Jumaat, 4 Oktober 2019

Kenapa Semua orang Perlu Detox?




2d5a4d_0222a4eae11a43349a0b810b121e8751

Di dalam kehidupan yang serba moden sekarang, banyak sumber asli yang dah tercemar. Dan yang inilah yang masuk ke dalam badan kita melalui makanan, minuman dan udara. Udara yang kita sedut sudah tidak bersih lagi. Makanan dan minuman yang kita ambil, kita fikir ia adalah makanan sihat tetapi sebenarnya ada bahan kimia.

Semua ini akan mengumpulkan toksin di dalam badan kita. Dan ia bukan perkara yang senang untuk membuangnya. Bayangkan, kita sudah hidup berpuluh-puluh tahun. Berapa banyak agaknya toksin dah terkumpul dalam badan kita.

Toksin inilah yang membawa penyakit kepada badan kita samada penyakit biasa mahupun penyakit kronik. Jadi untuk kekal sihat dan jauh daripada penyakit, kita perlu membuang toksin yang terkumpul dalam badan kita. 

Sebab itu, kita perlu melalui satu proses yang dipanggil Detox.
Proses Detox ni penting untuk memastikan badan kita dalam keadaan yang sihat dan bertenaga sepanjang masa. Jadi bagi yang masih tertanya-tanya perlukah detox walaupun luaran nampak sihat? Jawapanny adalah Yes! Sebab dengan keadaan sekarang ni luaran dan dalaman kita of course tercemar teruk.

 Detoks ni sangat penting untuk mengekalkan kesihatan tubuh kita secara menyeluruh. Perasan tak, kadang-kadang ada orang dah makan vitamin dah makan secara sihat, tapi masih lagi rasa cepat letih tak bermaya? Ada juga orang yang dah control makan dan bersenam, tetapi berat badan tetap susah nak turun. Dengan gaya hidup kita sekarang yang terdedah dengan banyak toksin dan radikal bebas, badan kita sebenarnya semakin bekerja keras untuk kekal sihat dan cergas.

Apabila tubuh badan kita melakukan detox dan seterusnya di isi dengan nutrisi yang lengkap, organ badan kita akan dapat berfungsi dengan optimum. Dan apabila badan kita bekerja dengan lancar dan mendapat khasiat yang lengkap, kita semua dapat menikmati kesihatan yang lebih baik. Oleh itu, amalan detox secara berkala adalah amat penting untuk kesihatan. 


Siapa Perlu Detox?

Jika anda mengalami salah-satu daripada simptom seperti di bawah, maka anda adalah termasuk dalam golongan orang yang perlu detoks. Bila tengok simptom-simptom ni, nampak gayanya semua dari kita perlu untuk detox betul tak? Sebab gaya hidup kita zaman sekarang ni memang sangat mencabar tak kira dari segi pemakanan, aktiviti fizikal dan stress level.
detox cara shaklee 2 (2)
Anda perlu DETOX jika anda mempunyai simptom-simptom di atas.


Selaras dengan keperluan untuk Detox ni, #TeamJutawan telah menjalankan satu program #JomDetoxJutawan dimana program ni telah membantu ramai orang mendapatkan kesihatan yang lebih baik sekaligus dapat mendidik mereka menjalani gaya hidup yang lebih sihat selepas habisnya program ni.

Baca Sini: KELEBIHAN JOM DETOX JUTAWAN

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada semua rakyat Malaysia tentang kepentingan melakukan detoks dari semasa ke semasa untuk kekal sihat, cergas dan bebas dari penyakit-penyakit moden kini. Program ini telah dikaji dengan mendalam untuk memastikan program ini benar-benar memberi kesan yang optimum kepada pengamalnya. #JomDetoxJutawan ni adalah DETOX  SHAKLEE dimana program ni menitikberatkan detoks tubuh secara terperinci dan menyeluruh di mana program ini bertindak untuk membantu  organ detoks kita untuk berfungsi dengan lebih baik dan optimum.
Antara organ detoks yang bekerja keras di dalam tubuh kita setiap hari ialah:

๐Ÿ€Paru-paru

๐Ÿ€Limpa

๐Ÿ€Hati

๐Ÿ€Sistem Penghadaman

๐Ÿ€Buah Pinggang

Kesemua organ detox ini berfungsi untuk membersihkan tubuh badan kita atau membuang toksin bagi memastikan kita kekal sihat.

Kesan yang diperolehi dari program #JomDetoxJutawan ini adalah:-

❤ Reset Sistem Badan

Selepas habisnya program detox, anda akan rasa lebih sihat dan bertenaga. Ini dapat menggalakkan aktiviti usus yang sihat, menyokong fungsi hati yang sihat, mendapatkan berat badan yang ideal, dan memberikan pembersihan semulajadi pada badan anda. 

❤ Penyerapan Nutrisi Yang Lebih Baik

Dengan mengurangkan toksin dalam tubuh, ia dapat membantu badan anda menyerap nutrisi / khasiat makanan dan supplement dengan lebih baik. Maka anda akan berasa lebih sihat, lebih bertenaga, dan lebih hebat!

