Halaman

Jumaat, 20 September 2019

Bagaimana Nak Join Program #JomDetoxJutawan (Detox shaklee)


Bismillahirrahmanirrahim..
Hai..Assalamualaikum..

Anim nak tanya anda beberapa soalan..Boleh tak?
Soalanyaaaa....

Pernah tak anda digelar 'Mak Cik' padahal masih muda?
Adakah anda sering digelar gemuk @tembam
Adakah anda sering merasa cepat letih?
Badan sering terasa lesu walaupun telah banyak rehat?
Adakah size baju yang anda pakai sekarang bersize XXXXXXXXXXXL?

Teringin tak....
Nak dapatkan berat badan ideal
Nak buang lemak-lemak degil yang telah lama bermaharaja lela di dalam badan
Nak dapatkan badan yang lebih cergas
Nak pergerakkan lebih aktif dan sempurna
Nak tukar size baju kepada M ataupun terus ke XS(Size paling kecil)😁
Nak turunkan berat badan tanpa perlu menahan lapar dan sengsara
Nak kurus dengan cara yang selamat
Nak improve tahap kesihatan kearah yang lebih baik

Kalau ada semua atau salah satu dari apa yang Anim senaraikan diatas bermakna anda patut baca entri Anim kali ni. 😁 In Shaa Allah entri Anim kali khas untuk anda bertujuan untuk membantu anda mengetahui cara-cara bagaimana untuk selesaikan semua permasalahan  yang ada.

Jangan risau, jangan rungsing dan jangan sedih yer..
Dengan #DetoxJutawan anda pasti dapat selesaikan semua masalah yang menghantui anda selama ni..Jom join kami..Tapi bagaimana caranya?
Jom Anim kongsikan dengan anda😁

Sebelum Anim kongsikan cara dan bagaimana untuk anda join program #JomDetox Jutawan, Anim akan terangkan hal-hal yang berkaitan Detox supaya anda lebih faham konsep dan tujuannya. Dari situ, mudah untuk anda membuat keputusanya nanti.😁

Ok..Lets.....

APA ITU DETOX?

Detox adalah suatu proses pembuangan toksin daripada badan melalui organ-organ detox badan.

SEBAB APA KITA PERLU DETOX?

Ada banyak sebab kita perlu Detox sebenarnya..Antaranya adalah:-

🍀Untuk mengurangkan berat badan kita
🍀Untuk membuang toksin daripada badan
🍀Untuk mencegah penyakit kronik
🍀Untuk meningkatkan sistem imunisasi badan
🍀Untuk memperlahan proses penuaan sebelum waktunya
🍀Meningkatkan kualiti kehidupan
🍀Meningkatkan tenaga
🍀Mencantikkan kulit
🍀Mengembalikan kestabilan kepada sistem badan

Jadi, dengan DETOX yang betul, kita dapat membantu sistem badan kita berfungsi dengan lebih baik dan secara tak langsung tahap kesihatan kita akan bertambah baik. 
Detox ni sebenarnya bukan semata-mata bertujuan untuk turunkan berat badan tetapi dengan melakukan detox penyakit pun akan mula berkurang. Yang penting, anda perlu pastikan detox yang anda lakukan tu dilakukan secara menyeluruh ataupun tidak.

APA ISTIMEWANYA PROGRAM JOM DETOX NI BERBANDING YANG LAIN?

🍎 Program #JomDetoxJutawan ni adalah program yang menyeluruh(holistic)
 dimana kami cover kesemua organ detox seperti hati, limpa, paru-paru dan bukan hanya fokus kepada satu organ detox sahaja. Secara tak langsung, kesanya akan lebih hebat dan maksimum.

🍎 Program ni adalah program buang toksin dalam badan. Dari situ proses penurunan berat badan akan jadi lebih mudah.

🍎 Program ni merangkumi 3 aspek iaitu
1. Pemakanan yang betul
2. Gaya hidup yang lebih sihat
3. Supplement yang diperlukan oleh badan

Dengan penekanan terhadap 3 aspek ini, anda akan mampu untuk mengubah tahap kesihatan dan hidup anda kearah yang lebih baik selepas habisnya proses detox atau program ni. In Shaa Allah..Itu matlamat utama program #JomDetoxJutawan ni.


BAGAIMANA PROGRAM #JOMDETOXJUTAWAN NI DIJALANKAN?

Ha..Mesti anda akan tertanya-tanya bagaimana program ni dijalankan..Program ni adalah program selama 17 hari yang merangkumi 3 fasa.

🌱 Fasa 1 (Pre-Detox)
Iaitu tempoh untuk prepare badan kita untuk lebih bersedia menempuhi waktu detox dan juga untuk kita ubah mindset kita. Dalam fasa ni coach akan ajar kita step by step cara bagaimana untuk mula kurangkan pengambilan makanan atau minuman rutin kita yang mungkin tidak sihat dan tidak sesuai diambil.

