Rabu, 9 Oktober 2019

Kenapa Suri Rumah wajib buat bisnes?




"Suri Rumah Wajib buat Bisnes"

Suri Rumah a.k.a.Suri hati Mr.Suami..Impian setiap wanita kerana mereka boleh menguruskan sendiri hal rumah tangga, dan melihat anak-anak membesar di depan mata dan mendidik anak-anak dengan acuan masing-masing..Tapi, dengan keadaan ekonomi masa sekarang, walaupun bergelar suri rumah, anda perlu ada 'pekerjaan sendiri' untuk memastikan anda mempunyai pendapatan sendiri. 

Tugas seorang suri rumah adalah tugas yang sangat murni..Tugas sebagai seorang suri rumah bukannya tugas yang mudah. Suri rumah boleh diibaratkan sebagai ketua dalam urusan rumah tangga kerana tanpa mereka, huru haralah rumah tangga. Namun selaku suri rumah, anda perlu selalu beringat..'Langit tak selalunya cerah'..Sediakan payung sebelum hujan'

Bukan untuk mendoakan apatah lagi meminta sesuatu yang buruk terjadi. Tapi adalah lebih baik kita sebagai suri rumah mempersiapkan diri dengan sumber pendapatan sendiri kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi dalam rumah tangga kita. contohnya seperti

👉 Suami dibuang kerja akibat majikan bermasalah
👉 Suami kemalangan atau sakit berpanjangan
👉 Dicerai oleh suami
👉 Hutang keliling pinggang
👉 Dihalau oleh tuan rumah sewa
👉 Anak-anak @ suami sakit
👉  dan bermacam -macam lagi yabg lain

Sebagai suri rumah, anda perlu ada pendapatan sendiri kerana dari situ anda boleh membuat simpanan dan persediaan jika berlakunya perkara yang tidak diingini. Anda tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada suami semata-mata walaupun sememangnya tugas menyara anda dan anak-anak adalah tanggungjawan suami. 

Menggalas tugas sebagai suri rumah tidak semestinya anda hanya perlu bergantung kepada sumber kewangan suami. Siapa kata jadi suri rumah kita perlu duduk saja tanpa buat sesuatu yang mendatangkan duit. Jika dulu, ibu yang tidak bekerja menguruskan keperluan keluarga sepenuhnya, tapi kini menjadi seorang suri rumah bukan bererti anda tidak mampu menyumbang kepada ekonomi keluarga. Alang-alang menjadi suri rumah tu, biarlah jadi suri rumah yang berduit. 

Kenapa Suri rumah perlu berbisnes dan mempunyai pendapatan sendiri?

🍁 Dengan mempunyai bisnes sendiri, kita mampu untuk ringankan beban tanggungan suami tambahan dengan kos sara hidup yang tinggi pada zaman sekarang ni. Dari situ, kita tidak hanya meletakkan 100% beban atas bahu suami kita seorang. Pahala pun daoat dan bertambah..😉

🍁  Dapat jana pendapatan tetap bulanan. Kita sebgai suri rumah, bila sudah dapat sepenuhnya rentak dalam bisnes, kita sudah boleh membuat anggaran pendapatan setiap bulan dengan lebih mudah. Dari situ mudah untuk kita merancang perbelanjaan dan simpanan kita hasil dari berbisnes tersebut. 

🍁 Dengan mempunyai bisnes sendiri juga memudahkan kita sebagai suri rumah menyusun plan kewangan dengan lebih mantap khususnya untuk menempuh hari tua. Pada zaman moden yang penuh perkara tak menentu, kita kena tahu bagaimana untuk membuat pelaburan jangka panjang dan simpanan. 

🍁 Dengan berbisnes juga membolehkan kita membina empayar bisnes yang boleh diwarisi. Dari situ, kira sebenarnnya telah mempersiapkan kehidupan kita dan anak-anak untuk masa hadapan. Bagaimana caranya? Pilihlah bisnes yang stabil, kukuh dan boleh diwarisi. 

Ok..Anda dah tahu kan kenapa suri rumah perlu berbisnes dan mempunyai pendapatan sendiri kan.. So, apa pula jenis bisnes yang boleh dilakukan sebagai seorang suri rumah? Disini Anim bantu senaraikan 5 ciri-ciri  bisnes yang patut suri rumah pertimbangkan untuk dijadikan pilihan. Antaranya:-

1) PRODUK YANG DIJAMIN BERKESAN

Jika ingin memilih jenis bisnes yang anda ingin mulakan, pastikan bisnes tersebut mempunyai produk yang dijamin berkesan dan dipercayai ramai.  Jika tidak, anda takkan dapat repeat order dan akhirnya bisnes tersebut tidak akan bertahan lama. 