❤ Kesihatan Yang Lebih Baik

 Apabila badan anda bekerja dengan bagus dilengkapi dengan nutrisi lengkap, anda akan mendapat kesihatan yang lebih baik!

BACA SINI: TESTIMONI JOM DETOX JUTAWAN


MENGAPA PERLU DETOX



manfaat detoks4 (2)
Seperti yang kita tau, detoks merupakan cara untuk kita boleh mengurangkan toksin berlebihan dalam badan dan mengoptimumkan fungsi organ detoks dalam badan. Dalam entri Anim kali ni Anim nak share dengan anda kenapa kita semua perlu detox dan apakah manfaat/kebaikan yang anda boleh dapat melalui detox dari #TeamJutawan.


Seperti yang Anim beritahu pada awal-awal entri Anim diatas, kita perlu detox kerana badan kita sering terdedah kepada toksin yang datang berpunca daripada persekitaran dalam aktiviti seharian kita, pemakanan yang bernutrisi rendah, dan juga tekanan dari gaya hidup kita sendiri. Pendedahan yang kerap boleh mengakibatkan kebolehan semula jadi tubuh kita menyingkirkan toksik terganggu. Ia mengakibatkan tompokan toksin dan mendorong kepada berbagai masalah kesihatan. Oleh itu, amat penting untuk kita melakukan detoks dengan kerap. Sekiranya anda mengikuti pelan detoks yang terancang, selamat dan elok seperti program #JomDetoxJutawan, ianya boleh memberikan anda perbagai manfaat dan kebaikan.





manfaat detoks (2)
1) MENGURANGKAN BERAT BADAN

Toksin memberi kesan buruk kepada keupayaan tubuh secara semula jadi untuk membakar lemak yang mengakibatkan kepada penambahan berat badan. Toksin yang terkandung di dalam badan boleh menyebabkan badan kekurangan daya metabolisme. Ini menyebabkan lemak-lemak senang terkumpul dan boleh membawa penyakit seperti penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Keupayaan badan untuk membakar lemak juga menjadi lemah dengan adanya toksin yang tinggi dalam badan. Dengan detox, ia akan mengeluarkan toksin yang terperangkap di dalam sel lemak. Dan ini sekaligus akan meningkatkan kadar metabolisme badan. Dengan melakukan proses Detox secara berkala dapat membantu dalam proses pengurangan berat badan sekaligus berjaya mendapatkan berat badan yang ideal. 


2) MELEGAKAN RASA KEMBUNG DAN SEMBELIT (KOLON YANG LEBIH SIHAT)

Pengumpulan toksin ini biasanya mengakibatkan seperti berat susah diturunkan dan kita akan rasa kembung dan yang lebih teruk lagi ia akan mengakibatkan kita mudah mendapat penyakit seperti penyakit kolon juga kanser kolon. Kolon adalah merupakan sistem kumbahan pada badan kita dan ia perlu dibersih serta dikosongkan bagi memastikannya berfungsi seperti biasa. Melalui detoks, kita boleh membersihkan kolon dan bukan sahaja melegakan masalah sembelit, ia juga mendorong kepada sistem pencernaan yang lebih sihat serta membuang sisa dan bahan kimia dari tubuh.



3) MENGEMBALIKAN KESTABILAN PADA SISTEM BADAN

Sistem penghadaman, sistem saraf, dan sistem hormon kami telah direka khas untuk bekerjasama membantu badan mencapai kesihatan yang optimum. Inilah yang badan kita mahu lakukan! Tetapi apabila kita bebankan mereka dengan toksin dan makanan yang tidak sihat, sistem ini tidak berfungsi dengan baik seperti yang sepatutnya dan kita jatuh sakit.

Dengan detox, kita akan mengembalikan semula kestabilan kepada sistem badan dan ini akan membolehkan sistem badan berfungsi dengan sempurna.



4) MENGURANGKAN NAFSU MAKAN
Membersihkan tubuh kita dari toksin yang tidak sihat serta menggantikannya dengan makanan bernutrisi tinggi akan memberi signal kepada minda untuk inginkan makan yang sihat dan bernutrisi. Lepas detoks, dah boleh say bye bye kepada kafein, gula dan lemak! Dan sekurang-kurangnya ucapkan “hello” kepada keinginanan nak makan makanan yang lebih sihat!

manfaat detoks5

5) KULIT LEBIH CANTIK
Kulit merupakan organ luaran kita yang terbesar dan ia melambangkan kesihatan dalaman kita. Kulit kita membantu dalam membuang toksin dan kotoran dengan cara berpeluh, dan apabila sistem serta kelenjar peluh kita dipenuhi dengan toksin, ia akan mendorong kepada pelbagai kondisi kulit yang tidak sihat termaksuklah jerawat. Sekiranya toksin terkumpul lebih cepat dari dibuang, lebih tinggi juga jumlah toksin yang terkumpul dalam darah kita. Detoks dapat membuang toksin dari dalam badan kita dan apabila ia tidak lagi terkumpul, kita akan dapat lihat perubahan ketara pada kulit kita. Bayangkan kulit yang bersih dan bersinar. Siapa tak nak kan?