🌱 Fasa 2 ( Detox)
Tempoh kita detox dengan meal plan yang telah disediakan. Waktu ni coach akan pantu setiap makanan yang anda ambil supaya proses detox berjalan dengan lancar dan mendapat result yang terbaik.


🌱 Fasa 3 ( Post-Detox)
Pada tempoh ni, jika anda ikut semua rules & regulation sepanjang proses detox berjalan dan lakukan detox seperti yang dicadangkan dan disuruh oleh coach, anda pasti akam dapat result yang terbaik seperti badan akan jadi lebih cergas, berat badan continues turun, kulit akan lebih cantik dan nampak lebih muda serta banyak lagi effect best yang lain. Just name it. In Shaa Allah.

APA YANG ANDA AKAN DAPAT BILA JOIN PROGRAM #JOMDETOXJUTAWAN NI?

Kalau kita nak join sesuatu program of course kita nak tahu apa yang kita akan dapat dari program tu kan..Ok..Dont worry..Disini Anim senaraikan apa yang anda akan dapat bila join program ni.

1. Of course la dapat turunkan berat badan anda sekaligus dapat mengurangkan inci pada
badan anda. Bila berat badan turun automatik muka makin cantik dan hensem, kulit makin glowing dan nampak lebih muda. Pada masa yang sama, dapat membuang toksin yang dah lama bersarang dalam badan anda dan kerana toksin itulah pelbagai penyakit menyerang. Scary sangat kan. So, cepat-cepatlah detox yer.

Terus nampak cantik lepas detox😁


Nampak awet muda gittuuu..😁


2. Support group yang aktif selama 17 hari. Pakat kurus ramai-ramai barulah bersemangat. Tiadalah istilah 'diet kelaut' bila buat secara beramai-ramai kerana anda akan jadi lebih bersemangat dan gembira serta tidak stress.

3. Anda juga akan dapat guide, info dan monitoring dari coach detox yang berpengalaman dan bertauliah.Jika anda mempunyai sebarang masalah atau kemusykilan sepanjang detox anda boleh terus bertanya. Tiadalah istilah kemurungan terjadi..😅

Barisan coach yang berpengalaman dan sangat komited untuk membantu anda

4. Anda akan dapat dan disediakan dengan Detox Meal Plan oleh nutritionist yang bertauliah dan approved oleh doktor. Setiap menu dalam Meal Plan yang disediakan tu mempunyai reason yang tersendiri. Program ni bantu untuk ubah lifestyle kepada lifestyle yang lebih sihat dan baik untuk jadikan HABIT.



5. Anda juga anda akan dapat guide step by step dari coach setiap hari. Anda hanya perlu ikut betul-betul setiap step dan in shaa Allah banyak penurunan berat badan dan inciloss.

6. Anda juga akan disediakan dengan jenis senaman yang bersesuaian dan betul bagi membantu proses penurunan berat badan berjalan dengan lebih laju dan banyak. Nak kecikkan bahagian mana? Haaa..sila ikut dan buat senaman yang dicadangkan. 😁

Ok..Best kan program #JomDetoxJutawan ni..Macam-macam yang anda akan dapat bila join..Rugi kalau anda masih berkira-kira untuk join tu..Bukan hanya kurus jer yang anda akan dapat tapi macam-macam lagi benefits lain yang pastinya akan membuatkan anda teruja.

Dah tahu apa yang anda akan dapat, now, lets go untuk mengetahui bagaimana untuk join program yang super best ni..

BAGAIMANA UNTUK JOIN #JOMDETOXJUTAWAN?

Mudah jer stepnya..

1. Anda perlu membeli produk-produk detox. Anda boleh pilih mana-mana set detox seperti gambar di bawah👇 Ada dua set dalam set detox yang #JomDetoxJutawan sediakan dan anda boleh pilih set yang mana anda berkenan.

SET GOLD

SET PLATINUM


Ada 2 set detox yang berbeza yang mempunyai berbeza fungsi.

SET PLATINUM DAN SET GOLD

kalau tanya Anim set mana yang terbaik of course Anim akan suggest Set Platinum. Ia set terbaik untuk program detox kerana ada Vivix didalamnya. Vivix adalah Hero Shakklee.


2. Pembelian yang sah mestilah dibuat sama ada daripada distributor shaklee yang ajak anda masuk ataupun daripada ahli group JUTAWAN. Jika anda beli dari orang luar atau bukan dari susur galur under JUTAWAN anda tidak layak untuk masuk group coaching 17 hari .Rugilah kan..Ibarat buat detox sorang-sorang tanpa guide. 😂 Nak lagi senang, contact jer Anim dan Anim akan bantu anda kerana Anim merupakan salah seorang ahli group #Jutawan.

KENAPA PROGRAM DETOX #JOMDETOXJUTAWAN PERLUKAN SUPPLEMENT?

