Rabu, 25 September 2019

Mentor Bisnes Saya



MENTOR..
Siapakah beliau?
Apakah peranan beliau?
Pentingkah beliau?
Kenapa perlu ada beliau untuk kita berjaya?
Apakah fungsi beliau?
bagaimanakah beliau dapat membantu kita?

Ok..Dalam entri Anim kali ni Anim nak berkongsi dengan anda siapakah Mentor Bisnes Anim dan kenapa dan atas sebab apa Anim jadikan dia MENTOR Anim..Nak tahu? Jom luangkan masa anda bersama Anim.😁 Perkongsian Anim kali ni bukan saja2 tau..Ada manfaatnya juga untuk anda..In shaa Allah.

Sebelum Anim pergi jauh lagi dalam perkongsian Anim ni, Anim nak terangkan dulu apakah yang dimaksudkan dengan MENTOR ni sebenarnya..

Secara ringkasnya, Mentor bermaksud penolong @ penasihat. Berasal dari perkataan Greek yang bermaksud rakan, kaunselor atau guru yang boleh kita percayai dan biasanya terdiri dari orang yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan luas dalam memberikan pertolongan untuk menambahbaikan lagi prestasi anak didiknya.



Contohnya, dalam proses kita membesar, siapakah mentor kita? Of courselah mak dan ayah kita. Merekalah yang bertanggungjawab memberi pengetahuan dan berkongsi pengalaman mereka bagi menjadikan kita dewasa seperti hari ni. Tanpa nereka adakah kita mampu menjadi seperti sekarang? Itulah yang dimaksudkan dengan mentor. Orang yang bertanggungjawab membantu kita untuk berjaya. 

Penting ke Mentor ni kepada kita?
Kalau kita dapat lihat dan perhatikan, semua yang berjaya pasti akan ada mentornya. Dari situ, kita dapat lihat betapa pentingnya seorang mentor untuk membantu kita untuk berjaya sebenarnya. 

Kenapa yer agak-agaknya?
kalau nak diikutkan, pada zaman yang serba canggih ni, kita boleh jer belajar dari buku, belajar dari video @ youtube atau baca blog orang-orang berjaya untuk kita dapatkan ilmu. Tapi kenapa kita masih perlukan mentor yang 'real' untuk bantu kita berjaya samada dalam bisnes atau pekerjaan yang kita lakukan? 

Ini kerana komunikasi 2 hala antara kita dengan mentor akan lebih berkesan penyampaianya dan penerimaanya berbanding komunikasi sehala jika kita hanya membaca buku @ menonton video. 

Dalam konteks bisnes pula, jika nak berjaya sememangnya kita amat memerlukan mentor kerana tanpa mentor kita takkan dapat pergi jauh. Ini kerana dalam berbisnes pengetahuan sahaja tidak mencukupi kerana ia memerlukan pengalaman yang luas juga untuk pastikan kita boleh bergerak maju. Dari mana kita nak dapatkan pengalaman jika kita masih baru dalam dunia bisnes? Jawapan yang tepat untuk soalan itu adalah dari MENTOR. Yes...Mentor lah yang akan berkongsi tentang pengalaman mereka dalam bisnes supaya ianya boleh dijadikan panduan oleh yang masih baru dalam bisnes seperti kita. Dengan pengalaman yang mereka ada memudahkan kita untuk lebih bersedia dalam dunia bisnes yang ada naik turunnya ni(cabaran).

Apakah peranan MENTOR dalam Bisnes?

⭐ Mentor membantu mempercepatkan kejayaan kita. 
Kalau dalam bisnes selalu disebutkan mentor adalah 'short Cut' untuk kita berjaya. Mentor akan membimbing kita untuk melakukan apa yang patut dan mengingatkan kita apa yang tak patut dilakukan untuk kita berjaya. Dengan adanya mentor, mudah untuk kita berjaya dengan lebih cepat kerana adanya mentor yang akan memantau dan membantu kita. 

⭐ Mentor ada untuk mengurangkan risiko melakukan kesilapan sama berulang kali. 
Mentor adalah seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas. Kalau orang tua-tua kata,' mereka dah makan garam terlebih dahulu dari kita'. Thats mean, mereka dah ada pengalaman dulu sebelum kita. Dari situ, mereka takkan membiarkan kita melalui kesilapan yang sama berulang kali.  Dari situ, kita dapat menjimatkan waktu, wang dan tenaga kita.

