Isnin, 14 Oktober 2019

Saya Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 5Kg dalam masa 17 hari sahaja!



Hai..Assalamualaikum semua..😁

Bertemu lagi kita dalam entri Anim kali ni..
Untuk entri Anim kali ni Anim nak share dengan anda semua tentang kisah kejayaan Anim sendiri dalam Program #JomDetoxJutawan iaitu Detox cara shaklee.

Kalau sebelum ni Anim ada share tentang TESTIMONI PESERTA #JOMDETOXJUTAWAN  yang kesemuanya memang berjaya turunkan berat badan masing-masing dengan jayanya dengan Program Detox Shaklee, dan kisah mereka sangat-sangat memberi inspirasi buat Anim.

Banyak sangat kelebihan atau kebaikan Detox yang bakal diperolehi jika anda melakukan detox dengan cara yang betul dan tersusun seperti Detox Shaklee ni..Ini kerana, program Detox yang dijalankan oleh Shaklee ni bukan seperti program detox yang lain dan ianya sangat terperinci. Thats why, kesanya yang diperolehi oleh setiap orang yang join program ini sangat mengkagumkan.

'ANIM BERJAYA HILANGKAN 5KG DALAM MASA 17 HARI DETOX'

Yes..Inilah pencapaian yang Anim dapat selepas mengikuti program #JomDetoxJutawan. Dan Anim sangat berbangga dengan pencapaian ini kerana sebelum join detox belum pernah Anim berjaya turunkan berat badan Anim sebanyak tu dalam masa yang singkat seperti itu..

Baca sini: APA ITU PROGRAM #JOMDETOXJUTAWAN


⭐ Kenapa Anim join #JomDetoxJutawan?

Inilah soalan yang Anim pernah dapat waktu mula-mula Anim decide untuk join program detox. Of course sebab utamanya, Anim berada dalam #TeamJutawan.😁 Dari situ, Anim sentiasa didedahkan dengan testimoni peserta-peserta detox yang mendapat keputusan yang sangat awesome. Memang tergugatlah lemak-lemak dibadan kalau tengok result kesemua mereka yang join. πŸ˜‚

Selain itu, faktor utama kenapa Anim betul-betul nekad untuk join program #JomDetoxJutawan ni adalah kerana ianya adalah satu program detox yang sememangnya TERBUKTI BERKESAN..Tiada peserta yang join tapi tak dapat hasil dari program ini..Kecuali cheating lah..Itu tak dapet den nak nolong lah..πŸ˜…

Honestly, Anim sebenarnya dah lama berusaha untuk turunkan berat badan Anim ni. Dah pelbagai program diet Anim ikuti dan lakukan seorang diri tapi hanya separuh jalan jer..Bila dapat turunkan berat 1-2kg dah mula rasa give up sebab rasa susahnya diet! Seksanya diet! Stressnya bila diet seorang diri ni..Bila tengok suami dan family makan sedap-sedap terus tewas dipertengahan jalanπŸ˜‚ Tambahan Anim yang masak dirumah of course cabaran untuk turunkan berat badan tu sentisa mendapat halangan dengan nafsu makan yang kuat..Anim tak nafikan, Anim memang suka masak dan suka makan..Masak tu memang passion Anim lah..Kalau ada jer resepi baru, konfem Anim akan try..Mana la badan tak membesar dengan jayanya..(Alasan kan..πŸ˜†)


Itulah keburukanya kalau diet seorang diri ni..Memang akan kelaut dalam lah jawabnya. Sampaikan suami Anim pun dah malas nak layan kalau Anim cakap Anim nak mula diet.. Dia akan ketawakan Anim sebab dia dah faham sangat dengan angan-angan Mat Jenin isterinya ni kalau berkaitan dengan misi turunkan berat badan..πŸ˜† TETAPI, ajaib sangat, dengan #JomDetoxJutawan Anim berjaya konsisten berjuang sehingga kepenghujungnya dengan jayanya..Sampaikan suami Anim pun terkejut dengan pencapaian Anim tu.  Bangga iols rasa..πŸ˜‰

Selain itu, Anim join #JomDetoxJutawan adalah disebabkan program ini adalah program Detox yang terperinci dan menyeluruh.