Tapi anda juga perlu pastikan keberkesananya bagaimana. Adakah cukup dengan janji-janji company pengeluar produk tersebut sahaja atau apa lagi yang diperlukan untuk dijadikan sebagai bukti?

Caranya, anda kena tengok pada latar belakang company terlebih dahulu. 
Antara kriteria yang perlu ada pada produk yang dijamin berkesan adalah:-

👉 Ada pusat penyelidikkan dan saintis sendiri yang bertauliah.
👉 Jaminan keberkesanan produk ada dilampirkan dalam website company.(Sebagai bukti)
👉 Ada barisan pakar dalam bidang produk tersebut.
👉 Jaminan keselamatan yang sentiasa ditekankan.
👉 Bukti ada usaha dari segi duit dan ujian klinikal
👉 Dan mempunyai terlalu banyak testimoni berkesan

Jika ada seperti yang disenaraikan diatas, barulah anda pun berani untuk bagi jaminan pada pelanggan. Betul tak? So, sebagai permulaan, pilihlah bisnes secara bijak. Bukan sekadar mengikut trend.

2) PRODUK YANG TINGGI PERMINTAAN DAN DI JAMIN LAKU

Ciri yang kedua untuk memilih bisnes yang ingin dijalankan adalah anda perlu pastikan produk yang anda ingin jual tersebut mempunyai permintaan yang tinggi dan dijamin laku. 
Kita taknak produk jualan kita tersadai dan tidak mendapat perhatian. Dari situ susah untuk kita kembangkan bisnes dan mendapat keuntungan. 
Jadi, pilih produk yang evergreen.
Satu lagi, produk yang berkualiti tinggi akan tarik ramai pelanggan yang desperate. Mereka nak sangat beli sampai tak tawar.

3) TERUS BOLEH MULA
Pilih bisnes yang anda tak perlu ambil masa untuk mula. Tak perlu ambil masa kumpul modal, buka kedai, mohon lesen, gaji perkerja dan sebagainya.
Selepas anda daftar, terus anda boleh buat pemasaran dan dapatkan jualan segera.


4) BISNES YANG BOLEH MENGGUNAKAN SMARTPHONE DAN DIJALANKAN SECARA ONLINE

Bukan saja untuk pemasaran tetapi semua aktiviti bisnes tempahan, penghantaran, belajar, pengiraan keuntungan dan sebagainya. Jadi anda yang tak ada kenderaan atau mempunyai kekangan masa untuk mendapatkan stok direct dari HQ, anda boleh membuat pesanan dan pengeposan produk terus dari telefon. Itu adalah salah satu ciri bisnes yang memudahkan para suri rumah terutamanya kerana tidak perlu menyimpan stok dengan banyak.
Dan yang paling penting, pastikan platform online itu dah matang. Kalau tak asyik ‘hank’ pelanggan pun sakit hati.

5) ADA BUKTI ORANG YANG BERJAYA

Salah satu kriteria kita nak buat satu-satu bisnes ialah ada tak orang yang berjaya buat bisnes itu ? Kalau tak ada yang berjaya, baik jangan buat. Sebab anda akan asyik rugi dan buang masa.
Anda tak ada kelebihan mentor yang boleh ajar anda sampai berjaya. Sebab mentor pun tak wujud. Betul tak ? Kalau ada, itu bukti bisnes itu ada potensi besar untuk anda sama-sama berjaya.

Berdasarkan 5 ciri yang Anim kongsikan diatas, Anim boleh simpulkan bahawa SHAKLEE ada kesemuanya dan jika anda sebagai suri rumah ingin memilih berbisnes bersama shaklee, anda sebenarnya telah membuat pilihan yang bijak! Kenapa Anim katakan berbisnes bersama shaklee adalah pilihan yang bijak dan tepat?

Ini kerana shaklee mempunyai terlalu banyak kelebihan. Berbisnes bersama shaklee adalah sangat mudah dan simple kerana semuanya telah disediakan oleh shaklee untuk anda. Bermula dari info tentang produk, kelebihan produk mereka, kajian yang mereka jalankan dan segalanya disediakan untuk kita.

Bisnes Shaklee adalah bisnes yang bersistem. Ini bermaksud, segala urusan info berkaitan produk, promosi produk, brochure, poster, order dan termasuk urusan pos produk kepada pelanggan anda boleh lakukan dalam sistem yang disediakan.Mudah dan sangat cepat.!

Walau dimana pun anda berada, jika ada customer ingin mendapatkan produk shaklee dari anda, zasss anda boleh terus boleh order melalui sistem yang telah disediakan.

Selain dari itu, anda tidak perlu mengeluarkan modal yang besar untuk mulakan bisnes bersama shaklee..Hanya RM75 diperlukan untuk memulakan bisnes shaklee dan anda boleh terus mulakan bisnes setelah mendapat no ID dari shaklee.