⭐ Memntor juga memberikan kita pengalaman dan pengalaman yang mereka ada adalah sangat bermakna dan mahal. Dari pengalaman yang mereka adalah dapat membantu kita untuk berjaya.

⭐ Untuk berjaya dalam bisnes, kita mesti mempunyai mentor. Sering kita dengar, untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita ceburi kita wajib ada mentor. Dari situ, kita dapat belajar darinya.

⭐ Memastikan rancangan berjalan dengan lancar.
Buat planning dan tunjukkan pada mentor. Tanpa mentor pasti akan ada perkara yang kita akan terlepas pandang atau tidak bersedia menghadapinya.

Oleh sebab yang demikian, Anim juga mempunyai mentor dalam bisnes yang sedang Anim jalankan sekarang iaitu bisnes Shaklee. Dan impian Anim adalah ingin berjaya seperti mereka. Anim yakin Anim mampu untuk berjaya seperti mereka kerana mereka akan tunjukkan jalan kepada Anim bagaimana untuk jadi seperti mereka.

Anim perlukan mentor-mentor Anim ni kerana Anim nak
❤Berjaya dalam bisnes Anim ni.
❤Anim nak besarkan team Anim
❤ Anim nak belajar macam-macam skill, ilmu dan kemahiran untuk memberi manfaat kepada orang lain pulak.
❤ Nak ubah hidup Anim menjadi lebih baik
❤ Nak cari duit banyak2 dan kumpul aset
❤ Berbisnes tapi pada masa yang sama mendapat keredhaan Allah
❤ Belajar berbisnes yang boleh manfaat kepada orang lain juga.
❤ Berbisnes tapi mampu memilili kereta idaman dan travel dengan tajaan sepenuhnya secara mewah dengan PERCUMA

Dan untuk pastikan Anim boleh mencapai apa yang Anim nak diatas, Anim perlukan mentor dan Anim dah pun ada.Siapakah mereka? jom Anim kongsikan dengan anda.Mana tahu, lepas ni anda pulak akan jadikan Anim mentor disebabkan mentor-mentor Anim yang sangat hebat ni..😁

Sebenarnya, kalau ikutkan dalam team bisnes Anim iaitu #TeamJutawan yang Anim sedang bernaung sekarang mempunyai 10 orang mentor yang kesemua mereka mempunyai berpengalaman luas dalam bisnes yang sedang Anim jalankan sekarang. Tetapi, untuk mentor yang betul-betul Anim dapatkan pertolongan dan bantuan secara direct adalah dari 3 orang iaitu Master Athirah, Master Ainul Sharazad dan juga Master Zahirah.

Jom kenali mentor bisnes Anim dan apakah keistimewaan yang mereka ada.


πŸ’• Master Athirah




Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab berjaya mempengaruhi Anim untuk memilih shaklee sebagai bisnes Anim kerana sepanjang Anim duk 'skodeng' Facebook beliau, tidak pernah sehari pun beliau berhenti berkongsi tentang Shaklee. Dari tak kenal apa tu shaklee dan apakah bisnes shaklee ni yang sebenarnya, Anim terus mendapatkan semua maklumat hanya dari FB beliau. Nampak kan disitu beliau adalah seorang yang sangat konsisten berkongsi dan memberikan pengetahuan.

Bukan itu sahaja, beliau juga tunjukkan jalan bagaimana untuk berjaya dalam bisnes shaklee ni dengan pengalaman sebenar yang beliau tempuhi..Dari zero to hero beliau tunjukkan jalannya dan setiap perjalananya dalam bisnes shaklee ni beliau akan tunjukkan contoh bagaimana beliau berjaya lakukan perkara tersebut sehingga berjaya.

Seorang yang mempunyai tahap motivasi yang tinggi dan sentiasa positif. Beliau juga suka memberi setiap ilmu yang beliau ada tanpa jemu dan tak kedekut langsung kot. Sentiasa ada masa untuk setiap anak bisnesnya walaupun dia sibuk sebenarnya.