Kebanyakkan program DETOX hanya tertumpu pada detoksifikasi organ tertentu seperti usus sahaja dan tidak menyeluruh. 


Untuk dapatkan result yang terbaik, kita memerlukan program Detox secara menyeluruh untuk memastikan detoksifikasi dilakukan secara berkesan dan kesihatan optimum dapat dicapai! 



Oleh sebab itu, #TeamJutawan bekerjasama untuk memastikan detox secara holistik ke atas system detox tubuh. So menu #JomDetoxJutawan adalah dari Nutritionist dan di endorsed oleh Doktor. Bukan suka suki aje tau..




Manakala, banyak program detox lain hanya tertumpu pada usus aje. padahal organ utama detox kita ada 5. Rugi sangat sekiranya kita hanya tumpukan kepada Usus sahaja untuk detox, padahal ada 5 lagi organ yang sama pentingnya untuk didetoks.




Cantikkan Allah jadikan kombinasi struktur tubuh kita. Terpulang kepada anda bagaimana anda nak menjaga dan manfaatkan amanah Allah ni.


⭐Apa sebab Anim berjaya konsisten bersama dan dapat turunkan berat badan Anim dengan #JomDetoxJutawan?

Sebenarnya, dah lama Shaklee perkenalkan program Detox ni. Dan sememangnya dah ramai yang berjaya detox dengan set detox shaklee ni. Tapi ada kelainan dalam #JomDetoxJutawan yang sememangnya ia memang lain dari yang lain. Hanya di #JomDetoxJutawan anda akan menikmati program detox yang begitu enjoy sebegini. Ianya adalah ilham/idea dari founder #JomDetoxJutawan iaitu Master Laila Mukhtar.


Founder #JomDetoxJutawan,Puan Laila Mukhtar. Slim dan cantik kan..😍


Misi utama program #JomDetoxJutawan ni adalah untuk Sihatkan Semua Rakyat Malaysia.Dan tagline untuk program ini adalah EDUCATE AND TRANSFORM dan sememangnya ia sangat sesuai dengan #JomDetoxJutawan.  Oleh sebab itu, pengisian program #JomDetoxJutawan ni sangat menarik dan tersusun dan berjaya menarik ramai untuk join program Detox ni termasuklah Anim.  😁


Menariknya dalam program #JomDetoxJutawan, anda akan menikmati program selam 17 hari sahaja yang terbahagi kepda 3 fasa iaitu:-



Fasa 1 (Pre-Detox)Tempoh untuk prepare tempoh detox. Bantu anda untuk ubah mindset.



Fasa 2 (Detox): Tempoh anda detox dengan MEALPLAN yang telah disediakan. 


Fasa 3 (Post-Detox): Siapa yang buat detox betul-betul akan mula dapat merasai resultnya seperti badan lebih cergas, berat badan berjaya diturunkan, kulit cantik dan nampak lebih muda dan sentiasa cergas pada fasa ini. 

Fasa inilah yang menjadikan program #JomDetoxJutawan ni sangat menarik dan istimewa kerana badan kita tidak akan terus 'terkejut' dengan proses detox yang dijalankan dan ianya berperingkat. Hasilnya, anda akan menikmati proses detox dengan tenang dan happy tanpa stress..

Bila Anim join #JomDetoxJutawan banyak sangat kelebihan yang Anim dapat antaranya:-


1) Support group yang aktif selama 17 hari. Pakat kurus ramai-ramai baru syok! Buat dengan gembira dan tak stress langsung. 


2) Dapat guide, info dan monitoring dari Detox Coach bertauliah. Ada masalah boleh tanya. Jadi, Anim tidak kemurungan makan pisang sorang-sorang πŸ˜‚ 


Ini adalah barisan Coach Jom Detox Jutawan yang sangat hebat. Mereka sentiasa beri support kepada peserta Jom Detox Jutawan.