Anda juga tidak perlu menyimpan stok yang banyak untuk jalankan bisnes ni kerana anda boleh terus order dari HQ jika ada customer inginkan produk dari anda. Kecuali ada yang meminta untuk COD kan produk. Itu memerlukan anda untuk mmenyimpan sedikit stok. Tapi ianya masih mudah dengan shaklee.😁

Yang paling menarik tentang bisnes shaklee adalah, anda takkan dibiarkan keseorangan dalam bisnes. Akan ada mentor dan support team yang akan sama-sama support bisnes anda untuk sama-sama berjaya.Walaupun ianya bisnes yang anda jalankan dan keuntungan adalah 100% milik anda, tapi mentor dan support team akan sentiasa bantu dan ajar anda untuk mencapai apa yang anda impikan dalam bisnes. Terbaik kan? Yes..Itulah shaklee!

Dalam Shaklee juga, terlalu banyak peluang yang ditawarkan untuk bisnes parner mereka antaranya "Peluang 3C" Apakah peluang itu?
Anda boleh baca sini:Peluang 3C dalam Shaklee

Anda juga akan sentiasa mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dalam semua hal berkitan bisnes melalui kelas, seminar dan talk yang dianjurkan oleh shaklee dan juga mentor2 hebat dalam bisnes shaklee dan ia kebanyakkanya adalah PERCUMA.


Bisnes Shaklee juga adalah bisnes yang evergreen dan sentiasa mempunyai permintaan. Produk kesihatan adalah produk yang sentiasa mendapat permintaan yang tingi. Produk shaklee bukan ubat, tapi supplement untuk kekal sihat dan bertenaga.

Di shaklee juga, produk yang dibangunkan adalah dengan kajian dan mendapat pengiktirafan dunia.




shaklee-difference


Bila berbisnes anda mungkin risau tentang kualiti produk yang dijual. Sebab bila produk tak berkualiti, pelanggan tak berpuashati. Lagi teruk produk akan dibanned atau syarikat kena saman.
Kelebihan bisnes Shaklee, produk yang dikeluarkan adalah berkualiti. Ia tak dikeluarkan sebelum dilakukan ujian kualiti. Selari dengan slogan Shaklee:-


Purity: Bahan mentah atau kandungan yang berkualiti serta priduk yang dihasilkan adalah selamat.

Potency: Kajian intensif dijalankan serta nutrient yang dihasilkan adalah berkesan.

Performance: Penyerapan yang lebih baik, untuk hasil yang lebih baik.

Perkara yang paling mengagumkan tentang kualiti Shaklee ialah Shaklee telah menjalankan Landmark Study. Iaitu kajian lapangan yang dijalankan untuk mengukur tahap keberkesanan produk Shaklee. 

350 ujian dijalankan pada bahan mentah / kandungan (botani) baru. Bagi mengesan pencemaran, racun serangga dan lain-lain

Lebih 250 ujian pengesanan racun serangga dijalankan bagi mematuhi peraturan United State Pharmacopeia

Lebih 100,000 ujian telah dijalankan setiap tahun bagi memastikan bahan mentah berkualiti, produk yang selamat serta nutrien yang berkesan

Shaklee telah melabur lebih 300 Juta (USD) dalam RnD dan banyak lagi.

Teruja kan. Kita nak berbisnes biar kekal. Risau tengah syok berbisnes, tiba-tiba produk telah ditahan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bukan sahaj rugi malah risau menganiaya orang.

So,  apa tunggu lagi..Ayuh semua suri rumah..Mari mulakan langkah hari ini untuk mula berbisnes. Jadilah suri rumah yang berduit. Dari situ kita boleh menyimpan untuk keperluan sendiri dan persediaan untuk hari-hari akan datang. Jadilah suri rumah yang boleh dibanggakan suami dan sekaligus menaikkan martabat kita sebagai seorang suri rumah tangga yang berpendapatan. 

Jika ingin memilih bisnes yang ingin dimulakan, jawapanya ada diatas..😁 In Shaa Allah, anda pasti akan rasa berbaloi dengan bisnes bersama Shaklee ni..Trust Me!

Jika anda ada sebarang pertanyaan atau persoalan boleh terus hubungi Anim.

Faridah Hanim Binti Mohd Yusoff

011-10973735

Suri Rumah yang berbisnes bersama shaklee

Shaklee Kelantan

Your Trusted Shaklee Independence
(Id No:1284824)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Saya Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 5Kg dalam masa 17 hari sahaja!

Hai..Assalamualaikum semua..😁 Bertemu lagi kita dalam entri Anim kali ni.. Untuk entri Anim kali ni Anim nak share dengan anda...