Dan yang paling Anim suka tentangnya, walaupun beliau masih muda (muda dari Anim sebab sebenarnya beliau merupakam junior Anim ketika belajar di universiti dulu), tapi beliau berpandangan jauh dan suka memberikan inspirasi kepada Anim dan orang lain dengan caranya yang teratur dan tersendiri.

Dan, akhirnya Anim membuat keputusan untuk mulakan bisnes dengan beliau melalui projek hebat yang ada dalam team kami iaitu projek spa bergerak/spa tanpa kedai, The Walking Beauty yang diasakan oleh kakaknya sendiri Master Ainul Sharazad.

Anim mula membuat keputusan untuk berbisnes denganya kerana Anim yakin beliau mampu untuk bantu Anim capai setiap impian Anim kerana beliau dah berjaya buktikan setiap orang yang mempunyai impian pasti akan berjaya.

Antara pencapaian terbaik yang beliau berjaya lakukan sebelum beliau mencecah umur 30an adalah:-

🌱 Berjaya beli kereta idaman Audi Q5.
Kalau ikutkan, dia mula memasang impian untuk memiliki kereta idamanya ni ketika dia baru berkecimpung dalam dunia bisnes dan ketika itu bonus shaklee beliau tak sampai 4 angka pun lagi. Tapi, beliau berani untuk memasang impian dan sampai akhirnya beliau berjaya buktikan beliau berjaya dapatkan kereta idaman beliau.




🌱 Berjaya langsaikan kesemua hutang PTPTN sebanyak RM30 ribu dengan bisnes shaklee
Yang ni pun antara pencapaian terbaik beliau kerana beliau berjaya langsaikan kesemua hutang pinjaman beliau hanya dengan menggunakan duit hasil titik peluh beliau dalam biasnes shaklee. Kalau beliau boleh buat, takkan Anim yang jadi anak didiknya ni tak boleh kan..Pasti boleh punya.

🌱 Berjaya memiliki rumah pertama hasil berkecimpung dalam bisnes shaklee
Yang inilah yang sentiasa menjadi panduan Anim bagaimana untuk berjaya sepertinya bagi memiliki rumah pertama Anim kerana impian terbesar Anim adalah untuk memiliki rumah sendiri pada suatu hari nanti. Dan ilmu yang beliau ada boleh Anim jadikan panduan dan dorongan  untuk Anim.

 πŸŒ± Sponsor ibu dan ayahnya hasil dari bonus shaklee
Best kan bila kita dapat bahagiakan mak ayah kita. Beri apa yang mereka inginkan. Yang ni lah yang selalu Master Athirah tunjukkan..Beliau selalu ingatkan untuk berjaya dalam hidup kita, ibu bapa perlu didahulukan. Dan beliau tunjukkan caranya dan beliau berjaya. Itu salah satu yang Anim suka tentang Master Athirah ni. Dia banyak mengajar Anim tentang pentingnya kita dahulukan ibu bapa kita untuk kita berjaya. Tq Master atas ilmu ni.

Itulah tentang mentor pertama Anim dalam bisnes yang Anim jalankan sekarang.

πŸ’• Master Ainul Sharazad



Beliau merupakan kakak kepada Master Athirah dan juga pengasas kepada projek hebat yang berjaya mempengaruhi Anim untuk join berbisnes iaitu The Walking Beauty. Dan keputusan yang Anim buat tu tak salah iaitu join berbisnes bersama #TWB kerana banyak yang Anim dapat belajar dari bisnes yang diasaskan oleh mentor Anim yang kedua ni..

Antara yang Anim belajar dari bisnes TWB ni adalah:-

πŸ€Setiap wanita wajib ada impian dan yakin mereka mampu mencapai setiap impian mereka.
πŸ€ Ilmu buat duit dengan mudah dengan bisnes yang semakin trending
πŸ€Mudahnya buat duit dengan bisnes spa yang disukai oleh semua wanita
πŸ€ Menjadi wanita yang kuat dan berdikari (bisnes untuk wanita)
πŸ€ Wanita juga mampu untuk berjaya.
πŸ€ Wanita perlu mementingkan kecantikkan dan menjaga penampilan diri agar lebih konfident.
πŸ€ Menjadi suri rumah/Working at  home Mum yang high class.
πŸ€ Berani untuk berimpian untuk pergi travel (Master Ainul seorang yang suka travel dan dia suka tunjukkan cara kepada anak didik beliau untuk sama-sama boleh travel)

Best tau join projek hebat yang diasaskan oleh Master Ainul ni. Anda bukan sahaja belajar untuk menjadi wanita hebat tapi anda akan sentiasa didedahkan dengan ilmu-ilmu mengumpul aset yang mana ilmu ni kesemuanya sangat mahal untuk belajar diluar. Tapi once anda dah join Anim #TeamJutawan, automatically anda juga berpeluang kesemua ilmu yang beliau ada secara percuma sahaja. Untung kan.