3) Ada Detox Meal Plan oleh nutritionist bertauliah, approved by doctor. Ada reason di sebalik menu tiap hari. Program ni bantu ubah lifestyle kepada healthy lifestyle. Jadi rutin diri. Jadikan HABIT dan kebiasaan harian. Inilah yang Anim follow sepanjang detox dan ternyata berkesan sangat untuk turunkan berat badan Anim. Suka!


Amacam...lazatkan Menu Jom Detox Jutawan



4) Program detox ni fokus Buang Toksin berkurun dalam badan yang boleh sebabkan sakit kronik. Bonus turun berat, kulit cantik dan badan sihat.


5) Ada guide step by step setiap hari. Hanya ikut betul-betul setiap step. InsyaAllah banyak turun berat dan inchloss.


6) Dapat guide senaman yang betul. Nak kecikkan bahagian mana? Nak kempis bahagian mana? Nak hilangkan spare tyre. Semua ada panduan yang betul supaya dapat impak yang berkesan. 


7) Bila turun berat automatik muka semakin cantik & hensem, kulit glowing dan nampak makin muda. Yang ni paling best!

Itulah serba sedikit pengalamana Anim join #JomDetoxJutawan pada batch 5.0. Pengalaman yang sangat menarik dan Anim rasa happy sangat kerana dipertemukan dengan program detox yang sangat best ni. Banyak sangat kesan positif yang Anim dapat hasil dari program ini antaranya:

❤Berat badan berjaya diturunkan sebanyak 5kg dalam masa 17hari. Kalau tak sebelum ni nak turunkan 2kg pun sakit dan seksa serta stressπŸ˜‚
❤ Sedikit sebanyak dapat ubah lifestyle Anim dari kurang sihat kepada yang lebih sihat. Lebih menghargai kesihatan berbanding sebelum join program detox. Kalau tak, dulu asalkan nampak makanan yang sedap, makan memang tak ingat dunia..Tapi sekarang dah boleh control..
❤Kulit muka makin sihat dan glowing. Tak kusam. Ramai yang tegur nampak lebih berseri-seri..
❤ Badan rasa lebih bertenaga dan cergas jer..Kalau tak, rasa lemau sangat dan asyik nak tidur jer kejanya..
❤ Mood lebih stabil dengan anak-anak dan keluarga..Kalau dulu, mudah nak marah dan stress.
❤ Berat badan tak mudah rebound walaupun makan sedap kekadang. Berat susah nak naik lepas detox.
❤ Dan dengan penangan Detox, Anim berjaya hamil dengan mudahnya..πŸ˜‚Subur sangat lepas detox. Yelah..Toksin yang ada dalam badan berjaya disingkirkan dan menjadikan badan kita sangat fresh!

Oleh itu, Anim amat sarankan untuk anda yang nak sangat turunkan berat badan atau nak kurus jom join #JomDetoxJutawan.  Inilah permulaanya untuk anda ubah badan dan diri anda. Jika sebelum ni anda sering terkandas di tengan jalan dalam misi untuk kurus dan sihat, kali ni dengan #JomDetoxJutawan anda pasti berjaya. Yang  penting anda betul-betul nekad dan berjuanglah bersama #JomDetoxJutawan. Dengan JOM DETOX JUTAWAN mempunyai kelebihan dan cara yang untuk anda lebih SIHAT dan KURUS.

Sekian saja perkongsian Anim untuk kali ni..Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau pertayaan berkaitan, jangan malu untuk terus contact Anim yer..Anim sentiasa ada untuk membantu anda..In shaa Allah..😍


Faridah Hanim Binti Mohd Yusoff

011-10973735

Bekas peserta #JomDetoxJutawan Batch 5.0

Berjaya hilangkan berat badan sebanyak 5kg dalam masa 17 hari

Misi untuk turunkan lebih banyak kg dan inci bersama #JomDetoxJutawan

Team Jutawan

Your Trusted Shaklee Independence Distributor
(1284824)













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 5Kg dalam masa 17 hari sahaja!

Hai..Assalamualaikum semua..😁 Bertemu lagi kita dalam entri Anim kali ni.. Untuk entri Anim kali ni Anim nak share dengan anda...