Dapat sponsored Umrah Mak dan Ayah
Hasil Bisnes Mobile Spa TWB
Puan Azura Yusop
yang ceria orangnya๐
Kali ni Anim bawakan kisah Puan Azura, seorang guru Sekolah Pendidikan Khas yang menjadikan Bisnes Mobile Spa TWB sebagai part time beliau dan hasil dari bisnes mobile spanya beliau berjaya memperoleh pendapatan yang sangat lumayan.
Honestly, Anim tak pernah jumpa Kak Zura ni tapi senang dengan caranya bila berada di 'rumah agam' TWB(SUPPORT GROUP KAMI). Orangnya friendly dan ceria serta kelakar. Hubungan kami as a terapis spa team TWB memang sangat akrab walaupun tak pernah bersua.
Jom ikuti kisah Kak Zura..
Dalam kisah ni, Kak Zura compilekan semua maklumat tentangnya dan menjawab semua persoalan ramai yang pelik macam mana dia boleh saving hanya melalui spa & shaklee untuk tunaikan hajat kedua ibubapanya..
1. Bila join TWB dan berapa yuran masa tu?
๐น Zura join Nov 2015. Masa tu RM750 untuk course facial je.
2. Kenapa nak join TWB sedangkan sudah bergelar guru dan ada income yang lebih stabil?
๐น Cikgu bukan JUTAWAN tau. Paling banyak berniaga cikgu la weh. Dekat bilik guru memang penuh katalog. Paling best siap ada telegram jualan ๐๐๐ Berniaga ni Bukan sebab cikgu pandai bercakap TAPI sebab sesak da. Tengok sebelah kiri bahagian Slip gaji dah macam gaji doktor. Cuba telek sebelah kanan, banyak potongan weeee.
Zura join TWB ofcos la nak improve income sebab selalu sesak nafas bila hujung bulan & bila ada duit dapat tunaikan tanggungjawab sepatutnya kepada mak ayah sebagai seorang anak.
3. Apa perkara yang paling berharga diperolehi sejak join TWB?
๐น Dapat ilmu bisnes, strategi bisnes, ilmu kesihatan, ilmu kecantikan, bonus pun makin besar & bisnes rasa lebih fun nak buat bila ada progress.
4. Berapa lama masa ambil untuk balik modal:
๐นSEBULAN. Ye cuma sebulan je dah dapat dah pulangan modal RM750 tu. Zura memang fokus buar servis spa, training spa & Shaklee.
5. Nak buat Spa ni perlukan pengalaman ke?
๐น Sejujurnya, zura 0 basic spa. Jadi, nak buat spa korang ghase perlukan pengalaman spa ke? Zura belajar masa training dan selebihnya belajar setiap hari melalui client kita. Kata orang practice make perfect. Tak perlu nak tunggu perfect baru nak buat. Alamatnya memang sampai ke sudah tak buat. From 0 dan lama-lama zura jadi excellent dalam dunia spa.
6. Kenapa pilih spa TWB & Shaklee?
๐นSpa TWB & Shaklee memang jauh berbeza. Perbezaan yang paling menarik adalah kelebihan mentorship yang ada dlm bisnes TWB even selepas hands-on training. Then ada 6 penjuru income yang kita leh kejar. Ada career development. Tak buat spa pun ada cara untuk dapat income.
Ada FREE trip kita boleh dapat. Dan macam2 lagi. Memang TWB best giler. Bonus shaklee memang sangat besar. Masa baru join Spa dan Shaklee, bonus pertama cuma RM23.42 sen je dan seterusnya zura pernah dapat RM3k macam tulah dan seterusnya ? (Rahsia la) Insyaallah lebih banyak dan banyak bila niat kita ikhlas.
Cuma sekarang tak lah rasa sesak sangat. Kalau nak beli apa je boleh beli tak payah tunggu gaji.
6. Apakah cabaran paling hebat selama buat spa?
๐น Tipulahkan kalau kata takde cabaran. Fuhhh lap dahi sekejap. Tapi sebab cabaran tu lah zura jadi semakin kuat dan lebih positif.
➡ zura pernah dihina muka tak lawa ada hati nak buat spa. Sedih giler beb. Tap lap ayaq mata berderai bak kaca terhempas. Mau orang tak jeles, muka yang macam jalan tar dulunya dah boleh ada spa atas nama sendiri.
Ada aku kesah ๐ค๐ค๐ค
➡ Zura selalu sesat ke rumah customer. Bila sesat berhenti tepi jalan dan nanges2. Hahaha
Zura bernasib baik tau sebab sepanjang buat spa belum ada lagi customer yang tipu.
7. Average income dr TWB (Harap boleh share untuk pembakar semangat pembaca & wanita di luar sana)
๐น Paling minimum RM1000 setiap bulan kalau buat servis spa weekend je. Ni kalau malas nak cari cuatomer spa la. Paling tinggi income dalam spa zura pernah dapat RM750 untuk sabtu dan ahad. Bayangkan kalau uolls suri rumah ni buat full time. Lagi masyuk beb.
Kita bos, kita pekerja, kita akauntan , jadi ikut suka kita nak buat masa bila. Sangat fleksibel. Tak ganggu langsung masa kita bersama keluarga. Kita boleh buat perancangan sebab untuk customer spa perlukan booking dan kita boleh set masa appoiment ikut masa kita.