Master Ainul ni juga seorang yang sangat komited dan berwawasan tinggi dan tak mudah menyerah kalah. Apa yang beliau nak, beliau akan usahakan sampai dapat. Dengan izin Allah, beliau sentiasa dapat apa yang beliau inginkan.

Beliau sangatlah sporting dan tak kedekut ilmu langsung. Sentiasa membantu mendidik anak cucu bisnesnya tanpa jemu. Sanggup spend duit dan masa turun ke tempat anak cucu bisnesnya untuk memberikan ilmu tanpa mengira penat. Anim memang terharu sangat dengan semangatnya demi membantu anak cucu bisnes beliau.



Sama seperti adiknya, Master Ainul juga seorang yang sangat menyanjungi kedua ibu bapanya. Apa yang ibu dan ayahnya nak, beliau akan usahakan sampai boleh demi membahagiakan keduanya. Oleh sebab itulah rezekinya sentiasa bertambah dan tak pernah putus.

Sekarang,pada usia 36 tahun, beliau berjaya memiliki 6 buah rumah hasil bisnes shaklee yang beliau usahakan, dan sebuah kereta Marcedes Sport. Beliau sangat anggun!

πŸ’•Master Zahirah



Kalau diikutkan pada susur galur bisnes Anim ni, beliau merupakan pangkat 'moyang' kepada Anim. Tugas beliau adalah bagi memastikan setiap anak, cucu dan cicit beliau sentisa komited dalam bisnes shaklee ni..Beliau akan membantu dalam memantau prestasi setiap orang dalam susur galunrnya dan Anim tak terkecuali.😁

Beliau sentiasa ada untuk membantu jika emak atau nenek bisnes Anim sibuk dan beliau sangat tegas tau tapi baik hati. Impiannya adalah untuk pastikan semua anak, cucu dan cicitnya berjaya.

Sentiasa memberikan jalan dan panduan untuk berjuang dalam bisnea ni dan beliau tunjukkan jalan. Bukan membiarkan kita tanpa panduan.

Beliau suka memberikan kata-kata yang positif dan mengingatkan tentang hubungan kita dengan Allah. Memang takkan pernah lupa lah kerana dia sentiasa mengingatkan. Pagi-pagi dah mulakan dengan kata-kata positif yang membantu Anim terus kuat untuk berusaha. Memang terbaiklah mentor Anim yang ni. Sentiasa memeberikan solution terhadap permasalahan yang mungkin timbul dalam bisnes. Itulah Master Zahirah. Ikhlas ketika memberikan pertolongan.

Itulah mentor-mentor bisnes Anim yang mana kesemua mereka adalah sangat hebat dan Anim nak jadi hebat seperti mereka suatu hari nanti. In shaa Allah.

Anda nak juga nak bermentorkan mereka? Jomlah join Anim dan automatik anda juga akan mendapat mentor yang hebat ini. Percayalah mereka mampu menjadikan anda berjaya dengan setiap pengalaman yang mereka ada sepertimana Anim yang berjaya berubah menjadi lebih baik selepas bersama bisnes ni dan bermentorkan mereka.

Baca sini: Kisah kejayaan Anim dalam Bisnes setakat ni

Jika anda mempunyai sebarang kemushkilan atau pertayaan atau nak join Anim, terus contact Anim di talian:-

011-10973735

Faridah Hanim Binti Mohd Yusoff

Founder Hanim Beauty Spa
Team Jutawan
Alumni TWB
Leader of  Fantatstic Team
Road to Supervisor










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 5Kg dalam masa 17 hari sahaja!

Hai..Assalamualaikum semua..😁 Bertemu lagi kita dalam entri Anim kali ni.. Untuk entri Anim kali ni Anim nak share dengan anda...