6)  UNTUK KETENANGAN MENTAL DAN EMOSI

Akal yang sihat daripada badan yang sihat
~ pepatah arab
Tertekan? Adakan toksin benar-benar mempunyai kaitan? Ya, apabila tubuh anda dipenuhi toksin, minda kita akan turut sama tertekan. Apabila toksin terbina dalam tubuh kita, kebolehannya untuk menyerap nutrien juga akan menurun dan tubuh akan mengeluarkan hormon yang digelar Kortisol untuk memberitahu “Apa masalah dengan badan ni?”. Jadi, jika badan telah mengeluarkan toksin, badan kita boleh beritahu semula kepada Kortisol untuk bertenang dan biarkan tubuh kita untuk hilangkan tekanan.

Selain itu, apabila sistem badan telah diselaraskan dengan pembuangan toksin ia akan memberi kesan kepada mental dan emosi kita. Tiada lagi stress. Ini membantu kita membuat sesuatu dengan tenang.
Keputusan yang diambil menjadi lebih bijak, analisa akan menjadi lebih tepat dan kita akan lebih cenderung melihat sesuatu dari sudut yang positif.
7) MENGUATKAN SISTEM IMUNISASI


Toksin yang tersimpan dalam badan bertahun-tahun lamanya tu adalah penyebab penyakit. Racun serangga pada sayuran, bahan pewarna pada makanan, bahan kimia pada belas pembungkus makanan adalah antara contoh-contoh toksin yang dibawa masuk ke dalam badan kita.

Bahan-bahan ini akan memberi kesan kepada sistem pertahanan badan dan metabolisme kita menyebabkan penyakit senang hinggap. Dari situ sistem imunisasi akan menjadi lemah dan akan mendorong badan kita cenderung untuk mendapat demam dan selsema. Ini akan menjejaskan kualiti kehidupan dan jika berlarutan mungkin akan menjemput penyakit lain pula.
Detoks dapat membantu kita untuk menghindari toksin, malah badan kita akan lebih fokus dalam memperkukuhkan lagi sistem pertahanan semula jadinya! Jadi detox secara regular dapat meningkatkan sistem pertahanan badan.


8) TIDUR LEBIH LENA
Apabila kita melakukan detox secara berkala, In Shaa Allah toksin yang berada dalam badan kita dapat dikeluarkan. Manfaat yang kita dapat dari tu ialah membantu kita menikmati tidur yang lebih lena dan rehat yang lebih berkualiti.

manfaat detoks6




9) DAPAT MENCEGAH DAN MENGATASI PENYAKIT KRONIK



Mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Kita tak tau apa akan jadi dengan badan kita. Kita tak tau berapa banyak toksin terkandung di dalam badan kita. Jadi lebih baik kita mengambil langlah untuk membuang toksin sebelum ia menjadi punca kepada penyakit kronik kepada badan kita.
Kebanyakan penyakit kronik tiada tanda sebelum ia datang. Tiba-tiba sahaja ia menyerang. Langkah pencegahan dengan detox ini amat perlu.


10) MENINGKATKAN KUALITI KEHIDUPAN

Dengan badan yang sarat dengan toksin, sudah pasti kehidupan tidak seperti yang diharapkan. Sakit sendi, sakit kepala, tidak hadam makanan, masalah tidur, dan tidak bermaya adalah masalah biasa yang terjadi disebabkan toksin di dalam badan. Ini semua membuatkan kualiti hidup tidak sempurna. Detox dapat mengelakkannya…!

Secara kesimpulanya, kita semua perlu Detox bagi menjamin kesejahteraan hidup. Tapi pastikan program detox yang kita lakukan atau sertai adalah program detox yang melakukan proses Detox secara keseluruhan dan terperinci bagi menjamin kesan yang kita perolehi adalah yang terbaik. 

Dan oleh sebab itu, #TeamJutawan mengambil langkah paling hadan untuk membantu anda semua dapat menjalani proses detox dengan cara yang paling terbaik dan berkesan dengan program #JomDetoxJutawan. 

Jika anda ada sebarang kemusykilan atau pertayaan berkaitan Derox atau orogram #JomDetoxJutawan, boleh terus hubungi Anim yer. Anim akan cuba membantu anda sebaiknya.. In shaa Allah..

Jom Detox untuk mengoptimumkan kesihatan anda.
Mulakan langkah anda hari ini. 



Faridah Hanim Binti Mohd Yusoff

011-10973735

Your Trusted Shaklee Independence Distributor

Shaklee Kelantan

Shaklee By Anim

FB: Faridah Hanim















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 5Kg dalam masa 17 hari sahaja!

Hai..Assalamualaikum semua..๐Ÿ˜ Bertemu lagi kita dalam entri Anim kali ni.. Untuk entri Anim kali ni Anim nak share dengan anda...