8. Macam tak percaya boleh savings banyak untuk hantar mak ayah ke umrah. Betul ke tak ni?
๐น Pada mulanya zura pun tak percaya. Tapi zura percaya kuasa fokus dan letakkan target. Hari-hari tatap target tu dan bayangkan. Dan bukan tenung je.....diiringi dengan usaha.
๐น Nak tahu macam mana zura buat? Ok macam ni lepas kursus spa, zura hanya mahirkan skills dengan facial saja. Seorang customer zura cas RM50. Zura dah dapat lebih 100 orang customer. Sila darab lah ye.
๐นAlaaaa macam ni bila nak kaya. Bila nak capai target. Kat sinilah zura upgrade skill. Zura upgrade terus kepada sauna, scrub badan, lulur aromatheraphy massages dan tangas. Kat sinilah betapa nilainya ilmu bila kita boleh higher buat duit.
๐น (Dan zura terpaksa bayar setiap kurus pada harga berlainan). Sebab tu pekej sekarang lebih menguntungkan. Korang bayar sekali dan nikmati 12 kursus lumpsum. Jangan takut rugi, jangan takut mahal, percayalah bila korang bijak gunakan ilmu ianya sangat bermanfaat.
๐น Lepastu zura tambah lagi kursus... tamaknya la kan. Kali ni zura upgrade kursus bekam dan akupunktur. Alahai bila banyak skill zura boleh buat pekej dan sekaligus menampakkan betapa highclass nya spa kita. Customer ada banyak pilihan.
๐น Zura hanya guna keuntungan spa untuk upgrade skill. Bertuahnya rasa. Korang nampak tak? Betapa berbaloinya jika kita berani melabur.
๐น Zura mula rekacipta nama pekej spa, contohnya pekej seri pengantin, seri ayu, pekej bidadari dan macam-macam pekej. Bila buat pekej, kita dapat bantu customer untuk nikmati spa lebih menjimatkan.
๐น Pernah sehari tak tau dah nak bagi apa nama pekej ni, customer nak semua sekali. Servis dari pagi sampai petang.Aduh duh patah pinggang mak.
๐น Setiap hasil spa zura tabung. 20% je kalau nak enjoy pun. Berkat menabung. Bestkan korang.
9. Kenapa nak hantar mak ayah dan bukan sendiri yang pergi?
๐น Saya berdoa supaya zura dan suami juga dijemput menjadi tetamu Allah. InsyaAllah redha allah adalah redha ibubapa.
๐น Sebenarnya pada mula zura saving niat saya nak ikut trip TWB ke Paris. Haaaa bab ni zura nak habaq salah satu kebestan SPA TWB. Setiap tahun ada annual trip international. Zura dah beli beg, dah beli jacket, dah beli long john. Cuma kasut tu tengah survey. Paris pada masa tu musim sejuk.
๐นTetiba ubah fikiran, Allah gerakkan hati in nak hantar mak ayah ke umrah. Baik zura dahulukan mereka dan lupakan niat untuk ikut trip. Zura fikir takut tak sempat je nak tunaikan impian mereka. Finally, buat keputusan dan terus bayar booking RM2k dengan Emraaz Agency. Selebihnya perlu dijelaskan sebulan sebelum pergi. Alhamdulillah, kita pasang je niat, Allah terus hantar rezeki mencurah-curah. Kos yang zura sponser hampir 20k.
Mak dan Ayah Puan Azura di tanah suci❤
Menitis air mata dan terpancar wajah gembira di raut wajah suci mereka. Allahu
10. Apa saranan/cadangan untuk wanita di luar sana:
๐น Jom sertai kami di TWB. Terlalu banyak peluang untuk anda jana income tak kisah la nak full time ke part time ke. Once anda dah join dan faham lubuk2 duit yang ada, anda akan rasa untung sangat2 bila menjadi salah seorang ahli dan #AlumniTWB.
Thank U Allah.. Next, jom kejar untuk 2 tiket ke korea tajaan sepenuhnya shaklee ๐ช๐ผ
Haaaa..Itulah kisah Kak Zura seorang #AlumniTWB yabg kini boleh tersenyum puas hasil dari bisnes Mobile Spa yang dijalankanya..Kini, dia bangga mengatakan bisnes Mobile Spa TWB ni bukan bisnes yang biashe-biashe..Tapi sungguh luar biasa.Banyak impianya tercapai hasil dari bisnes yang awesome ni..
Thats why, dalam TWB, Founder amat titikberatkan 'Result Matter'..Dalam TWB kami ada PROVENT RESULT/SUCCESS yang boleh dijadikan panduan dan ikutan sebab misi utama Projek Spa TWB adalah untuk 'Empowering Women'..
So, apa tungu lagi..Jom lah jadi sebahagian dari kami..Kita sama2 capai impian kita..
TWB menjadikan wanita hebat, berjaya dan mampu untuk berdikari.
Hubungi Anim untuk tahu lebih lanjut tentang TWB
Puan Faridah Hanim Bt Mohd Yusoff
Alumni The Walking Beauty
Pengasas Hanim Beauty Spa
011-10973735
Facebook: Faridah Hanim
FB Page: Hanim Beauty Spa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan