidak sihat akhirnya menimbulkan pelbagai masalah dan rasa tak best pada badan. Paling menggerunkan, dengan masalah ini meletakkan Malaysia negara yang paling gemuk dimana peratusannya lebih tinggi berbanding negara Asia yang lain.

Apa yang tak best bila badan mengalami kegemukkan adalah :-

πŸ‘‰ Dapat menimbulkan pelbagai masalah kesihatan dan  penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah tingggi , strok, kegagalan buah pinggang ,masalah mental dan juga diabetes.
πŸ‘‰ Tidak dapat menikmati kehidupan sepenuhnya kerana masalah kegemukkan ni akan membataskan pergerakkan.
πŸ‘‰  Mereka juga akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri akibat sering disindir dan dihina.
πŸ‘‰Mudah berasa letih,lesu dan semput
πŸ‘‰ Badan terasa kurang bertenaga
πŸ‘‰ Badan terasa berat
πŸ‘‰ Cepat berpeluh dan tak selesa
πŸ‘‰ Kurang keyakinan diri
πŸ‘‰ Tidur sentiasa terganggu dan akan mengalami masalah pernafasan seperti berdengkur ketika tidur
πŸ‘‰ Hidup sentiasa dalam kesakitan kerana bila gemuk sakit sendi seperti gout, sakit belakang, sakit lutut dan buku lali serta pergelangan tangan Sendi lutut dan buku lali sangat kecil untuk menapung berat badan keseluruhan.
πŸ‘‰  Dan yang paling sedih, kesuburan juga boleh merosot kepada lelaki dan wanita, masalah kitaran haid terganggu dan sebagainya..

Dan kebiasaanya, masalah kegemukkan ini berlaku disebabkan oleh:-

πŸ‘‰ Cara hidup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian
πŸ‘‰Selalu mengambil makanan yang berlemak tingj dan terlalu manis
πŸ‘‰Cara memasak seperti mengoreng juga boleh menyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan
πŸ‘‰ Sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah kegemukkan. Apabila terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakkan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan dan mendorong masalah kegemukkan berlaku.
πŸ‘‰ Dan jangan tak percaya, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam bungkusan atau tin turut menjadi salah satu punca kegemukkan. Ini kerana makanan segera mengandungi kadar garam, gula dan lemak yang tinggi.

Oleh sebab itu, menjadi tanggungjawab kita untuk mengatasi masalah ini daripada terus berlarutan dan mengelakkan perkara buruk daripada berlaku. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.

Untuk mulakan misi mengatasi masalah kegemukkan, perkara paling utama yang perlu dilakukan ialah mesti ada kemahuan sendiri, bersedia dan komited. Tujuan menurunkan berat badan juga perlu jelas kerana anda mesti buat untuk kebaikkan diri sendiri seperti mahu hidup sihat, badan lebih cergas, mengurangkan penyakit kronik dan sebagainya.


Tiada jalan pintas untuk mengurangkan berat nadan kerana pertambahanya berlaku dalan satu jangka masa lama. Jadi proses pengurangan berat badan perlu dilakukan secara berperingkat-peringkat dan selamat.

Paling penting ialah ambil tindakkan awal. Jika berat badan bertambah, segera mulakan langkah seperti amalkan detox (iaitu proses pembuangan toksin dalam badan), mulakan sesi bersenam dan kawal makan.  Jangan tunggu sehingga mengalami masalah berat badan berlebihan kerana usaha mengurangkannya akan menjadi lebih sukar.

DETOX UNTUK MENGATASI MASALAH KEGEMUKKAN

Mesti anda pernah terdengar tentang Detox kan? Mesti ada membayangkan detox tu seperti minum air detox untuk proses turunkan berat badan. Tetapi,istilah sebenar mengenai detox adalah satu proses pembuangan toksin dalam badan dan bukan sekadar minum air detox sahaja. Ianya perlu dilalukan secara menyeluruh dan terperinci bagi memastikan proses penyingkiran toksin dalam badan dapat dilakukan sebaiknya.

Demi membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapatkan kesihatan dan berat badan ideal, #TeamJutawan mengambil langkah memulakan program #JomDetoxJutawan dimana ianya bertujuan membantu lebih ramai rakyat Malaysia dapat mengatasi masalah kegemukkan dan berjaya kurus dengan lebih selamat.

#JomDetoxJutawan adalah satu program detox yang dijamin selamat dan berkesan kerana #TeamJutawan menjalankan program ini secara bersistematik dan mengikut procedure yang dibenarkan. Dalam program #JomDetoxJutawan, disediakan satu MEALPLAN iaitu pelan pemakanan sihat yang disediakan oleh Nutritionist yang bertauliah dan dipantau dan diluluskan oleh doktor. Dari situ, #TeamJutawan bertambah yakin dengan program yang berlangsung selama 17 hari dalam satu sesi detox.

Dalam program #JomDetoxJutawan juga, #TeamJutawan menjalankan program detox yang menggunakan supplement. Dan supplement yang digunakan dalam program ini bukan sebarangan. Dalam #JomDetoxJutawan supplement yang digunakan adalah dari shaklee dimana kesemua produk shaklee adalah terbukti SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI (Mengikut kajian klinikal yang dijalankan)

Kenapa #JomDetoxJutawan menggunakan supplement? Ini kerana #TeamJutawan ingin memastikan kesan yang diperolehi dari program ni adalah secara keseluruhan merangkumi kesemua organ detox seperti paru-paru, hati, limpa,usus, dan buah pinggang. Bukan hanya satu organ sahaja yang terlibat tapi 5! Menarik kan..Kesan yang bakal anda dapat, of course sememangnya berkesan. Lagipun, Detox tanpa supplement ibarat seperti basuh baju tanpa sabun. Tidak bersih dan wangi sepenuhnya...Thats why, pendekatan ini digunakan.😁

Sebagai kesimpulannya,  masalah kegemukkan akan membawa lebih banyak kemudaratan berbanding kebaikkan. Menjadi tanggungjawab kita semua untuk atasi masalah ini  sebaiknya. Mulakan langkah awal jika anda menghadapi masalah ini. Jika anda perlukan bantuan, dengan #JomDetoxJutawan ada jawapanya.. In Shaa Allah..

Jom Merdekan badan kita semua dari jajahan masalah kegemukkan..Banyak yang tak best bila badan kita gemuk. Percayalah...


Salam Perihatin ,

Faridah Hanim Binti Mohd Yusoff

011-10973735

Your Trusted Independence Shaklee Distributor

Shaklee Kelantan

Jom Detox Jutawan

Team Jutawan















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 5Kg dalam masa 17 hari sahaja!

Hai..Assalamualaikum semua..😁 Bertemu lagi kita dalam entri Anim kali ni.. Untuk entri Anim kali ni Anim nak share dengan anda...