Detox tanpa supplement ni ibarat kita basuh baju tanpa gunakan sabun. Nak baju bersih tak? Nak baju wangi tak? of course kena gunakan sabun.

Itulah fungsi supplement dalam program detox ni. Bertindak sebagai 'sabun' untuk membantu proses pembersihan berjalan dengan lebih lancar dan menyeluruh.

Dan yang paling penting, supplement akan bertindak untuk menampung nutrisi ketika proses detox dilakukan kerana ketika ini kita akan kurang makan. Dan pada masa yang sama supplemnet akan support organ detox kita.


KENAPA PROGRAM #JOMDETOXJUTAWAN MEMILIH SHAKLEE SUPPLEMENT DAN BUKAN YANG LAIN?

Jawapan kepada persoalan ni ialah kerana shaklee memang company suplemen terbaik.



Kenapa Anim cakap Shaklee ni company supplement terbaik?

Sebab pertama: Shaklee ada landmark study.

Landmark study ni bahasa mudahnya ialah kajian saintifik yang dilakukan oleh para saintis terhadap produk-produk mereka. Yang bestnya, kajian saintifik dilakukan ke atas manusia tu sendiri . Kajian bukan dilakukan ke atas haiwan.

Result kajian semua ada di publish di website tertentu(anda boleh google) dan semua result kajian adalah sangat-sangat memberangsangkan

Sebab kedua : Satu kualiti. Satu lagi halal.

Semua produk Shaklee adalah halal. Semua produk Shaklee juga adalah selamat digunakan dan mendapat kelulusan dari KKM.

Kira nya, Shaklee ni bukan produk cikai. Sebab semua produk keluaran Shaklee ni, semua dah ada kajian klinikal ke atsnya.

Shaklee mementingkan kualiti. Jadi, bila produk tu sendiri berkualiti tinggi, keberkesanan nya pasti tak akan diragui.

Bayangkan, shaklee buat skincare pun tanpa 2500 bahan kimia bahaya.

Baru-baru ni, yang kes di pasir gudang. Ramai terhidu bahan kimia tak sampai 2500 pon boleh muntah dan mengalami pelbagai masalah lain.

Kalau ada 2500 bahan kimia dlm vitamin, bagaimana pulak jadinya? Sebab tu kena pilih the right.

Ni sijil halal Shaklee.



Sijil halal Shaklee 2019 ini telah dikeluarkan pada 10 January 2019 oleh Islamic Services of America (ISA). Islamic Services of America (ISA) tersenarai sebagai salah satu badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM tau.

Setiap tahun sijil perlu diperbaharui. Sijil ni sah digunakan sepanjang tahun 2019. Untuk tahun 2020 tahun depan, diorang akan renew balik sijil ni.

Untuk pengetahuan semua, setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereka mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk.

Memiliki sijil halal ini menunjukkan komitmen Shaklee bagi menjamin produknya bersih dan halal seiring dengan keperluan penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Islam.

Pengeluar sijil halal akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik sijil ini pada bila-bila masa sekiranya Shaklee tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Kalau nak samakan Shaklee dengan produk lain, memang tak sama. Anda boleh cek sendiri kekuatan Shaklee berbanding jenama lain. Shaklee is the best.

Lagi satu, Program detox ni dah dikaji dengan mendalam dan ianya dah disusun oleh para saintis dan doktor dalam shaklee.

Selagi tak diluluskan oleh mereka, meal plan ni kita tak boleh guna.  Even kalau rujuk mana-mana medical doctor kat Malaysia ni pun, doktor akan cakap just proceed. Takde masalah dengan meal plan tu. Doktor pun support.

Terbaik kan detox shaklee ni..Anda pasti takkan jumpa program detox sebegini diluar sana.


Amacam..Best tak program #JomDetoxJutawan ni? Agak-agaknya berbaloi tak anda join program detox ni dengan hasil yang anda akan dapat nanti? Tepuk dada tanyalah badan yer..😁

Jom merdekakan diri anda dari berat badan yang tak best. Jom merdekakan diri anda dari kesihatan yang menyedihkan.

Jangan biarkan diri anda terus dihimpit misteri berat badan yang berlebihan  Ayuh kita ubah. Badan kita tanggungjawab kita bukan tanggungjawab jiran sebelah.😉

#JomDetoxJutawan Batch 16.0 sedang buka untuk pendaftaran sekarang dan akan mula pada 1 Oktober 2019. Jom sahut cabaran kurus bersama kami sekarang.




Nak join #JomDetoxJutawan?
Nak daptkan berat badan idaman?
Nak imorove tahap kesihatan?

Jangan malu untuk contact Anim yer. Anim sedia untuk membantu anda.

Faridah Hanim Binti Mohd Yusoff
011-10973735

#YourTrustedSID
#Team Jutawan













1 ulasan: